Kak ipar menumpang rumah mak sebab abg saya dalam pusat serenti. Satu hari, mak intai bilik kak ipar, ada lelaki atas katil

Mak terus lari tunggu dekat luar rumah. Mak nampak lelaki itu keluar dari rumah mak dan pergi dekat motosikal. Bila mak tegur dan tanya lelaki tu, dia mengelak dan menafikan. Tapi dia tak sedar, yang dia pakai selipar mak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua w4rga FB. Tujuan saya menulis luahan ini adalah untuk meminta pandangan atau cadangan mengenai masalah yang sedang saya dan keluarga hadapi. Ceritanya begini…

Beberapa bulan yang lalu, abang saya dan isterinya telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan menghisap d4dah. Selepas perbicaraan di mahkamah, abang saya telah dijatuhkan hukuman dihantar ke pusat pemulihan d4dah (serenti) selama dua tahun, manakala isterinya dibebaskan dengan syarat pengawasan selama dua tahun.

Kakak ipar saya ini kemudian tinggal di rumah emak saya bersama-sama dua orang anaknya yang berumur 11 dan 19 tahun. Kakak ipar saya tidak bekerja, jadi dia bergantung sepenuhnya kepada emak saya untuk menanggung segala perbelanjaan harian.

Anak sulungnya sudah bekerja, namun anak yang lebih kecil masih bersekolah. Oleh sebab itu, emak saya terp4ksa menguruskan segala keperluan rumah dan persekolahan cucunya. Setiap bulan, kakak ipar saya perlu menghadirkan diri ke Agensi Anti D4dah Kebangsaan (AADK) untuk menjalani ujian air k3ncing.

MaIangnya, berdasarkan rekod yang diperoleh, dia masih positif d4dah. Kami pernah mendengar daripada jiran dan melihat sendiri beberapa kali dia keluar rumah tanpa memberitahu sesiapa, dan dia tidak akan balik berhari-hari.

Apabila dia ada di rumah, dia lebih suka mengurung diri di dalam bilik, terutama apabila emak ada di rumah. Namun, jika emak keluar, barulah dia berani keluar dari bilik untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Satu peristiwa yang benar-benar membuka mata kami berlaku pada suatu pagi. Ketika itu, emak saya keluar ke kedai untuk membeli barang dapur. Semasa pulang ke rumah, emak mendapati pintu belakang rumah berkunci, walhal sebelum keluar tadi emak tidak pernah mengunci pintu tersebut.

Emak juga ternampak sebuah motosikal diletakkan di bawah pokok di belakang rumah kami. Emak berkata dalam hati, “Motosikal siapa pula ini?” Lalu emak pun masuk ke dalam rumah. Ketika berada di dapur, emak cuba menjenguk ke arah bilik kakak ipar melalui tingkap kecil.

Tiba-tiba emak ternampak seorang lelaki sedang baring di atas katil di dalam bilik tersebut. Terkejut dengan situasi itu, emak cepat-cepat keluar dari rumah. Selepas beberapa ketika, emak melihat lelaki itu berada di kawasan luar rumah, berhampiran motosikal yang dilihatnya sebelum ini.

Emak memberanikan diri bertanya kepada lelaki itu, “Awak dari rumah saya ke?” Tetapi lelaki itu menafikan tuduhan tersebut. Namun, emak tahu dia berbohong kerana lelaki itu memakai selipar emak. Akibat kejadian tersebut, emak memarahi kakak ipar.

Emak dengan tegas berkata, “Kalau nak buat maksiat, jangan dalam rumah saya. Kalau awak sudah tidak boleh menunggu suami awak keluar dari pusat pemulihan, pergi tuntut cerai di pejabat agama.” Kakak ipar hanya diam dan tidak memberikan sebarang jawapan.

Sejak hari itu, kakak ipar keluar dari rumah kami dan tidak balik-balik. Namun, anak-anaknya masih tinggal bersama emak, dan emaklah yang terus menguruskan segala keperluan harian mereka. Emak ada memberitahu bahawa kakak ipar kadang-kadang balik ke rumah untuk mengambil pakaian dan terus keluar semula tanpa berbual dengan sesiapa.

