Suami banyak duit, kerja offshore tapi aku dan anak makan megi je. Bila suami balik, dia mewahkan mertua dan anak saud4ra

Suami tak pernah berkira untuk memberi belanja kepada keluarga mertua termasuk anak – anak buahnya. Tapi anak sendiri pakai baju lusuh, sendat. Bila suami pergi kerja, saya dan anak hanya makan megi dan air masak..

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang surirumah dan suami pekerja offshore. Kami sudah berkahwin 4 tahun dan ada seorang anak berusia 3 tahun. Tuntutan kerja menyebabkan suami slalu outstation 3 hingga 6 bulan lamanya.

saya ada 3 masalah utama dlm perkahwinan ini.. Pertama, setiap kali suami balik dan sampai ke rumah..suami tidak sabar untuk bersama dan meminta saya melayannya walaupun pada ketika itu anak kami masih belum tidur.

saya kurang senang kerana naluri seorang ibu ingin tunjukkan perkara yang baik2 sahaja pada anak. Aksi bersama suami isteri bukanlah permandangan yang baik untuk anak kecil. Apabila saya melengah – lengah dengan hidangkan makanan atau segera ke bilik untuk menidurkan anak, suami menjadi dingin dan tidak akan menyentuh saya hingga 3 minggu lamanya.

Saya cuba menarik perhatian suami, namun dia akan buat seolah – olah saya tidak wujud dengan menghadap game di handphonenya. Masalah kedua, apabila suami balik bercuti.. biasanya dia akan ada masa sebulan hingga dua bulan bersama saya dan anak.

MaIangnya ibu mertua terlalu kerap menelefon suami untuk membawanya berjalan – jalan melawat saud4ra mara, pergi kenduri kend4ra, atau berjalan – jalan bercuti. Jarak rumah kami dengan ibu mertua dalam 40 minit.

Boleh dik4takan seminggu 4-5hari suami terp4ksa melayan kehendak ibunya. Pada awal perkahwinan saya rasa bahagia sebab dapat selalu berkumpul bersama. Tapi lama – kelamaan saya rasa seolah – olah saya dan suami langsung tiada masa berdua untuk selesaikan masalah yang terpendam.

Saya tidak salahkan ibu mertua dan saya sgt sayagknnya seperti ibu saya. Cuma kami terlalu letih berlulang alik dan kerap travel ke rumah saud4ra mara yang jauh. Dah macam sepanjang tahun adalah hari raya. Kehidupan saya, suami dan anak hanya habis dalam perjalanan dan melayan ibu mertua.

Suami tidak pernah berkira untuk memberi belanja kepada keluarganya termasuk anak – anak buahnya. Namun naluri seorang ibu terusik juga bila anak sendiri pakai baju lama yang sendat – sendat tak berganti dan hanya makan maggi sup ayam (semasa suami outstation) sedangkan anak – anak buah dimewahkan dengan duit belanja dan makan yang sedap – sedap.

Allahu.. sabarlah wahai hati.. Pendek kata suami obsessed melebih – lebihkan keluarga besarnya dahulu berbanding saya dan anak. Masalah ketiga berkait rapat dengan masalah pertama dan kedua, suami meremeh – remehkan soal nafkah. Apabila kerap dingin dan mengelak untuk bersama, saya selalu berasa sedih.

Saya cintakn suami sejak zaman universiti dan perkenalan kami sudah lebih 14 tahun. Setelah berkahwin, meniti hari2 tanpa suami yang bekerja offshore adalah sangat perit. Sunyi, rindu, risau dan macam – macam doa setiap hari hanya untuk dia.

Hampir setiap hari memikirkan keadaannya di pelantar / kapal. Namun bila suami balik tanpa ada perasaan sama seperti apa yang saya rasa.. saya jadi kecewa. Dari pandangan matanya saya tahu hatinya kosong. Kami hanya akan bersama sebulan sekali, itu pun bila dia ‘mahu’. Saya tidak larat ungkit kisah silam dan berg4duh dengannya.

Sebenarnya tahun pertama hingga ketiga perkahwinan kami, suami memang ada menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita.. namun semuanya kantoi bila husband kepada scandal nya ingin report polis, ada yang saya sendiri dapat tahu melalui passport dan mesej WhatsApp nya.

Ada yang saya dapat tahu melalui call history handphone nya dan banyak lagi. Tapi tahun keempat ini suami berkelakuan agak baik cuma suami gantikan pula dengan mengelak untuk bersama dan mesra sebagai suami isteri.

Nafkah zahir juga sudah setahun tidak diberi. saya tahu dia sangat mampu tetapi sengaja memperlakukan saya begini. Mungkin ada sedikit d3ndam pada saya. saya kesian pada anak saya kerana ada masanya kami hanya makan maggi dengan air masak sahaja.

Memang saya seorang surirumah, tapi saya tak sanggup dilayan sebegini. Pernah terlintas difikiran seperti ingin keluar bekerja. Namun bila teringat kata – kata suami, saya tidak sanggup jadi isteri yang nusyuz. Lebih – lebih lagi bila suami tiada di rumah.

Kini saya banyak berg4ntung pada pendapatan online. Setelah 4 tahun melalui alam perkahwinan yang menc4bar ini.. saya rasa saya tak mampu bertahan lama kalau berlarutan begini.

Komen W4rganet :

Muchikin : Kalau keperluan anak kena compromise, nak duduk pikir syurga laki lagi ke? Bagi anak makan megi hari * hari. Either tell off. Taknak berubah ko pergi kerja bagi anak makan proper. Baju murah takpe lagi. Makan takde kompromi.

Aku paling menyampah manusia dengan sibuk bergaya tudung baju hendbag tapi makan nak komplen mahal bercatu. Konsep keluarga kami makan paling utama. Itu untuk kesihatan badan dan minda. Biarlah baju selekeh tapi makan mewah.

Yana : Pernah kenal satu family ni… bapanya memang berkira pasal belanja untuk family. Setiap bulan berkotak megi dia beli untuk anak – anak makan di rumah sementara dia dan wife dia keje. Kesian jugalah kat budak – budak tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.