Mak mertua menumpang rumah aku, tapi suka fitnah aku. Dia suka mencuri barang aku dan suami. Pernah duit simpanan suami…

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Duit laki aku simpan banyak, tahu – tahu dah surut. Mak mertua masuk bilik ambil senyap – senyap. Bila laki aku meng4muk, baru dia mengaku. Sebelum ni suami tak percaya cakap aku, bila aku tunjuk bukti tentang mak dia..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai, Assalamualaikum w4rga FB. Nama aku Ica. Aku nak meluah pasal MAK MERTUA aku yang talam ni. Masalah ni bermula lepas aku nikah dengan anak lelaki dia. Sebelum nikah tak ada masalah. Dia pun setuju, so aku fikir memang takkan ada masalah lah.

Aku nikah bulan 5, kami berg4duh besar bulan 7. Dalam masa 2 bulan je dia buat aku hilang sabar. Mulut dia nauzubillah, teruk.. Depan aku dia sibuk mengata orang lain, tapi belakang aku, apa je yang dia tak fitnah? Nama aku ni hari – hari meniti kat bibir dia. Benda aku tak buat, dia cakap aku buat.

Masa tu suami aku tak banyak backup aku. Memang banyak berendam air mata la setiap kali meluah. Last – last kami laki bini yang berg4duh. Setiap kali meluah, end up mesti berg4duh. Lepas aku meng4muk bulan 7 tu, baru suami aku start backup aku sebab aku ada bukti yang mulut mak dia tu macam pu4ka tanah.

Bila suami aku dengar segala bukti tu, mak mertua aku terus backup diri sendiri sebab suami aku ni dah macam naga time tu… Terlalu marah. Lepas aku meng4muk, dia insaf kejap, lepas tu buat balik. Dah banyak kali aku meng4muk tapi tak insaf juga per4ngainya.

Jenis liat macam tiub getah. Dan dia suka mencuri barang kami laki bini. Duit laki aku simpan banyak, tahu – tahu dah surut. Dia masuk bilik ambil senyap – senyap. Bila laki aku dah meng4muk, baru dia mengaku. Memang kecewa teruk laki aku.

Ramai yang cakap kami laki bini biadab, kurang ajar. Tapi manusia kan… Dia tak tahu betapa lama kita bersabar dengan manusia macam ni. Benda ni berterusan sampai lah sekarang, dan aku pun dah ada anak. Sekarang aku slow sikit sebab dah ada anak kan… Sekarang ni anak aku pula kena.

Depan saud4ra – saud4ra lain kemain laaa panggil anak aku. Punya nak tunjuk dia tu nenek yang terpaling penyayang la kononnya. Anak aku itu, anak aku ini. Bila dah balik rumah, anak aku nak main dengan dia pun dia buat tak tahu. Dia banyak palau anak aku, tapi dah nama pun budak, dia tetap pergi kat mak mertua aku.

Aku memang tak bagi anak aku dekat dengan mak mertua disebabkan per4ngai dia macam tu. Dan pernah dua tiga kali muka anak aku tiba – tiba Iuka lepas duduk dengan dia. Katanya kena kuku anak aku sendiri, tapi kuku yang melekat kat kulit anak aku tu kuku orang dewasa.

Nak tuduh pun tak boleh sebab tak ada bukti kukuh. Sekarang ni aku banyak buat hal sendiri dan memang tak bercakap dengan mak mertua aku kalau tak ada benda penting. Hari – hari aku buat per4ngai berangin sebab tak nak dia tegur aku.

Hati ni dah taw4r nak bertegur sapa dengan dia. Bab makan pun kami laki bini dah beli asing dari dia. Sekarang dia tak berani nak bising depan – depan sebab dia takut dengan laki aku. Sebab laki aku marah dia buat per4ngai macam tu dan tak reti – reti nak insaf.

Dia selalu bercakap kat belakang je. Dia meluah kat ayah mertua aku, yang ayah mertua aku pula bercerita kat kami. Haha. Ayah mertua aku tak ada masalah. Dia okay. Yang bermasalah tu cuma mak mertua aku. Setakat tu jelah kot. Ibu – ibu kat luar sana, tolonglah jadi mertua yang baik kalau nak menantu jadi baik.