Emak saya biasanya berada di rumah sepanjang masa. Namun, ada kalanya emak perlu ke Kuala Lumpur (KL) untuk menguruskan hal-hal tertentu di rumah adik-beradik yang lain. Kebetulan, pada minggu ini emak berada di Kuala Lumpur dan dijangka akan pulang pada hari Jumaat.

Semalam, saya mendapat panggiIan daripada kakak saya yang tinggal berdekatan dengan rumah emak. Dia memberitahu bahawa kakak ipar membawa seorang lelaki ke rumah sekali lagi. Kali ini, anak saud4ra kami yang sedang balik ke kampung turut melihat kejadian tersebut.

Dia ternampak seorang lelaki sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen. Saya tidak dapat membayangkan betapa tidak malunya tindakan itu, lebih-lebih lagi dilakukan di rumah mertuanya sendiri dan di hadapan anak-anaknya!

Untuk mengelakkan perkara ini berlarutan, emak telah meminta jiran-jiran supaya melaporkan kepada pejabat agama jika ternampak motosikal yang sama berada di kawasan rumah kami. Namun, pada pendapat saya, tidak wajar untuk berharap jiran-jiran memantau rumah kami sepanjang masa kerana mereka juga ada urusan hidup masing-masing.

Tambahan pula, salah seorang anaknya masih berada di rumah ketika insiden ini berlaku. Saya benar-benar tidak faham bagaimana kakak ipar tidak merasa malu sedikit pun terhadap perbuatannya. Kami juga telah cuba menghubungi pejabat agama untuk melaporkan hal ini.

MaIangnya, mereka memaklumkan bahawa mereka hanya boleh bertindak jika orang yang terlibat berada di dalam rumah pada waktu aduan dibuat. Pegawai agama juga menyatakan bahawa mereka tidak dapat berulang kali datang untuk membuat pemeriksaan.

Selain itu, mereka turut memberi amaran bahawa jika ada orang lain di dalam rumah pada masa serbuan, mereka boleh didakwa bersubahat. Masalah utama kami adalah kakak ipar tidak selalu berada di rumah, dan dia datang ke rumah secara rawak tanpa jadual tetap.

Oleh sebab itu, agak sukar untuk memastikan kehadiran lelaki tersebut pada masa yang sama. Dalam hati kecil saya, saya berasa kecewa dengan prosedur pejabat agama yang kelihatan seperti terlalu birokratik dan menyukarkan tindakan pencegahan maksi4t daripada diambil dengan segera.

Kami juga telah berbincang dengan ibu bapa kakak ipar untuk meminta mereka campur tangan. Namun, mereka seolah-olah tidak mahu mengambil tanggungjawab. Mereka menyatakan bahawa kakak ipar tidak pernah balik ke rumah mereka, dan mereka menyerahkan sepenuhnya kepada emak saya untuk membuat apa sahaja keputusan.

Saya juga difahamkan bahawa sejak zaman sekolah lagi, kakak ipar memang terkenal sebagai seorang yang degil dan sukar ditegur. Oleh sebab itu, mungkin ibu bapanya sudah hilang sabar dan tidak mahu peduli lagi. Namun, bagi kami, sikap menyerah bulat-bulat seperti ini sangat mengecewakan.

Kami sudah tidak tahu apa lagi tindakan yang boleh diambil. Saya dan keluarga berharap agar kakak ipar ditangkap bersama lelaki itu oleh pihak berkuasa, agar proses perceraian dengan abang kami dapat dilaksanakan.

Kami tidak mahu apabila abang keluar dari pusat pemulihan nanti, dia kembali terjebak dalam masalah d4dah akibat pengaruh buruk isterinya. Oleh itu, saya ingin meminta pandangan dan cadangan daripada semua forumer. Apa langkah terbaik yang boleh kami ambil dalam situasi ini?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.