Isteri suka tinggi suara dekat aku. Selalu minta beli macam-macam tapi dia tak kerja. Semua hal rumahtangga dia canang..

Isteri tak hormat aku sebagai suami. Keluarga mertua sendiri tegur dia sebab tak hormat aku. Dah la macam tu, isteri aku jenis boros dan tak bekerja. Duit gaji aku tak banyak tapi isteri minta macam – macam..

#Foto sekadar hiasan. Kami sudah 5 tahun berkahwin atas pilihan kami sendiri. Tahun pertama kami berdua berkerja dalam bidang masing – masing. Masuk tahun kedua, isteriku tidak lagi berkerja dengan izin aku atas alasan jauh dan penat.

Aku ada baca kisah sebelum ni tentang, si isteri mendoakan supaya Allah tarik nyawa pasangannya, dan doa tu makbul. Ia membuatkan aku untuk melakukan benda yang sama. Aku tidak kisah sekiranya aku seorang sahaja yang menjadi breadwinner sebab tu adalah tanggungjawab aku sebagai suami dan ketua keluarga.

Tahun ke 3 kami dikurniakan seorang cahaya mata yang comel dan sekarang berumur 3 tahun. Sepanjang 5 tahun berkahwin, tahun pertama sahaja aku terasa diri aku seorang suami, selebihnya tidak. Kerana setiap kali perbualan, isteri aku selalu meninggikan suaranya baik dari hal kecil sehingga ke hal yang besar.

Hal tersebut pernah ditegur oleh keluarga isteri mengatakan yang isteri aku tidak menghorm4ti suami. Aku untuk menjaga air mukanya akan membuatkan hal macam tu diambil ringan sebab tidak mahu menampakkan anaknya kurang ajar.

Selain dari meninggikan suara, isteri aku juga suka bercerita tentang semua yang berlaku dalam rumah tangga kami kepada keluarganya seperti tiada apa yang perlu dirahsiakan. Baik aku tersalah cakap, anak jatuh katil, pakai selipar terbalik, mahupun berubah tempat tidur disebabkan apa – apa isu.

Untuk pengetahuan pembaca, kami duduk berasingan dengan keluarga masing – masing dan kami tiada masalah dengan keluarga mertua masing – masing. Aku merasakan yang aib aku sebagai ketua suami dibuka begitu saja pada keluarga mertua.

Macam aku tidak mampu untuk tanggung anak dan cucu mereka. Aku tidak kisah sekiranya hal – hal tersebut dicerita pada keluarga aku kerana aku tahu, sebagai lelaki dan ketua keluarga, mak ayah aku perlu tahu kelemahan aku sekiranya aku bermasalah dalam menguruskan keluarga.

Isu seterusnya dan mungkin yang terakhir adalah sedikit demanding dan boros. Semua keperluan rumah aku dah sediakan semempunya aku tapi tidak lah mewah. Isteri aku sendiri mengakui yang dia sedikit boros dalam belanja.

Sekarang ni, dengan aku seorang yang bekerja yang gajinya biasa saja, dia boleh pulak minta itu ini la, nak ke sana sini la tapi duit tiada. Jadi, perlu la kami berhutang. Diakhir bulan nanti, hutang perlu dibayar dan gaji pun berkurang juga la.

Dia hanya fikir keperluannya tanpa pikir aku yang berkerja untuk mencari duit. Itu tidak lagi dipertikai kerja yang aku buat. Macam – macam alasan yang diberikan. Tidak kira lagi soal trust issue. Senang cerita, aku banyak diam dan main dengan anak je di rumah sebab aku tahu, kalau ada apa – apa perbualan, akan ada part dia tinggikan suara, tidak percaya atau apa saja yang akan buat aku lebih baik diam dari meneruskan perbualan tersebut.

Aku sentiasa membantu urusan dalam rumah baik kemas, masak atau jaga anak once aku dirumah. Malah aku kerap mengajak isteriku keluar jalan – jalan weekend sebelum sempat dia berbunyi bosan duduk di rumah. Aku suruh isteri mencari kerja, macam – macam alasan dia bagi. Last – last, aku diam juga. Sekarang ni, aku dilema samada nak buat seperti mana confessor yang aku cakap di atas atau tidak.. Terima kasih… – Ucop (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Alhamdullillah, aku bukan la jenis yang insecure / anxiety pada komen yang dilemparkan dan luahan hati tersebut juga tidak menunjukkan cerita yang menyeluruh. Maksud aku, alhamdullilah, aku sediakan segala keperluan dan kewajiban aku pada isteri secukup dan semampu yang aku boleh.

Soal nafkah batin, baik di tempat tidur, perhatian atau apa jua dalam kategori batin, aku penuhi seadanya yang aku atau isteri mahukan. Malah kehendak aku pun kadang – kadang ditolak atas faktor dia penat atau tidak sihat dan aku memahami keadaannya waktu tersebut.

Tidak menjadi kesalahan juga bagi seorang isteri minta untuk dinafkahi tidak hanya menunggu suami datang atau minta. Aku juga k0rbankan penat lelah aku balik dari kerja untuk bawak isteri dan anak keluar jalan – jalan ambil angin untuk mengelakkan dari mereka bosan di rumah.