Kami menantu – menantu h4ntu ni ikut per4ngai mertua. Kalau mertua baik dengan menantu, anak korang pun senang hati. Tapi kadang – kadang ada juga menantu per4ngai macam h4ntu tapi dapat mertua baik hati. – Ica (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Hai assalamualaikum.. Aku dah agak mesti kena h3ntam teruk.. Haha.. Okay ni sambungan dia.. Ramai perempuan – perempuan yang kecam kami. Ada yang suruh kami ni keluar rumah. Duduk rumah sewa, kata muka tak malu menumpang rumah mertua tapi duk kutuk mertua, ada yang siap cakap jenis tak sedar diri..

Alhamdulillah terima kasih.. macam mana aku nak cari rumah sewa kalau rumah yang aku duduk sekarang tu rumah aku sendiri yang aku beli sebelum berkahwin????? Mak mertua aku tu yang mnumpang aku. Kalau aku ni betul – betul jahat, dah lama aku halau dia.

Anak – anak dia yang lain pun taknak jaga dia. Aku je sanggup bagi dia tumpang tapi macam ni laaa akibatnya.. Aku menanggung. Aku ni bukan jenis suka meng4muk tapi ada fikir tak kenapa anak – anak dia taknak jaga dia?? Ada fikir tak kenapa aku ni selalu berangin dan takkan tiba – tiba sed4ra mara adik beradik dia tak suka dia.

Orang takkan mer0yan ye kalau takde sebab melainkan orang tu giIa. Yang cakap tahniah sebab aku dah hasut suami aku jadi derh4ka tu, kau tahu ke apa jadi dalam rumah?? Kami anak menantu ni dah terlampau bersabar. Kalau kami lakibini ni yang problem dari awal, takkan abang ipar aku ni bawak diri bertahun – tahun tak balik rumah?

Kami ni dari setebal – tebal kesabaran, sekarang dah senipis kulit bawangg. Aku cakap lebih – lebih pun tak ada guna sebab netizen nampak kami yang buruk sebab biadap dengan mertua.. Aku terima je.. Aku doakan perempuan – perempuan yang komen tu tak akan dapat mertua macam aku ni.. Kalau kau dapat tu nasib kau lah.

Jangan ingat dia dah makan garam dulu dia boleh buat macam – macam kat kami anak menantu ni. Aku cakap awal – awal, kot ada yang tanya mak mertua takde rumah sendiri ke?? Jawapan dia takde. Selama ni dia duduk rumah arw4h mak dia, abang sulung dia halau. Sekarang rumah arw4h mak dia tu abang dia yang duduk.. Sekian.. – Icaa (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Riena Ariena : Macam ni la dik…. adik sedang diuji oleh Allah… tu dah tentu. Sebab apa Allah uji sebab Allah sayang kita. Allah nak uji keimanan kita dan sejauh mana kita berg4ntung pada Allah. Yang boleh bukak jalan pun Allah, yang boleh ubah mak mertua pun Allah.

Berdoa, sedekah al fatihah banyak – banyak kat mertua. Zikir nama Allah Ya Rahman dan Ya Rahim, Ya Latif… semoga Allah lembutkan hatinya. InsyaAllah, Allah akan buka jalannya dan kadang kala dengan cara yang kita tak sangka. Cuma kita sentiasa berbaik sangka pada Allah. Jarakkan diri dari mertua tu pun dah bagus sebab nak elak dari berg4duh.

Orkead Lilac : Bila fikir balik suami tt datang dari rahim si ibunya. Minum dari susu si ibu. Tangan yang dah mengecut tu la yang menjaga membesarkan suami tt. Sanggup menjerit marah tengking kepada seseorang yang pernah bert4rung nyawa demi melahirkan suami tt tu.

Faham kita ada rasa marah s4kit hati sebab itu fitrah manusia tapi biar ada batasnya lagi – lagi seorang ibu yang sudah tua. Cubalah cakap elok – elok. Faham mak mertua tu masih mengulangi perbuatan yang sama tapi tergamaknya seorang anak menengking ibu.

Mungkin si ibu bertindak demikian sebab rasa anak lelaki kurang bagi perhatian. Mungkin dia rindu akan kasih sayang dari anak – anak dia. 1 lagi cuba bawa mak mertua tu ke hospitaI untuk buat pemeriksaan berkemungkinan proses pengecutan otak berlaku atau nama specific dem3ntia.

Sebab nampak tanda – tanda tu ada. Nasihat untuk tt juga… bersiap sedia la bila suami mula berani meninggikan suara kepada ibunya, berkemungkinan nanti ia boleh berlaku pada tt pulak nanti.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.