Ayah baran, dari kecik nampak ibu jadi m4ngsa. Saya doa Allah tarik nyawa Ayah. Selepas 2 minggu, ayah s4kit, hidung dia jatuh

Masa saya tengah sibuk uruskan jen4zah, saud4ra ayah sempat buIi saya depan tetamu yang datang ziarah. Kakak pun marah saya depan kawan – kawan sebab rumah tak kemas. Saya menangis dekat kubvr ayah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua. Nama saya Siti (bukan nama sebenar) berusia 30 tahun. Sejak aku kecil saya telah dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bermasalah. Saya mempunyai seorang ayah yang sangat panas baran dan kuat cemburunya dengan ibu.

Kalau korang nak tahu macam mana sifat ayah, awak semua boleh tengok cerita ‘andainya takdir’ lakonan syukri yahya. Memang sama dengan watak ayah saya. Saban hari saya hidup dalam ketakutan kerana boleh dik4takan setiap minggu

Ibu akan dipukuI hanya kerana cemburu buta. Sedangkan Ibu hanya suri rumah sepenuh masa. Tak pernah berhubung dengan mana – mana lelaki walaupun jiran kami. Kakak pula membesar dan menjadi sem4kin member0ntak dan liar.

Dia sem4kin biadab, banyak teman lelaki dan sangat berkasar dengan ibu. Beza umur saya dan kakak adalah 13 tahun. Jadi saya masih kecil dan tidak mampu melakukan apa – apa. Saya sedih bila tengok ibu ditimpa ujian tanpa henti. Abang saya pula baik orangnya tapi dia juga trauma dengan sikap baran ayah sehingga menjadi pendiam sampai ke saat ini usia dia telah mencecah 37 tahun.

Saya mempunyai semangat dan cita – cita yang tinggi tetapi ketakutan saya melebihi segala – segalanya. Saya menjadi seorang yang tiada keyakinan diri sejak kecil. Saya hanya seorang pelajar pintar yang tidak pandai bersosiaI.

Saya seronok tengok kawan – kawan bebas tetapi saya hidup dalam keadaan takut dan tidak tenteram. Saya lalui hari dengan sabar sampai lah usia saya 15 tahun. Itulah ujian terberat dalam hidup saya. Saya kehilangan orang – orang tersayang, seperti maksu, paklong dan Pak ngah saya.

Mereka adalah kekuatan saya. Sudah sampai masa mereka kembali kepada Allah kerana s4kit. Ayah pula asyik pergi berubat ke sana sini sebab katanya dia terkena buatan orang. Ayah masih sama kerap marah dan pukuI Ibu.

Tetapi saya manja juga dengan ayah dan selalu usaha dan beri nasihat buat dirinya. Selalu saya ajak ayah buat solat jemaah tetapi sayang ia hanya tinggal angan – angan. Ayah tidak pernah solat atau puasa. Sampai satu masa ujian yang berat buat saya terlafaz satu doa.

Saya berdoa sekiranya ayah tidak dapat berubah, saya harap Allah ambillah nyawanya sebab saya tak sanggup melihat ayah membuat d0sa yang sem4kin banyak dan saya berjanji akan usaha jadi anak yang baik dan selalu mendoakannya di sana.

Tak berapa lama ayah s4kit teruk, saya mendapat tanda 2 minggu awal dengan melihat hujung telinganya sem4kin melengkung ke dalam, matanya hilang sinar dan hidungnya jatuh (yang faham je faham maksud saya). Ketika itu saya sedang sibuk dengan SPM tapi setiap malam saya baca yassin sambil menangis minta Allah mudahkan urusan ayah dan saya minta jangan lah Allah biarkan walau setitis air mata saya mengalir sebab saya nak jadi penguat semangat Ibu.

Alhamdulilah doa saya makbul, disaat saya pulang dari sekolah. Telefon rumah berdering tanpa henti, saya angkat dan makteh bagitahu bahawa ayah sudah tiada. Saya terus meletakkan telefon, bergegas mengambil wudhuk dan bersujud minta Allah kuat kan saya.

Ya sepanjang itu, urusan ayah dipermudahkan Allah. Baiknyaa Allah dia buat wajah ayah tampak bersih. Saya  berdoa Allah tutup aib ayah kerana saya takut kalau Allah buka aib ayah atas asbab d0sa – d0sanya tapi alhamdulilah tidak.