Kepada yang sarankan untuk isteri aku bekerja semula, aku dah banyak kali suarakan dan tolong sedikit sebanyak carikan kerja untuknya tetapi isteri aku meletakkan 1 t4rget / skop kerja yang dia inginkan yang mana dia sendiri akan tentukan untuk terima atau tidak.

Pada aku, kerjanya itu sekadar untuk diri dia sendiri. Mengelakkan dari bosan di rumah, nak beli itu ini dan bayar komitmen sendiri (hutang, loan dsb). Aku tidak lah memerIukan duitnya untuk cover pembelanjaan atau tanggungjawab aku tapi sekiranya dia menolong, itu 1 rahmat pada aku.

Aku tahu, ada yang komen pasal keburukan isteri sedangkan aku ni semua baik. Tidak, aku pun ada kelemahan aku sendiri. Tapi tidak la sampai menyusahkan isteri aku, malah aku sendiri arahkan dia untuk tidak buat itu ini dan aku yang membuatnya tapi dia tetap buatkan juga.

Soal suruh aku pulangkan balik pada orang tuanya, aku bukan tidak sayang isteri, cuma dilemma yang mana kerap makan hati dan sedikit sebanyak akan menjadi taw4r hati 1 hari nanti. Setidaknya, kalau aku doakan dia diambil Allah dalam keadaan dia mendapat redha aku seorang suami, aibnya ditutup.

Setidaknya isteri aku tidak lah tersiksa dan seandainya berpisah hidup, bakal suaminya nanti bukan la seorang seperti aku dan cycle masih lagi sama once dah bercerai pun sebab aku kena hadap bekas isteri untuk urusan nafkah anak dan sebagainya.

Pada aku, jika berpisah m4ti, yang menanggung beban dan tanggung jawab adalah aku (lelaki), bukan perempuan. Soal kahwin lain atau mengugvt untuk poligami, tu aku letak tepi sebab pada aku, aku tidak mampu untuk berlaku adil baik dari segi zahir dan batin.

Untuk pengetahuan semua, aku bukanlah tidak menyayangi isteri aku cuma aku terkilan dan sentiasa dalam keadaan terasa hati setiap kali bersembang dengan isteri aku kerana akan ada suaranya yang tinggi. Maksud aku, tinggi suaranya itu lebih kepada marah atau menunjukan yang dia tu betul senang cerita “voice comes with a force”.

Sebab itu lah aku tak mahu mengajak berbincang benda – benda serious sebab kalau sembang – sembang yang biasa pun akan trigger dia untuk meninggikan suara sekiranya aku tidak sehaluan dengannya. Untuk pengetahuan semua, tiada 1 benda pun yang aku sembunyi kan dari ister aiku, baik dari kenalan dekat ofis, kawan lama malah ex aku dulu pun dia tahu.

Aku sendiri bagi dia check handphone, wasap dan pin nombor untuk akaun bank. Pada yang komen tentang isu ‘membuka aib’, adakah kelemahan atau kekurangan suami itu 1 kelebihan? Kalau ya, canang lah ia pada parent dan adik beradik dan tengok la reaksi suami.

Akhir kata, aku mohon maaf sekiranya luahan ini berat sebeIah atau syok sendiri dan aku maaf kan semua pembaca yang komen buruk dan terima kasih kepada yang komen baik. Yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk tu datang dari kelemahan aku sendiri.

Aku harap, ni adalah luahan yang terakhir dari aku. Aku ingatkan sekali lagi yang aku sayang isteri aku seadanya dia, pandai memasak dan cantik cuma ada a few part yang kerap buat aku terasa sebagai seorang suami dan sebab itu la aku dilemma.

Cuma setiap suami ada alasan tersendiri kenapa dia buat keputusan tersebut seperti mana confessor sebelum ini. Terima kasih.. – Ucop (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Anie Alja : Kalau somi jenis macho, the more isteri tinggi suara, lagi dia rendahkan suara tanpa reaction. Dia tengok muka dan mata isteri, tapi DIAM tak berbunyi. Dia tanya perlahan dengan suara tenang saja, ‘Kenapa suara you tinggi camtu? Tak boleh cakap elok – elok?’

Kalau somi melarikan anak mata, cecepat reverse actions, berpeluh, fidgeting… memanglah isteri tahu kau LEMAH. Bila dia sedar kau takut kehilangan dia, taknak bising – bisng, taknak g4duh – g4duh. Lagi dia TEST YOUR BOUNDARIES.

TT.. orang pompuan ni macam anak – anak tak cukup akal. Boleh biar dia marah, melenting tapi dalam PARAMETER.. macam budak – budak bermain dalam rumah, IN YOUR ROOM ONLY.’ Kalau dia Ianggar parameter, gunalah kuasa sebagai mak ayah. Sama saja dengan isteri TT tu, you weak as a husband.

Nurul Mohd : Nak doa wife meninggaI ke? Dah pikir habis – habis ke? Dah tengok ke mata anak – anak ke sebelum doa tu? Dah imagine ke anak – anak yang kerinduan nanti? Wife boleh diganti. Tapi kerinduan si anak.. Hmmm.. Allah je yang tahu. Saya tahu sebab saya seorang balu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.