Mak ayah dah tua, ayah pula kena stroke. Baru ni mak terjumpa kertas nikah ayah dengan wanita lain bertarikh Mei 2024

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak aku m4kin ligat stalk phone ayah aku. Memang jumpa perbualan ayah aku dengan kawan dia yang jadi saksi nikah, perbualan ayah aku dengan tok kadi tukang nikah tu pun ada. Tak sangka sekarang ada group geng nikah dekat KL..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum buat yang beragama Islam, aku gelarkan diri aku Intan. Sebelum tu aku nak ucap terima kasih kepada yang sudi baca luahan hati aku. Aku dah berkahwin 13 tahun dan ada beberapa orang anak. Umur aku pertengahan 30an.

Aku anak tunggal perempuan, yang lain semua lelaki. Ini cerita tentang kehidupan aku dan mak ayah aku. Mak aku tua 2 tahun dari ayah aku. Mak aku dah umur 60 lebih. Ayah aku kena minor stroke awal tahun ni, pergerakan jadi terbatas, jalan boleh tapi kena pakai tongkat.

Baru – baru ni mak aku nak basuh baju ayah, terjumpa sekeping kertas, macam kertas karangan sekolah tu. Dalam kertas tu tertulis pengakuan nikah (macam sijil nikah) ayah aku dengan sorang perempuan bernama Azira (nama samaran) bertarikh bulan Mei 2024. Siap ada nama saksi dan tandatangan apa semua.

Beberapa hari sebelum mak aku jumpa kertas tu, mak aku ada jawab call dari phone ayah aku, suara perempuan yang call. Mak aku tanya ni siapa, perempuan tu jawab saya isteri dia. Mak aku terus pura – pura cakap saya terjumpa phone ni tertinggal, perempuan tu bagi mak aku no telefon ayah aku yang lagi satu.

Ayah aku memang ada 2 phone. Mak aku pelik perempuan tu tau dua – dua no telefon ayah aku. Mak aku cerita kat aku pasal tu. Mak aku ni ada anxiety, berdebar dan mak aku jenis suka overthinking terlebih. Mudah susah hati dan suka fikir negatif yang bukan – bukan.

Masa mak aku cerita tu, aku bersungguh yakinkan mak aku yang perempuan tu sc4mmer. Aku tak nak mak susah hati. Tapi kebenaran pasti terbongkar jugakkan, cepat atau lambat je. Sampai lah mak terjumpa surat nikah tu. Betul lah bapak aku nikah lagi.

Aku sikit tak terk3jut sebab ni buat kali pertama bapak aku buat pasal. Aku kira dari zaman aku kecik dulu ni kali ke-4 kot bapak aku buat hal. Kali pertama mak aku cerita masa tu aku kecik lagi, umur dalam 2,3 tahun kot tak silap. Perempuan tu datang sendiri jumpa mak aku, lepas tu tak jadi kawin dengan ayah aku sebab katanya mak aku sihat je elok tak ada apa yang kurang.

Bagus perempuan tu cari kebenaran dulu. Kali ke-2 aku ingat masa tu aku darjah 2. Masa tu mak ayah aku pjj. Aku dengan mak dan adik duduk kampung rumah nenek beIah ayah kat Pahang. Ayah aku kat Penang. Naik darjah 2 aku tukar sekolah ke Penang sebab mak aku dah duduk sekali dengan ayah.

Sebenarnya mak aku duduk rumah nenek kat Pahang tu pun sebab ayah aku yang suruh. Tak sampai sebulan kami duduk Penang, jiran – jiran dah bercerita kat mak aku apa yang jadi. Sebelum ni memang mak aku dah duduk Penang dengan ayah.

Tapi bila aku nak start masuk sekolah ayah aku suruh duduk Pahang. Jadi jiran – jiran semua memang dah kenal keluarga aku. Daripada cerita jiran – jiran, ayah aku dah bertunang dengan sorang janda mualaf ni, hampir nak kahwin dah tapi tak jadi sebab janda tu pilih orang lain yang lebih kaya.

Aku nampak sendiri mak aku nangis – nangis depan ayah aku, tanya betul ke semua tu? Pastu ayah aku suruh aku main kat luar, tak dapat la aku nak tau lebih lanjut. Kali ke-3 ayah aku buat pasal waktu aku 16 tahun. Masa tu aku dah masuk asrama.

