Aku terus bawa handphone suami ke tempat kerja dan periksa semula apa yang cuba dirakamkan. Akhirnya kantoi… suami cuba merakam video adik – adik aku masuk ke bilik air. Kejadian berlaku masa aku kerja syif malam..
#Foto sekadar hiasan. Aku bukan baru berada dalam ni, tetapi terp4ksa menjadi pendatang baru kerana kes aku ini aku rasakan agak rumit dan boleh memaIukan diri aku sendiri. Tetapi aku rasa di sini sesuai untuk aku meluahkan perasaan dan meminta pendapat kepada kamu semua, semoga yang kusut dalam fikiran aku sekarang ini dapat dileraikan.
Sekarang ini aku sedang mengandung lima bulan, baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama. Aku berkahwin atas dasar cinta setelah hampir tujuh tahun bercinta, akhirnya aku berkahwin dengan lelaki yang aku rasa mampu menjaga aku dan keluarga aku.
Sebagai anak sulung, anak yatim dan sudah tidak ada bapa (meninggaI dunia), cuma ada emak sahaja dengan adik beradik seramai tujuh orang, aku mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang aku rasa mampu memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
Bukan niat aku mahu membebankan pasangan aku dengan masalah aku, tetapi aku memerIukan seorang lelaki yang betul – betul mampu memberi sokongan moral kepada aku untuk aku harungi liku – liku kehidupan yang aku lalui sekarang ini.
Aku mempunyai lima orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Dua daripada adik beradik perempuan aku sepatutnya sudah mampu meringankan beban keluarga aku, tetapi sayangnya, kerana m4buk dengan cinta dan ditipu oleh lelaki tidak bertanggungjawab, mereka lupa tanggungjawab. Beban kewangan dilepaskan semata – mata ke atas bahu aku.
Jadi, sudah empat tahun arw4h bapa aku meninggaI, keluarga aku sem4kin hanyut. Aku yang jauh di sini hanya mampu menghulurkan perbelanjaan sekadar yang aku mampu. Tetapi nampaknya keluarga aku sem4kin hanyut dengan duniawi. Adik – adik perempuan sem4kin bebas, tiada haluan.
Emak aku pula sudah mula menjaga penampilan, bercinta di sana – sini dengan lelaki orang walaupun umur dia sudah mencecah 50 tahun. Gayanya mengalahkan orang muda, bertukar – tukar telefon bimbit kerana ada teman lelaki yang menyokong.
Aku tahu sebab apa emak aku jadi begitu, emak aku mahu membaIas d3ndam kepada anak – anak dan member0ntak untuk mendapatkan perhatian. Ya, aku cuma mampu beri apa yang aku mampu, sedangkan keluarga aku berbelanja besar kerana keluarga kami besar.
Tambahan pula, adik aku yang nombor dua dan nombor tiga itu tidak boleh diharap. Adik aku yang nombor empat bekerja juga tetapi duit dia selalu habis. Ya, gaji tiga ratus lima puluh ringgit manalah cukup, kan? Adik aku yang nombor lima baru sahaja selesai SPM, duduk di rumah sahaja.
Yang nombor enam dan nombor tujuh masih bersekolah lagi. Kesabaran aku sudah di tahap maksima. Sudah tidak boleh tahan sangat – sangat apabila emak aku pula mula bekerja di kedai makan disebabkan tidak cukup perbelanjaan sedangkan dua orang lagi adik yang mampu tidak bertanggungjawab.
Akhirnya aku mengambil keputusan nekad. Aku membawa adik aku yang nombor empat dan nombor lima datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sini. Dalam masa seminggu dua mereka tinggal di rumah aku ini, aku berasa lega.
Sekurang – kurangnya tindakan aku ini aku amat berharap aku dapat membimbing mereka supaya kembali ke landasan yang benar dan dapat membantu ekonomi kami sekeluarga. Seperti biasa, aku dalam perjalanan ke tempat kerja di dalam kereta.
Kebetulan pula hari itu aku bekerja syif malam. Tiba – tiba hati aku tergerak untuk buka telefon bimbit suami aku. Aku buka galeri gambar sekadar mahu melihat gambar. Tiba – tiba aku lihat ada rakaman video selama dua jam setengah.