Cuma saya ada termenangis 2 kali sebab saya dibuIi oleh saud4ra ayah yang lebih tua. Diarahkan saya buat itu dan ini tanpa henti sedangkan saya langsung tidak berehat, baju sekolah juga tak sempat disalin sebab rumah dah penuh dengan orang yang datang ziarah.

Kedua, kakak saya datang lambat ke rumah (dia sudah berkahwin dan tinggal berdekatan rumah saya). Waktu saya nampak dia datang, saya gembira sebab ada juga yang sudi bantu saya. MaIangnya dia datang marah – marah sebab cakap saya tak kemas rumah, tak mop lantai, tak buat itu tak buat ini.

Saya ditengking di hadapan kawan – kawan saya. Malu tapi saya masih kekal usaha untuk senyum. Saya menangis di tanah perkubvran kerana kakak cakap sia – sia ayah sayangkan saya lebih dari dia dan abang, bila ayah m4ti setitis air mata saya pon tak keluar.

Hakik4tnya saya telah usaha membahagiakan ayah dan menjadi kebanggaannya di sepanjang hidupnya. Ayah saya bukan orang yang baik, tetapi tanggungjawab saya untuk usaha menjadi anak yang baik. Sampaikan disaat akhir sebelum ayah kembali pada Allah, dia cakap pada saya dia sayangkan Ibu dan saya.

Tetapi dia banyak d0sa dengan kami. Ayah kata dalam semua anak ayah, tangan ini lah (tangan saya sambil digenggam ayah) yang akan membawa ayah ke syurga. Akhirnya tinggallah saya dan ibu. Kami bahagia hidup berdua. Saya masih berusaha untuk SPM ketika itu.

Sehinggalah pada suatu hari sekolah saya mengadakan solat hajat untuk SPM  dan ia diadakan di masjid berdekatan rumah saya. Semua pelajar dijemput hadir. Waktu saya duduk bersama sahabat di dalam masjid saya nampak seorang senior lelaki baru masuk ke masjid. Jantung saya berdegup dengan sangat laju.

Saya istighfar banyak – banyak, saya tahu itulah kali pertama saya jatuh Cinta. Senior saya dah satu sekolah dengan saya sejak tingkatan 1 lagi tapi dia tak kenal saya sebab saya pendiam, dia pula sangat aktif dalam semua bidang. Agak terkenal ketika itu.

Saya selalu melihatnya di atas pentas, jadi imam ketika solat beramai-ramai, buat aktiviti bersama guru. Tapi saya tidak pernah berdebar seperti waktu berada di dalam masjid. Lintasan hati saya cakap itulah jodoh saya. Saya geleng kepala menjawab dalam hati, mana mungkin sebab saya ni introvet, susah orang nak kenal saya. Silap – silap tak kahwin sampai ke tua.

Saya niat dalam hati kalau dia jodoh saya, harapnya esok bertemu di sekolah dia akan pandang wajah saya. Ya kami lalu berselisih tetapi dia tak pandang wajah saya. Dan memang senior saya ni serius orangnya. Jalan memang straight je.

Jadi saya kata, mainan perasaan laa tu. Lintasan hati saya datang kembali cakap, sekarang belum masanya tetapi dia akan datang cari saya 3 – 4 tahun lagi. Saya kata giIa dah saya ni. Duduk satu sekolah pon boleh tak kenal, inikan pula 3 – 5 tahun lagi.

3 tahun ke depan dipendekkan cerita memang betul dia yang mencari saya. Ajaibkan aturan Allah. Masa tu saya tengah kerja part time di sebuah speed mart berdekatan rumah saya sambil pjj di sebuah university. Kalau nak tahu saya memang susah nak chatting dengan lelaki di social media.

Saya tak berminat untuk mengenali mana – mana lelaki apatah lagi memasang impian untuk berkahwin. Saya tetapkan hati nak jaga mak sampai m4ti. Saya tak percaya langsung dengan lelaki. Nak dijadikan cerita, masa minggu pertama saya masuk kerja, kedai tu tak ramai customer. Jadi saya bosan.

Kerja semua dah siap, maka saya tengok laa phone. Ada masa saya akan baca surah kegemaran saya dari fon iaitu surah Al- mulk dan Al-waqiah. Jadi sebenarnya senior saya beberapa kali memberi salam perkenalan di dalam salah satu media social saya.

Saya tak nak jawab sebab saya takut tersuka dekat dia. Saya tak biasa dengan lelaki. Malu. Tapi sebab bosan maka setelah beberapa kali memberi salam, saya pon menjawab. Kami sembang macam biasa. Saya rasa terisi masa kosong di kedai.

