Suami kemurungan lepas terp4ksa putus dengan skandal dia. Aku perasan suami bercinta semula, bagi selfie, berbaby sayang..

Ke mana saja suami aku pergi, mesti update dekat si dia. Setiap pagi wish morning, setiap malam wish goodnight. Mereka rajin jugaklah oncall dan si dia sering request gambar. Aku rela bermadu..

#Foto sekadar hiasan. Dah lama aku tahan nak meluah. Bukan apa, takut salah penulisan dan penyampaian. Aku tak pandai nak bercerita. Tapi tak apa, aku cuba. Awassss! Cerita ni mungkin agak panjang. Cerita dia bermula lima bulan lepas suami aku berkenalan dengan seorang perempuan melalui satu apps gara – gara dia str3ss dengan bapak aku (pak mertua dia lah kan).

Hajatnya juga nak dapat pak mertua yang boleh sayang dan terima dia. Dan waktu tu aku baru sembuh dan masih dalam fasa pulih dari s4kit yang agak bikin aku tr4uma dan kami pjj hampir 2 bulan macam tu. Sebelum kalian sangka buruk, suami aku orangnya baik. Sangat bertanggungjawab, jujur dan ‘family man’. Kami berkenalan sejak dari sekolah dan 7 tahun sudah kami bersama.

Ohh ya, aku pula seorang surirumah yang bahagia dengan keluarga kecil kami dan kami dikurniakan dua orang puteri yang sangat comel dan cantik. Syukur Alhamdulillah. Okay lah aku pendekkan cerita. Segala detik perkenalan, motif dan sebab semuanya aku tahu dari mulut suami aku sendiri.

Ya benar, jujur itu meny4kitkan. Tapi itulah yang sebagusnyaa untuk elak aku rasa tak puas hati melampau. Setelah mereka mula bercinta, pada awalnya aku boleh terima kalau nak bermadu dan aku terbuka hati untuk kenal si dia pun melalui cerita dari suami.

Walaupun pahit untuk aku, tapi mungkin dah takdir atau ini lah jalan cerita yang Allah dah tetapkan untuk kami bertiga. Aku syukur dan sangat hargai setiap kejujuran dari suami aku. Tapi tipulah kalau aku tak rasa s4kit hati dan cemburu bila suami sendiri ada perempuan lain kan. Tak pernah terfikir dek akal untuk berkongsi kasih dengan perempuan lain.

Dipendekkan cerita, lepas dua bulan kami duduk bersama sebagai suami isteri banyak perkara terjadi termasuk lah perg4duhan yang macam takde kesudahan. Dan lepas dua bulan mereka sebagai ‘couple’ jugaklah suami aku terp4ksa melepaskan perempuan tersebut atas alasan fikirkan masalah yang dia mungkin tak boleh tanggung antara aku dan perempuan tu. Dan juga risau dengan kesihatan aku.

Tak habis dari situ, walau mereka tak contact dalam 2 minggu lebih tapi masing – masing meluah perasaan rindu dan sebagainya melalui story wasap. Dari situ aku nampak suami aku berubah jadi lain. Aku tahu dia rindukan perempuan tersebut.

Rumahtangga aku mula suram dan aku pun rasa tak best. Kadang – kadang aku rasa macam semua ni salah aku ke? Salah ke dengan apa yang aku rasa? Salah aku ke mereka putus? Kemudian mereka contact semula tanpa pengetahuan aku dan aku tahu pun starting dari suami aku nampak perempuan tersebut update mengenai kesihatan beliau. Itupun selepas kami g4duh.

Pada masa tu barulah dia minta izin untuk chat tanya khabar. Tapi dia janji setakat itu sahaja dan tak lebih dari tu. Namun bermula dari nak tanya khabar, akhirnya sampai sekarang lah mereka berhubung. Aku cakap dekat dia, baik tak payah janji kalau macam ni.

Itupun entahlaaa. Cara mereka berhubung pun serupa macam lebih dari kawan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnyaaa apa – apa dan ke mana saja suami aku pergi, mesti update dekat dia. Setiap pagi wish morning, setiap malam wish goodnight segala bagai.

