Lepas terlanjur dengan lelaki lain, saya dengan berani terus terang dengan suami sebab kami ada taklik talak 3. Tapi hakim kata..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami aku jenis baran dan tak reti uruskan duit. Aku jadi str3ss. Satu hari, suami marah tengok rumah bersepah, dia sengaja siramkan air bagi lagi teruk. Aku dah tak tahan, aku rosakkan baju nikah kami..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum hai. Aku adalah seorang pend0sa, aku menyesal dengan kekhilafan aku. Aku tak mahu cerita panjang, cuma aku nak tekankan beberapa perkara sebelum aku beritahu apa khilaf aku. Aku seorang isteri, sudah berkahwin 14 tahun, ada 4 orang anak.

Aku berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka, kenal dari umur aku 16 tahun, kahwin umur 19. Masa kenal memang aku tahu lelaki aku jenis panas baran, suka m4ki – m4ki tapi tidak sampai naik tangan. Dia baik sangat, pemurah dan rajin.

Jadi aku pilih kahwin dengan lelaki aku sebab cinta dan aku rasa dia boleh jaga aku. Jadi bila kahwin, baran dia masih ada walaupun aku selalu tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri zahir dan batin. Kenyang dari segi makanan pun ya bila dia sediakan keperluan.

Kalau tiada, maka tiadalah. Aku bukan suri rumah sepenuh masa tapi aku tolong lelaki aku berniaga untuk tambah pendapatan, aku bantu dia cari pelanggan sebab dia seorang yang tidak boleh berbincang dengan pelanggan, tak pandai dan dia akan tolak aku untuk ke depan.

Kadang – kadang aku rasa penat betul, sebab mental aku ditekan. Sedangkan kalau ikutkan, isteri tak perlu bekerja pun, suami wajib sediakan yang asas. Lelaki aku ini bukan jahat, bukan pemalas. Tapi tak pandai urus niaga. Tak pandai atur kewangan.

Sampai selalu tertunggak segala bil, sewa kedai, sewa rumah dan macam – macam lagi yang buatkan aku tertekan. Aku tak kisah dia susah, tapi aku jadi penat bila nak layan baran dia marah ikut suka. Berg4duh isu – isu kecil je, terutama pasal anak lah.

Anak menangis aku kena marah, rumah bersepah sikit aku kena marah. Takde duit kemudian bila aku cakap tak larat nak tolong cari duit, aku kena tekan sebab dia tahu aku pandai cari pelanggan. Aku bukan nak berkira tapi layanan dia itu buatkan aku malas nak tolong dia.

Dan paling tak best, sana sini dia suka bagi duit ikut suka dia, bila tak cukup aku pula ditanya. Masa 5 tahun pertama kahwin memang aku tak sentuh bab duit, aku serahkan dia semua urus. Tapi memandangkan banyak hutang, jadi aku ambil alih.

Lepas aku urus kewangan m4kin okay, kurang tunggakan, lebih teratur, tapi selalu juga g4duh isu kewangan sebab bila pelanggan kurang, jadi tidak dapat nak tampung komitmen. Jadi aku putus asa, aku bagi dia urus balik. Semua orang ingat aku kawal duit lelaki aku dan bersuka ria jalan sana sini.

Lelaki aku ini jenis suka berjalan sana sini, dia bawa aku dan anak – anak jalan, bila aku cakap nanti la kita keluar. P4ksa – p4ksa keluar padahal aku cakap kewangan tidak stabil. Dia kata tak mengapa, ada rezeki juga nanti. Akhirnya, selepas keluar, aku juga yang perah otak cari duit.

Salahkah aku nak jadi isteri sepenuh masa untuk urus anak – anak tanpa fikir masalah kewangan? Salahkah aku nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk urus hal rumah tangga sahaja? Aku nak lelaki aku ini fokus jadi ketua keluarga yang jalankan tanggungjawab dengan baik.

Dia depan keluarga bukan main nampak berduit. Jadi keluarga aku dan keluarga dia selalu la minta belanja. Aku tidak kisah pun, cuma kadang terasa sebab aku sendiri kerja dengan dia tanpa gaji. Mental aku dengan jaga anak. Pernah satu hari aku keluar rumah urus pelanggan dia, balik lambat sikit sahaja, rumah bersepah tunggang – langgang.