Rupanya senior saya yang saya namakan dia Iz ini tak kenal langsung saya. Lucu kan. Dia boleh tanya saya asal sekolah mana. Sedangkan kami 1 sekolah 5 tahun ye. Dia sekolah sampai form 6 dan kemudian masuk ke U berdekatan kampung kami. Dia juga pjj.

Dia bekerja di sebuah syarik4t sambil belajar berkaitan pengurusan ketika itu. Dalam erti kata lain dia lebih stabil daripada saya. Kami menjadi lebih rapat tapi saya tetap bertegas kita hanya kawan walau dia sudah menunjuk minat untuk lebih dari itu.

Saya rahsiakan tempat kerja saya. Rupanya Iz mencari saya setiap hari di kedai – kedai di kawasan tempat kami tapi dia tak jumpa saya. Dia anggap benda tu c4baran kot. Sampai akhirnya, saya yang bagi tahu di mana saya bekerja.

Petang tu dia balik kerja terus dia datang kedai. Muka dia merah padam, malu. Saya pon malu nak sembang sebab ada pelanggan dalam kedai. Balik dia mesej saya, awak comel sama macam dalam gambar. Hahaha adoi laa dia punya nervous tu tetiba dia minta beli Panadol sepapan. Padahal takda kaitan pon saja nak tengok betul ke saya keja situ.

Makanya, bermula saat itu dia laa regular customer saya hampir setiap hari. Kalau shift pagi dia datang pagi, kalau shift petang dia datang lewat petang masa balik kerja. Macam mana saya boleh terima dia sedangkan hati saya keras tak nak kahwin sebab tr4uma? Saya buat istikharah.

Yang pertama, memang Iz sentiasa usaha ambil hati saya, saya terangkan semua sisi buruk atau kurang saya dan dia terima. Tapi saya fikir belum dapat lagi macam tu laa. Masa buat istikharah saya dapat semua petunjuk baik tentang Iz.

Antara petunjuk yang saya dapat, mak saya suka Iz. Mak saya memang tak izin saya berkawan dengan mana – mana lelaki dan saya pon tak berminat sebab bagi saya dunia saya hanya mak sampai akhir hayat saya. Tapi Kali ni mak suka tengok gambar Iz.

Saya dah terfikir tak kan green light dari Allah kot. Btw saya minta Iz juga buat istikharah. Kedua, masa tu saya dapati Iz seorang yang menjaga ibadah dengan baik. Keluarganya juga baik – baik. Berbeza dengan keluarga saya.

Ketiga, saya pernah keluar dengan Iz, dia datang menjemput saya dan perlu jumpa mak, abang dan kakak saya. Dan dia sangat disukai oleh seluruh ahli keluarga saya. Keempat, setelah beberapa Kali saya buat istikharah.

Akhirnya saya menangis kerana terlalu rindukan dia. Sebab? Saya tak tahu. Masa tu saya whatsapp Iz kata kalau masih berminat dengan saya, saya sudi memberi peluang. Dia happy sangat masa tu. Saya banyak soalan dengan dia, pasal keluarga, perkahwinan, nafkah, tanggungjawab lelaki dan semuanya lulus.

Saya tanya juga apa yang buat awak suka saya? Rupanya Iz cakap dia tengok social media saya dan semua gambar hanya saya dan mak. Dia dah jatuh hati masa tu. Kedua dia dengar saya tak ada ayah. Jadi dia rasa terpanggil untuk jaga dan lindungi saya.

Sebelum dia mesej saya, dia bawa gambar tunjuk dengan gurunya yang ajar dia banyak tentang ilmu agama. Gurunya senyum, katanya “perempuan baik – baik ni.. Kalau dapat buat isteri bagus ni.” Lepas tu baru dia mesej saya.

Dia juga dapat mimpi saya datang padanya memakai telekung putih sambil tersenyum padanya, masa tu pon dia tengah istikharah. Dia cerita semua tu setelah saya terima cintanya. Kawan – kawan saya gelak kalau cerita pasal kami sebab mereka cakap macam drama.. huhu nak buat macam mana dah memang macam tu ceritanya.