Aku tekan play, ada sesuatu yang mencurigakan dengan video klip itu. Aku tanya suami aku, video klip apa itu, terus suami aku merampas telefon bimbit dari tangan aku. Aku berkeras mahu melihat, akhirnya dia mengalah.
Dalam video klip itu jelas kelihatan suami aku sedang menyediakan telefon bimbit untuk merakam sesuatu, tempat itu pula di dalam bilik air rumah aku. Setelah suami aku menyembunyikan telefon bimbit itu di dalam bilik air, dia meninggaIkan telefon bimbit itu di dalam bilik air.
Menyirap d4rah aku. Aku terus membawa telefon bimbit itu ke tempat kerja dan periksa semula apa yang cuba dirakamkan. Akhirnya kantoi… suami aku cuba merakam video adik – adik aku masuk ke bilik air. Kejadian itu berlaku sewaktu aku bekerja syif malam.
Suami aku sudah kantoi, merayu – rayu meminta ampun dengan aku sambil mengakui kesilapannya. Sedangkan aku, hati aku sudah h4ncur kerana insan yang aku sayang selama ini mengh4ncurkan kepercayaan aku selama ini.
Adik – adik aku tidak tahu tentang perkara ini. Sudah dua tiga hari dia meminta maaf kepada aku. Masalahnya aku boleh memaafkan tetapi aku tidak boleh melupakan. Aku cuba juga memberi dia peluang tetapi hati aku pedih dan tidak boleh.
Setiap kali suami aku berbual atau bergurau dengan adik – adik aku, aku menjadi amat sensitif. Aku tidak percaya kepada suami aku lagi. Dengan keadaan seperti ini, aku sangat buntu. Sila beri pendapat sama ada aku harus meninggaIkan dia atau memberi peluang kedua?
Aku tidak bermaksud mahu mengaibkan diri dengan menceritakan keburukan / keaiban suami aku. Untuk makluman, rakaman video itu tidak ada pun aksi adik – adik aku yang mengaibkan. Cuma ada cubaan memer4ngkap mereka tetapi sekarang sudah kantoi!
Terlalu berat bagi aku yang sedang mengandung ini untuk menerima kenyataan bahawa orang yang aku percaya selama ini cuba mengambil kesempatan ke atas keluarga aku. Sedangkan suami aku yang bersungguh – sungguh mahu membantu mendapatkan adik – adik aku pekerjaan di Kuala Lumpur ini dan berjanji dengan emak aku untuk menjaga adik – adik aku.
Arw4h bapa aku dahulu sangat tegas. Memang dia menjaga betul – betul batasan kami adik beradik. Sampailah sebelum dia meninggaI, dia sempat berpesan kepada kami supaya menjaga maruah. Aku jadikan arw4h bapa aku sebagai contoh untuk mencari pasangan hidup yang sesuai dan serasi dengan situasi aku.
Aku memang sedang buntu sekarang ini, cuba bermuhasabah diri dengan nasihat kamu semua, tetapi aku masih tertanya – tanya: Apa salah dan kurangnya aku? Aku sudah rasa kurang keyakinan diri dengan fizikal yang sedang membuncit dan mengandung ini.
PerIukah aku memaafkan suami aku? Memang ini kali pertama dia berper4ngai begini, tetapi aku tidak dapat menjangka apa yang ada dalam fikirannya. Aku tidak boleh mempercayainya lagi. Memang betul salah dia atau keadaan?
Aku sangat keliru sekarang! Sekarang ini aku hanya memendam perasaan tetapi dalam masa yang sama aku tetap memikirkannya setiap detik peristiwa itu. Aku rasa seperti mahu meminta cerai sahaja dengan dia. Tetapi adakah tindakan aku itu betul?
Aku rasa seperti mahu lari jauh daripada dia. Aku rasa sudah tidak boleh percaya dengan golongan lelaki lagi. Kalau boleh, aku mahu hidup sendiri kembali dan kembali kepada keluarga aku dan menumpukan perhatian kepada keluarga aku sahaja. Aku sekarang ini betul – betul dalam dilema. Terlampau banyak yang aku fikirkan sehingga aku tidak mampu berfikir lagi.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.