Dia meng4muk simbah air. Terus aku gunting baju nikah. Terus rasa taw4r hati aku. Tapi aku masih dengan dia. Bila ada anak nombor 4, perniagaan lelaki aku merudum teruk, jadi aku cari jalan juga untuk buat pendapatan supaya kami tidak bungkus..

Lelaki aku rajin, dia ikut sahaja cadangan aku.. Tapi aku terper4ngkap bila aku kenal seorang lelaki dalam platform online.. Kenal 1 tahun baru jumpa. Tapi maIangnya nasib aku, aku terlanjur dengan lelaki itu. Itu lah pertama dan terakhir aku jumpa dia sebab aku sedar apa aku buat itu salah.

Sebenarnya aku bukan pergi untuk bersama dengan dia tetapi dia khayalkan aku dengan d4dah. Jadi aku berkhayal.. Masa bersama pun aku tak rasa apa – apa.. Yang aku ingat aku tengok muka dia sahaja. Aku balik rumah aku beritahu lelaki aku yang aku sudah terlanjur, kenapa aku beritahu?

Sebab lelaki aku ingatkan aku pasal lafaz taklik talak 3 kalau aku ada bersama dengan orang lain. Jadi dengan beraninya aku beritahu dan memang kecewa muka lelaki aku. Esok terus ke mahkamah untuk rujuk hakim. Dapat tarikh sahaja pergi dan sedia semua untuk apa yang akan jadi.. Sudah fikir anak nak letak mana semua.

Tapi talak 3 aku tak jatuh sebab hakim cakap aku tak ingat lafaz taklik yang lelaki aku lafaz masa kejadian. Jadi tak jatuh, tapi talak itu berjalan sampai m4ti. Jadi kami pun hidup la bersama sampai sekarang. Isu dia sekarang. Benda ini sudah berlalu 3 tahun yang lalu.

Aku nak lelaki aku lepaskan aku sebab aku tidak mahu dia buang masa dengan aku yang jahat macam ini. Aku selalu doakan dia dapat jodoh lain yang baik – baik. Tapi dia masih tidak mahu lepaskan. Isu lain, aku tidak ada rasa perasaan pada lelaki aku apatah lagi nak bersama.

Kalau cakap pasal lelaki yang aku jumpa itu. Aku sudah lama buang dia. Aku sudah tidak mahu ambil tahu pasal dia. Tapi kenapa lelaki aku tidak mahu lepaskan aku sebab takut aku kembali dengan lelaki itu. Lelaki aku cakap kalau dia lepaskan aku semua anak – anak dia ambil, dan nak tutup perniagaan dia.

Aku tak tahu bagaimana nak urus semua ini. Aku mahu anak – anak aku tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu lelaki aku. Sampai sekarang kewangan lelaki aku tidak stabil aan aku masih bantu dia dari segi kerja – kerja dia dan kewangan.

Bantu aku korang, aku dah tak nak dekat lelaki aku. Sekarang aku sudah sucikan diri aku untuk ke mahkamah untuk fast track cerai. Jadi aku tidak ada bersama lelaki aku selepas suci. Tapi lelaki aku ini masih mahu ajak bersama sebab masih mahu teruskan dengan aku. Sampai sekarang aku elak. Sebelum ini aku bagi sahaja.. Kali terakhir bulan lepas. Sekarang aku hanya mahu fokus ibadah aku, mahu stabilkan kewangan dan anak – anak aku.. Itu sahaja.. Terima kasih korang.

Komen Netizen :

Abu Shaddad : Dua – dua taubat sungguh – sungguh. Dua – dua mulakan hidup baru semua sebagai keluarga Islam sebenar. Mulakan dari ibadat dan pengajian serta makan secara berjamaah. Niatkan kerana Allaah demi anak – anak. Ini secara tak langsung akan bina kembali cinta kalian setelah berpenat lelah berk0rban untuk dapat redha Allah dalam cari kebahagiaan dunia akhir4t dengan jalan yang betul.

Anonymous member 791 : Perbetulkan niat.. kenapa susah nak berpisah? Sebab semua ni kerja Allah. Kalau sudah betul – betul insaf lapangkan d4da terima apa yang ada ikhlaskan diri jangan pentingkan diri. Belum pasti dengan setiap pilihan dan tindakan kita tu betul. Serahkan semua pada Allah banyakkan doa ajak suami selalu ke masjid bina hidup baru sama – sama berubah. Allah maha membolak balikkan hati manusia.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.