Waktu tu aku balik cuti, aku nampak hubungan mak ayah aku tak baik masa tu cuma masa tu mak tak cerita apa-apa. Aku nampak mak aku nangis lepas solat. Ayah aku pulak jarang nampak muka kat rumah. Kemudian ada cuti penggal lagi sekali baru mak aku ceritakan.

Ayah aku buat hal nikah dengan perempuan muda 20-an, anak tokey kedai emas. Aku sendiri teman mak aku jumpa perempuan tu. Masa tu aku yang paling nak jumpa perempuan tu. Perempuan tu mengaku katanya masa dia nikah dengan ayah aku dia tak sedar, seolah macam dipukau katanya.

Itu cerita dari pihak dia. Dari cerita ayah aku pula ayah aku kata dia kena p4ksa nikah dengan perempuan tu, katanya ada 2 orang datang ugvt dia dengan senj4ta suruh naik kereta dan terus pergi bernikah dengan perempuan tu kat KL, ayah aku dengan perempuan tu kami tinggal di daerah yang sama masa tu tapi nikah di KL.

Masa dapat tau tu aku down sangat. Yelah umur tengah naik remaja kan, mak aku siap tanya kalau mak cerai aku pilih nak duduk dengan siapa, aku kata aku nak berhenti belajar. Terdiam mak aku. Lepas tu aku dah balik asrama, aku tak tahu macam mana hubungan mak ayah aku elok balik.

Perempuan tu pun mak kata dah cerai dengan ayah dan dah kahwin lain pun. Dah hampir 20 tahun dari kejadian terakhir tu, sekarang timbul lagi hal kahwin baru ni. Kalau ikutkan mak aku kata dari dulu memang dah taw4r hati tapi mak aku ni rendah keyakinan diri, kalau buat apa – apa kena ada orang ‘push’ sikit baru jadi.

Nak buat apa – apa takut, pergi bank jumpa pegawai pun takut, berdebar. Tu semua masalah anxiety mak aku lah, jadi sebab tu tak timbul soal perceraian sampai sekarang. Bila jadi camni, mak aku m4kin ligat stalk phone ayah aku. Memang jumpa perbualan ayah aku dengan kawan dia yang jadi saksi nikah, perbualan ayah aku dengan tok kadi tukang nikah tu pun ada.

Aku pun tak tau rupanya ada satu grup ataupun geng nikah kat KL ni, kalau dulu orang nak nikah lagi ni pergi sempadan Thai, sekarang kat KL je dah ada. Sekarang ni mak aku dah sem4kin sesak d4da jumpa macam – macam conversation ayah aku dengan perempuan – perempuan lain.

Aku dah kata mak tak payah lah cek phone ayah tu, buat s4kit hati je, sesak d4da. M4kin tau macam – macam, m4kin s4kit hati tapi mak aku nak jugak stalk phone ayah aku, waktu ayah aku pergi solat kat masjid, phone tinggal kat rumah masa tu mak aku godek

Perasaan aku? Dah tak kesah. Mak ayah nak cerai ke tak cerai ke aku follow je. Bukan aku tak sayang mak ayah tapi entah lah. Kalau dulu masa remaja memang aku kecewa sangat, tapi sekarang aku macam dah tak rasa apa. Aku masih layan ayah macam biasa, aku pun memang tak rapat dengan ayah jadi tak lah berborak atau bergurau dengan ayah macam orang lain, orang kata anak perempuan ni rapat dengan ayah kan?

Tapi aku tak walaupun aku anak perempuan tunggal. Korang doakan lah untuk mak aku ni, aku tengok mak aku ni dah macam lalang. Mak kata menyampah s4kit hati tapi kadang – kadang kesian pulak kat ayah aku sebab memasing pun dah tua kalau nak bercerai – berai.

Cucu dah 7 orang termasuk anak – anak aku. Mak aku kata nak pergi tukar nama tanah letak nama mak aku. Aku pening pikir apa lah kesudahan mak ayah aku ni? Patut ke mereka cerai di usia senja ni? – Intan Shakis (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Orang kalau nak cerai, tak kisah usia senja ke tak. Pokoknya, tak sefahaman, cerai jelah. Baru berkahwin tak sampai seminggu pun ada je cerai. Aku rasa kisah parents kau tu biar mereka je setelkan. Kalau mereka nak stay, perbaiki yang kurang tu. Kalau nak berpisah, biar je. Tu tetap parents kau baik buruk mereka pun. Tak mengubah apa pun kau tetap kena baik dengan 2 tu. Tapi biar mereka yang decide. Goodluck.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.