Dipendekkan cerita yang panjang ni, kami pon bertunang. Kenal 3 bulan terus bertunang. Saya minta tunang 3 tahun. Keluarga mak mertua cakap lamanya. Sembang – sembang, okay 2 tahun. Sebenarnya saya ada rasa was – was lagi nak kahwin. Tr4uma bukan senang nak hilang. Saya takut lepas kahwin jadi macam mak dan ayah saya.

Sepanjang kami bertunang kami jarang berg4duh, Allah betul – betul menjaga hubungan kami. Sampailah kami berkahwin. Nak tahu tak apa syarat aku sebelum terima peminangan Iz? Saya minta izin untuk tinggal dengan mak saya, sebab saya tak sanggup nak jauh darinya.

Syukur Iz setuju, mak mertua pon setuju sebab dia kata kena ada lelaki untuk jaga saya dan mak yang sangat lembut ni. Abang saya? Dia baik tapi tak boleh harap. Alhamdulilah sepanjang saya berkahwin dengan suami, apa yang saya impikan dari kecil semuanya Allah wujudkan melalui suami saya.

Saya teringin nak rasa solat jemaah berimamkan arw4h ayah, saya tak dapat tapi suami saya selalu imamkan saya. Saya teringin nak jalan – jalan jauh sebab arw4h ayah tak pernah bawa saya dan keluarga jalan – jalan. Dia kedekut suka duduk rumah, akhirnya suami dan keluarga mertua lah yang rajin bawa saya berjalan.

Saya teringin nak makan sedap – sedap tapi arw4h ayah tak pernah bagi saya merasa semua tu, sampai saya tak tahu dunia luar. Suami saya lah yang beri semua tu. Dia pernah bergenang air mata mendengar kisah hidup saya. Saya tak pandai mengaji, dia lah yang tolong ajarkan.

Saya dilayan seperti seorang puteri sehingga sekarang telah 4 tahun kami berkahwin. Ibu saya dilayan seperti Ibu sendiri. Adik beradiknya sayangkan saya. Setiap kali hari jadi saya, ada saja hadiah yang mereka sediakan sedangkan masa hidup bersama arw4h ayah, saya tak dibiasakan begitu.

Demi Allah sayalah wanita yang banyak kekurangan, saya lost communication skill, takut bergaul dengan orang, tak ramai kawan, tapi dengan suami lah saya belajar segalanya. Saya manja sangat dengan suami. Saya rasa suami lah kiriman Allah Untuk menjaga saya dan dia hadir kerana doa – doa aaya sejak waktu kecil lagi. Saya anggap dia lah suami, dia lah ayah, dia lah abang untuk saya.

4 tahun itu masih awal, panjang lagi perjalanan jika umur masih ada. Teringat saya masa awal bertunang ada seorang perempuan yang tanya saya,” macam mana you nak pastikan bakal suami you boleh setia dengan you sampai m4ti? You tengok i kahwin, cukup 18 tahun dia cari bunga lain lepas tu dia biar hidup i terkontang kanting.”

Masa tu saya diam, tak berani bagi jawapan sebab dia mualaf, takut salah cakap nanti dia salah faham. Kedua, saya memang masa tu fikir panjang. Lintasan hati saya jawab, dalam dunia tak ada satu benda pon milik kita melainkan milik Allah.

Kalau saya nak bakal suami baik dan setia dengan saya, saya tak perlu minta dengan dia sebab dia pon makhluk sama macam saya, lemahhh. Tapi minta pada pemilik hatinya iaitu Allah. Apa Allah tetapkan kita redha dan terima kerana Allah.

Masa lintasan hati saya cakap macam tu saya rasa lega. Saya rasa lebih tenang bila serah urusan masa depan saya yang disusuli dengan dia pada Allah. Apa yang saya nak simpulkan adalah Allah dengar doa kita. Tak semua lelaki jahat.

Selalu bersangka baik dengan Allah. Jangan SESEKALI putus asa kerana rahmat Allah itu luas. Apa pon letakkan CINTA Allah no.1 dalam hati kita. Jangan letak sesiapa pon selain Dia, kalau tidak bersedialah merasa hampa dan sedih. Walaupun Iz sangat baik pada saya, saya tetap sematkan dalam hati dia milik Allah. Tak nak harap lebih – lebih, cuma syukuri apa yang ada.

Terima kasih sebab sudi membaca penulisan saya yang teramatlah panjang ini. Saya minta buat para pembaca doakan hubungan saya dan Iz kekal sampai ke syurgaNya. Moga doa kalian juga berbalik pada rumah tangga kalian semua. Amin ya Mujib.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.