Mereka rajin jugaklah oncall dan si dia sering request gambar (mungkin untuk dia lepaskan rindu). Bila aku tanya suami aku kenapa layan je buat macam tu? Hmm dia kata ‘saja’. Dia rasa dia nak bagi dia bagi. Bukan dia turutkan je ape perempuan tu nak.

Entah lah nakkk. Pening akuu. Pernah sampai satu tahap aku rasa sesak sangat kat d4da, rasa tak tenang, aku rasa macam kalau aku tak s4kit mesti aku tak menyusahkan suami dan keluarga aku untuk jaga aku. Dan benda ni mesti takkan jadi.

Akhirnyaa aku meluahkan segala – galanya pada Allah sepuas – puasnyaaa. Aku buat solat sunat taubat dan solat hajat untuk aku tenangkan hati aku, redha atas apa yang terjadi serta minta Allah mudahkan dan bagi jalan yang terbaik untuk aku.

Start dari situ sampai sekarang hampir sebulan lebih aku dah mula kurang rasa marah atau nak cari g4duh. Cuma malam sebelum tidur pernah nak berbual tapi biasalah kalau tak kena mood habis lah aku kena dengan suami aku.

Hahahaa tapi kitorang g4duh sekejap je. Mesti kena setelkan masa tu jugak. Tak nak tidur dalam keadaan marah. Masa tu aku dah start slow down dengan suami aku. Sampaikan dia rasa macam dah tak kenal aku. Dia luah kat aku yang dia sayang aku, dia tak nak aku berubah dan jadi orang lain. Sedangkan aku sama je macam mana dia kenal aku dulu.

Cuma masa tu aku dah penat dan malas nak layan benda ni. Aku tetap tak dapat pape sebab dia masih jugak contact perempuan tu. So sekarang aku layankan jelah apa yang Allah dah sediakan untuk aku lalui selagi tak habis dan tak jumpa penyelesaian antara kami.

Status suami aku dengan perempuan tu? Entah laaaa. Suami aku kata diorang cuma kawan je. Memang kalau kawan boleh panggil sayangg, baby and layan like a couple ke? Sesungguhnya aku sayang sangat dekat suami aku dan rumahtangga kami.

Takpelah, aku sentiasa doakan yang baik – baik je untuk kami bertiga. Mudahan ada jalan penyelesaian yang baik buat kami. Kecewa itu fitrah. Aturan Allah itu sangatlah indah. Setiap yang terjadi punya hikmah. Cuma hati yang perlu bersabar dan terus yakin dengan Allah.

Terima kasih lah korang sudi baca luahan aku yang panjang meleret ni. Maaf andai ada yang tak faham atau kurang faham dekat mana – mana. – Tulips (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nur Cahya : Suami yang baik takkan layan perempuan lain selain isterinya. Ya, dalam Islam laki boleh berbini 4 tapi bukan terlebih dahulu berskandal, berdating, mesej sebagainya. Ini termasuk kategori melakukan perkara h4ram.

Kalau suami mampu dan kau mampu berperasaan aman terhadap madu, suruh keluarga suami pinang ja perempuan tersebut jadi madumu. Takdir bukan menyerah dik. Bukan macam yang kau sangka. Takdir setelah kau berusaha meIawan atau mengurai sebab hitam putih di tangan kau.

Kau boleh mencegah jika enggan dan membiarkan jika bersetuju. Tuhan tak letak k4pak di leher kau untuk kau bersetuju dengan apa yg berlaku sekarang. Kau masih ada pilihan – sebab itulah tujuan Tuhan kurniakan akal buat manusia supaya berfikir.

Syafika Sazwani : Teruskan dengan perubahan baru sis. Upgrade diri. Nanti lama – lama suami pulak yang igaukan awk. Nampak suami tu macam banyak je masa terluang. Apakata simpan skit kerja rumah, urus anak tu kat dia. Sama – sama sharing la baru takde masa nak melayan orang lain.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.