Keluarga aku tak suka suami. Bila suami datang, semua lari. Mak mengadu, tak suka suami melepak tidur depan TV macam rumah sendiri

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami aku bukan menantu pilihan sebab kerja tak tetap sedangkan aku kerja kerajaan. Sepanjang 5 tahun suami aku cuba berbaik dengan keluarga aku. Sehinggalah baru ni, adik aku tegur suami. Berkaca mata suami, dia dah buat keputusan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalammualaikum. Aku membaca confessions dalam page ni since aku belum kahwin. Sekarang dah ada dua orang anak. Tak sangka harini aku menulis di sini. Aku kenalkan diri aku as Zee. Aku dah berkahwin hampir 5 tahun dengan lelaki pilihan aku (Bee). Obviously Bee bukan menantu dan ipar pilihan keluarga  aku.

Bermacam dugaan untuk kami sampai ke jinjang perkahwinan. Bee takde pekerjaan tetap while aku seorang kakitangan kerajaan. Tapi jodoh kami panjang dan kuat (buat masa ni). Semoga kuat dan kekal hingga ke syurga. Kami dikurnia sepasang cahayamata.

Walaupon Bee cuma freelancer, Bee masih jalankan tanggungjawab membayar komitmen kami. Bee banyak membantu kerja – kerja di rumah. Bee yang menjaga anak – anak ketika Zee keluar berkerja. Bee juga selalu memasak dan melipat kain baju demi mengurangkan beban Zee.

Dan pada masa yang sama, Bee juga bekerja dari rumah. Cumanya ada ketika Bee tak banyak job, Bee akan mintak bantuan Zee. Kalau nak cerita tentang susah senang rumahtangga kami ni, banyak. Tapi sehingga ke hari ini, kami masih lagi mampu hadap semua tu. Syukur Allah beri kekuatan.

Namun, ada satu ujian yang Zee (wife) tak boleh nak hadap iaitu family Zee sendiri. 5 tahun usia perkahwinan, Bee cuba untuk “masuk” dalam keluarga Zee. Tapi tak berjaya. Pada awal perkahwinan, Bee cuba untuk duduk berbual dengan ahli keluarga, tapi apa yang terjadi, once Bee ke dapur untuk join perbualan di meja makan, semua akan bangun tinggalkan meja makan.

Sudahnya Bee berseorangan di meja makan. Pernah juga terjadi, Zee terbaca conversation whatsapp mama dan kakak yang bercerita buruk tentang dengan Bee. Untuk makluman, Zee tak pernah sorok apa – apa dari Bee. Semua yang terjadi, Zee akan luahkan pada Bee.

Zee berpendapat biarlah “kekusutan” tu mereka suami isteri usaha untuk selesaikan. Walaupon Bee tahu dan sedar akan layanan family Zee, Bee masih buat biasa. Masih balik ke rumah family Zee seperti biasa. Masih cuba berbual dengan semua seperti biasa. Masih struggle untuk merapatkan diri dengan semua orang.

Hingga lah kebelakangan ini, adik Zee bermasam muka dan dingin dengan Zee & Bee. Bermula dengan adik Zee bersalam dengan semua orang kecuali Bee. Seterusnya, adik Zee pelawa semua dalam rumah makan kecuali Bee. Seterusnya, adik Zee berbual dengan semua yang ada di rumah kecuali Bee.

Seterusnya anak – anak kami tidak dilayan seperti anak – anak buah yang lain. Tiada wish birthday, tiada layanan untuk bermain bersama anak – anak kami. Setelah ditanya dan disoal, katanya Bee banyak buat salah. Katanya Bee bergurau kasar.

Bee suka gurau lebih – lebih yang mengguris perasaan mama. Bee tak hormat mama papa. Kalau kami balik, Bee buat rumah mama papa macam rumah sendiri. Baring duduk makan tidur sesuka hati. Katanya juga Bee tak menyumbang apa – apa untuk mama dan papa.

Dan untuk pengetahuan pembaca, adik Zee minta Zee sampaikan semua “teguran” tu pada Bee. Katanya itu teguran dia buat abang iparnya. Bee kecewa. Berkaca mata Bee bila diberitahu semua ini. Lama Bee termenung mengenangkan salah silap diri Bee.

Bee dibesarkan dalam keluarga yang rapat, yang suka loyar buruk. Bee tak menyangka loyar buruk yang Bee create untuk merapatkan hubungan dianggap sebagai kurang ajar. Bee tak sangka baring – baring depan TV tu dikira sebagai tak tahu malu.

Bee tak sangka sumbangan tenaga Bee dikira sebagai tidak menyumbang. Mungkin kerana Bee bukan orang berduit. Sebagai isteri, Zee sedih melihatkan keadaan Bee sebegitu. Kata Bee, dia terima teguran itu. Walaupon cara adik Zee itu biadap, tapi Bee tak marah dan tak d3ndam.

Cuma ayat yang keluar dari mulut Bee, biarlah dia menjarakkan diri dari keluarga Zee. Biarlah dia tiada dalam rumah family Zee selepas ini. Bee tidak menghalang Zee untuk balik ke rumah family, cuma katanya dia takkan berada dalam rumah tu.

Dia tak sangka setelah bertahun – tahun keluarga Zee masih tak terima kehadiran Bee. Kalau balik pon, mungkin untuk berjumpa papa mama sahaja. Untuk berjumpa yang lain – lain, Bee sudah taw4r hati. Harapan Zee, dapatlah pembaca memberi pendapat apa yang perlu Zee lakukan. Tersepit antara keluarga (adik beradik terutamanya) dan suami yang sangat disayangi, Bee. Terima kasih sudi luangkan masa membaca. – Zee (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Faranisyah Hakim : Sedihnya baca. Lagi – lagi part kena pulau kat meja makan tu. Kut ye pun pasal loyar buruk, takkan lah benci sangat macam suami Zee buat jen4yah pulak. Takpe lah Zee,so far kan Bee tak halang pun Zee balik jumpa mak ayah.

Maknanya dia suami yang baik. Zee balik je sendiri untuk berbakti pada parents tapi takyah lah bawak Bee. Dan bahagiakan suami bila berada di sisinya. Kalau ada perlu pertahankan dia di mata keluarga Zee, buatlah. Kita pun mesti nak suami buat benda yang sama kalau kita ada konflik dengan in laws. Semoga suatu hari, keadaan akan jernih dan Zee tak perlu memilih. Semoga bahagia Zee & Bee.

Hazirah Hanapi : Tak perlu kot nak cerita semua apa family u cakap hal dia. Sikit – sikit da la. U pun wife. Husband u lagi penting. Kurangkan la balik kampung. Balik hari. Sebulan sekali tunjuk muka sudah la kot. Syukur husband u bagi u balik lagi. Jauhkan dan jarakkan lah diri dari family u. Diorang nak kata apa. Lantak diorang la.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.