Suami saya sempurna tak sangka curang. Dia mengaku peIuk perempuan tu. Saya jumpa perempuan tu, tangan saya melekat dekat pipi dia

Saya berjumpa perempuan itu dua kali. Pertama, saya minta dia lepaskan suami. Dia asyik cakap benda yang meIukakan hati saya, seperti suami tak pernah mencintai saya dan dia adalah cinta pertama suami saya..

#Foto sekadar hiasan. Hai, saya sangat baru di sini. Suami saya sangat baik, melayan saya dan anak – anak dengan baik. Akhir-akhir ini saya agak tertekan dengan kerja dan kurang melayan dia. Baru – baru ini saya mengesan dia berskandal dengan staf di tempat kerja.

Dia meminta peluang kedua dan berjanji akan setia. Memang sedih, terIuka, dan rasa terh1na. Dengan anak – anak lagi, saya rasa seperti ingin melarikan diri. Tetapi hati masih sayang. Dia teramatlah baik dari segi layanan.

Perkara yang paling teruk dia pernah lakukan ialah memeluk perempuan itu dalam kereta. Saya rasa luluh. Saya tunggu dia balik kerja, menguruskan anak – anak yang masih kecil, tetapi rupa – rupanya dia bercanda dengan perempuan itu.

Saya ragu – ragu dan sudah tiada kepercayaan. Adakah masih ada sinar untuk hubungan kami? Lima tahun usia perkahwinan kami, bagaikan dalam mimpi semua ini terjadi. Saya tertanya – tanya, apa kurangnya saya? Saya bekerjaya, berpendidikan, ada rupa, pandai bergaya, dan menjaga badan.

Alhamdulillah, mentua saya sangat menyokong. Dia masih bekerja di tempat itu bersama perempuan tersebut. Suami tolong menjaga anak – anak. Suami memang baik sehingga tahap makan di luar pun dia yang memegang anak sambil menyuapkan makanan.

Ya, dia baik tetapi bukan kerana dia takutkan saya. Memang begitulah sifatnya. Kerana sangat baik dan bertanggungjawab itulah yang membuatkan saya sem4kin terIuka. Dia sangat baik dan ramah, suka menolong sesiapa sahaja.

Contohnya, jika menghantar anak – anak ke taska, cikgu akan mengambil anak – anak di kereta. Itu sudah menjadi rutin mereka. Tetapi suami saya akan menghantar sampai ke depan pintu walaupun ditegah. Saya pesan, jangan terlalu baik, nanti orang salah faham.

Akhirnya perkara ini berlaku. Bukan sahaja dengan perempuan dia baik dan ramah, malah dengan orang tua pun sama. Dia sangat menghorm4ti dan sangat membantu. Akhirnya ada pula yang ingin menjodohkan dia dengan anak d4ra mereka.

Suami saya ini seperti penenang. Dia tidak pernah tarik muka walaupun banyak kerja dan pandai menangani situasi tegang. Mungkin ciri – ciri ini yang membuatkan naluri wanita mudah terusik. Cuma bab kerja rumah memang kelemahan dia, dan inilah yang selalu saya nampakkan sebagai kekesalan.

Bila kita sendiri penat dengan anak – anak yang clingy, balik kerja kena masak, urus anak – anak, dan kemas rumah, memang setiap hari rasa nak mencuka. Dia balik lambat, selalunya bila saya sudah siap masak. Dalam hati memang tidak sabar menunggu suami, tetapi bila dia sampai, entah kenapa mulut saya tidak mahu menghadiahkan senyuman.

Penat. Bila dia nak peIuk saya, saya elak. Saya harap dia faham saya penat dan perlu bantuan, tetapi tidak. Dia mandi, makan, dan tengok TV sambil pegang telefon. Setiap hari begitu buatkan hati saya bengkak dan akhirnya berlarutan.

Maka, wujudlah perasaan tidak mahu melayannya sebab dia tidak mahu tolong saya. Ya, tipikal isteri bekerja, kan? Saya tahu saya banyak buat dosa dengan suami. Kadang – kadang saya terfikir, adakah kasih sayang dan kebaikannya sangat melimpah ruah sehingga patut dikongsi – kongsi?

Suami saya memang ada rupa. Tidak perlu dia yang menggatal, ramai yang menggedik – gedik. Tambah pula dengan sikap baiknya itu. Dulu saya tidak risau sebab saya fikir suami tidak akan terjebak bermain emosi dengan wanita lain.

Orang kata kami sangat sepadan. Bahkan, ada yang obses dengan kami, tidak sabar melihat anak kami, tahu berapa beza umur kami (sebaya tetapi beza beberapa hari). Kami sebaya, sama – sama membina hidup. Memang dia tidak mampu untuk menambah isteri lagi, tetapi kalau dia tinggalkan saya, memang seronoklah perempuan itu.

Ini adalah ujian untuk saya. Saya sedang belajar meletakkan cinta kepada Allah di hati, menolak cinta manusia keluar, dan mengalihkannya hanya ke tangan Allah. Mungkin selepas ini saya kena lebih “manja” sedikit, kan?

Tarik tangan dia sambil peIuk, minta dia tolong basuhkan pinggan atau sidaikan baju. Sekarang memang kena ikhlaskan diri sangat-sangat buat kerja rumah supaya tidak mencuka dengan suami. Penat macam mana pun, kena cuba goda suami sampai dia pun tidak larat.

Dia kata “reboot”. Ya, tetapi hati masih terkenang – kenang kecurangan dia. Dia ibaratkan jalan bersama saya bagaikan jalan yang lurus. Katanya dia terpesong sedikit dan dia bersyukur saya masih menerimanya kembali. Mulut manis, kan?

Saya berjumpa perempuan itu dua kali. Pertama, saya minta dia lepaskan suami. Dia banyak bercakap perkara yang meIukakan hati, seperti suami tidak pernah mencintai saya dan dia adalah cinta pertama suami saya.

Tolonglah wanita, kalau rasa nak bermadu, tolonglah bersikap baik kepada isteri teman lelaki anda. Kali kedua, apabila suami saya berterus terang perkara yang paling teruk dilakukannya, iaitu dia memeIuk perempuan itu. Ia sangat meny4kitkan.

Saya berjumpa sekali lagi dan memberikan tamp4ran wanita kepada perempuan itu. Bukan sebab nak pert4hankan perkahwinan kami lagi. Sebelum ini saya tidak buat apa – apa kerana saya hormat dan sayang suami. Kali ini, memang saya agak tekad untuk minta dilepaskan.

Saya masih muda. Saya ada dua anak yang cantik. Saya ada kerjaya. Tetapi keluarga dia dan keluarga saya meminta saya bertahan selagi suami ingin kembali semula. Masalahnya, pertama, saya sukar melupakan dan memaafkan.

Ya, saya ada kekurangan, begitu juga suami. Tetapi bukankah perkahwinan itu menerima semua baik buruk pasangan? Saya sangka selama ini kami bahagia. Ya, macam mimpi, tsunami yang menyedarkan dari lena yang panjang. Kedua, benarkah dia sudah melupakan perempuan itu? Mereka bercinta selama dua bulan berdasarkan bil telefon. Mudahkah seorang lelaki melupakan kekasih hatinya?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.