
Ada sekali tu, aku ingatkan baju aku hilang, rupanya ada yang sambar. Pakai depan kita, muka tebal sungguh. Tapi, jenis dorang ni, bila cakap pinjam pula, terus buat harta. Aku dah pernah simpan barang – barang dalam almari siap kunci lagi..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku boring betul dengan kakak ipar aku. Suka sangat lepak kat rumah aku dan buat rumah aku macam ‘istana hinggap’. Suka – suka datang, pastu menyelongkar barang – barang dan ambil barang aku macam harta wakaf. Kalau datang untuk menolong tak apa juga, ini tak, m4kin menyusahkan hidup aku.
Aku ni breadwinner dalam keluarga dan mertua selalu ingat yang suami punya duit yang sara family (selalu perasan yang family dia kaya… walhal…) Apa perasaan korang kalau mereka buat kita rasa yang kita pula menumpang di rumah orang!!
Dah lah tak reti berjimat, lagi – lagi masa harga barang semua naik mencanak – canak!! Memang panas hati betul… Paling teruk, baru – baru ini aku g4duh sampai nak bercerai sebab aku dah tak tahan dengan per4ngai seekor – seekor yang ann0ying giIa.
Bayangkan, diapers pun nak curi, pastu elok saja mulut bangkai tu kata anak aku yang sepahkan… Sedangkan aku nampak dia sorok dalam beg baju. Takkanlah budak umur dua tahun dah pandai simpan barang dalam beg. Pastu, keesokan harinya, elok pula dia pakaikan diapers tu kat anak dia.
Aku pernah sorok, tapi dia orang memang kaki selongkar. Dulu masa aku tengah mengandung, aku tak boleh guna aku punya set penjagaan muka. Jadi, aku letak dalam satu beg dan sorok kat tempat yang aku rasa tak ada orang nak selongkar.
Tiba – tiba ada pula yang kata dia “terjumpa” barang – barang tu dan terus ambil, walaupun aku tak ada pun kata aku kasi. Alasan dia, rugiIah benda tu tak pakai.. Sedangkan aku bukan buang, cuma simpan untuk guna selepas bersalin.
Entahlah, aku tak pernah fikir yang manusia lahanat macam ni wujud!! Aku nak bersemuka, tapi aku masih fikir apa cara yang paling baik dan selamat untuk aku selesaikan masalah ni. Aku sayangkan family aku (of course lah kan) dan aku tak nak suami aku fikir aku yang bukan – bukan. Biasalah, mana nak mengaku per4ngai tak semenggah kakak sendiri.
Aku gunakan perkataan ‘lahanat’ tu melambangkan kebencian aku pada sikap dia… Bukan aku maksudkan keturunannya.. Sebab dia orang ni selalu sangat kata yang keturunan dia mulia dan berdarjat tinggi. Konon – kononnya dia orang ni kaya.. Tapi tak adalah kaya mana pun. Dah lah tak pernah nak respect pada mak aku.
Pernah sekali, masa di rumah dia, mak aku tengah baring tengok TV, dia boleh selamba derk saja vakum tempat mak tengah baring. Lepas tu tunjuk muka dia yang macam benci sangat kat kita orang yang datang ke rumahnya.
Tapi selalu pula cakap yang keluarga dia suka orang datang ke rumah mereka. Mungkin kita orang tak setaraf kot… Entahlah… Tapi, dalam pada tu, barang – barang aku elok pula kena ‘sapu’. Kadang – kadang, bukan kita berkira sebab harga, lagi – lagi kalau barang yang murah kan.
Tapi memang s4kit hati orang yang suka pakai barang tanpa izin. Macam sekali tu, aku ingatkan baju aku hilang, rupanya ada yang sambar. Pakai depan kita muka tebal sungguh. Tapi, jenis dia orang ni, bila cakap pinjam pula, terus buat harta!! Aku ni kalau gaji taraf 10K sebulan, ok lah juga… Ni setakat cukup – cukup saja.
Aku dah pernah simpan barang – barang dalam almari siap kunci lagi, tetapi kadang – kadang yang susahnya bila sendiri nak guna barang – barang itu. Pernah satu kali, aku sorok minyak wangi dalam beg, lupa nak tutup betul, habis tumpah.
Macam sedih pun ada. Bukan niat nak jadi kedekut atau apa. Tetapi entahlah. Aku susah sungguh nak niat sedekah untuk orang yang suka guna barang aku tanpa kebenaran. Tak tahu apa nak buat. Pada aku, sedekah itu mesti ikhlas.
Lagi per4ngai yang paling menjengkelkan, dia kalau datang bertandang ke rumah, macam dah tak reti nak balik rumah sendiri. Pastu, guna elektrik macam lah bil – bil tu tak payah bayar. Bulan lepas punya bil naik. Tensen aku.
Kadang – kadang aku nak cakap dengan suami, tapi entahlah… Aku dah serik g4duh pasal kakak dia ni. Sebab depan suami, punyalah dia tunjuk yang dia ambil berat pasal kita orang anak beranak. Apa cara yang paling baik bagi suami tahu per4ngai kakak dia atau macam mana nak beritahu suami yang aku tak selesa dengan kakak dia… Aduhhhh…
Aku pernah bincang elok – elok dengan suami, habis – habis pun dia kata aku ni berkira dengan keluarga dia. Koman – koman pun dia kata aku ni busuk hati… Ada ke?? Padahal kan, aku MEMANG benci orang yang mengusik barang aku tanpa izin. Dikira sebagai mencuri juga kan.
Kalau aku datang rumah dia orang, bila aku tengah dok siap – siap pakai baju dalam bilik, sekejap – sekejap dia orang datang cek macam lah aku nak sangat mengobek barang – barang dia… Tak ingin aku… Biarlah aku tak ada apa – apa, asalkan aku tak mencuri… Ya ampun…
Komen Netizen :
Puteri Kharlid : Ko yang tangung family so ko ader hak persoalkan dengan laki ko.. bukan nak ajar buat jahat sebab benda camni leh jadik isu besar. Korang pikirla. Memang kadang – kadang kiat nait bersedekah tapi selalu sangat jadik camni silap – silap d0sa je yang dapat means kita tak ikhlas.
Eida : Ape kata kau suruh laki kau bincang dengan laki akak ipar tu. Kemudian suruh lak dia slow talk dengan akak ipar tu sendiri. Susaha- susah kau sita je umah kau. Tukar kunci lain. Kau buat gi keluar jenjalan ke. So that dia tak boleh bertandang kat umah tu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.