
Nama aku, kerja aku, muka aku, pergerakan aku semua lelaki tu tahu. Kiranya lelaki itu chat, call dengan mak aku sebab dia ingat tu adalah aku. Suami aku dah WhatsApp lelaki tu bagi bukti kami ini dah kahwin, apa semua tapi mak aku…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, aku tak tahu nak kongsi dekat siapa sebab tak nak orang menilai apa – apa. Jadi aku luah kat sini lah ya (taip sambil menangis hahaha). Cerita ini panjang sikit tau. Korang kena sabar dan fahamkan dulu baru komen ya. Komen yang baik – baik saja tau, takut aku tak kuat.
Korang pernah tak rindu pada seorang mak tapi korang tak boleh dengan mak tu? Aku rindu, tapi kadangkala, menjauh itu lebih baik. Aku dah berkahwin dengan seorang duda anak dua. Aku dulu seorang janda.
Awalnya, mak aku okay saja dengan suami. Suami pun okay dengan mak. Tapi bila kami duduk serumah (rumah mak), keadaan jadi tak indah. Kami tak pindah sebab aku anak tunggal dan mak aku ibu tunggal.
Jadi, tak nak mak aku tiba – tiba rasa kehilangan, kami buat keputusan untuk tinggal bersama mak untuk sebulan dua. Pada awal 2024, aku bertengkar dengan mak aku sehingga aku berpindah dari rumahnya.
Aku memang tak pernah call mak aku sebab bila call, dia akan cakap yang tak elok pada aku. Doakan itu ini. Aku tak boleh nak dengar sebab masa tu kebetulan aku mengandung. Rezeki aku mengandung selepas sebulan kahwin.
Setiap hari aku rindukan mak aku. Sampai suami pujuk mak aku. Sampailah ke pertengahan tahun lepas, aku dan mak dah berbaik semula. Setelah aku habis pantang, mak aku kembali bert3ngkar dengan aku disebabkan aku pergi berjumpa ayah aku (bekas suami dia). Mak aku rasa aku lebihkan ayah aku.
Padahal sebelum itu, ayah selalu datang ke rumah mak aku menziarahi cucu masa aku dalam pantang. Aku tak tahu kenapa masa tu mak aku boleh marah sangat sampai keluarkan kata itu ini. Sampai aku str3ss rasa dah taknak hidup, mak aku boleh provok aku suruh buat je kalau ah taknak hidup sangat.
Benda itu memang buat suami marah sebab, yalah, takut jadi apa – apa. Sejujurnya, aku tak pernah pun maafkan ayah aku, cuma aku nak rasa suasana ada mak ayah di sisi. Mak ayah aku berpisah kurang dari umur aku lima bulan.
Salah ke aku nak rasa kasih sayang tu? Aku gembira anak aku dalam keluarga yang sempurna sebab aku tak pernah rasa semua tu. Tapi mak aku tetap marahkan aku dan tak izinkan aku jumpa ayah aku. Dia kata benci dengan ayah aku.
Setelah kejadian itu, hubungan kami memang renggang. Duduk serumah tapi tak bertegur. Aku dah cuba rendahkan ego dan berbaik, tapi mak aku tetap macam itu. Aku tak nak pindah meng3jut macam dulu sebab kesian dengan mak aku.
Tapi bulan lepas berlaku kejadian di mana aku memang tak boleh sabar lagi bila mak aku tiba – tiba marah aku, marah suami aku, marah bayi aku yang sangat kecil itu. Merangkak pun belum lagi. Dia cuba nak ced3rakan bayi aku sebab dia kata itu bukan cucu dia selagi mana nama anak aku itu ada nama suami aku.
Mak aku terlalu marahkan suami aku disebabkan seorang lelaki. Ya, lelaki. Siapa lelaki itu? Lelaki yang dia dah kenal hampir empat tahun menggunakan identiti aku. Wow, terk3jut, kan? Aku lagi terk3jut bila dapat tahu benda itu.
Nama aku, kerja aku, muka aku, pergerakan aku semua lelaki itu tahu. Kiranya lelaki itu chat dan call dengan mak aku sebab dia ingat itu adalah aku. Masa awal perkahwinan, aku terp4ksa ceritakan pada suami kerana tak nak berlaku salah faham sebab aku tak kenal lelaki itu.
Tapi lelaki itu tahu nama aku, muka aku, kerja aku. Jadi aku tak nak bila keluar dengan suami aku nanti tiba – tiba lelaki itu kata aku ini teman wanita dia. Berlaku fitnah dan salah faham. Aku dah pernah menasihati mak aku pasal hal ini sebelum berkahwin dengan suami.
Aku harap mak aku hentikan benda ini. Suami aku dah WhatsApp lelaki tu bagi bukti kami ini dah kahwin, apa semua. Tapi lelaki tu tak percaya dan tanya pada mak aku. Mak aku menafikan semua itu.
Mak aku kata aku ini bujang dan tak ada hubungan dengan suami aku, cuma suami aku saja tergiIa – giIakan aku. Aku kecewa sebab ayat itu keluar dari mak aku. Aku tak kisah kalau mak aku nak bercinta dan berkahwin.
Aku lagi suka, tapi bukan dengan menggunakan identiti aku dan merosakkan perkahwinan aku. Bila lelaki itu WhatsApp mak aku bertanya pasal suami aku, berlaku pert3ngkaran besar sampai yang aku ceritakan pasal nak libatkan anak aku jugak.
Hanya disebabkan seorang lelaki yang tak tahu pun kewujudan dia. Dia sanggup rosakkan kebahagiaan aku dan cucu dia. Dia mula kata dia tak suka suami aku. Tak suka aku kahwin dengan duda, padahal aku ini seorang janda dulu.
Dia kata bekas suami aku lebih baik dari suami aku, sedangkan hanya aku saja tahu bekas suami aku macam mana. Aku did3ra mental fizikal oleh bekas suami dan kekasih dia. Sekarang kami dah berpindah dari rumah mak.
Salah ke kalau aku tak balik rumah mak aku? Salah ke kalau aku tak bagi anak aku jumpa lagi dengan nenek dia? K3jam ke aku ini? Sebab aku tak nak yang buruk – buruk jadi pada anak aku. Aku tak nak anak aku hidup dalam situasi perg4duhan setiap hari.
Sehingga kini, aku cuba berbaik – baik dengan mak tapi tidak dengan balik ke rumah dia. Aku tak nak kebahagiaan anak aku dirosakkan oleh nenek sendiri. Tapi pada masa yang sama, aku rindu mak aku. Aku kesian dengan dia. Tapi mak aku tetap per4ngai yang sama.
Terima kasih sudi baca kisah ini. Tolong jangan menilai aku. Mental aku tak kuat. Aku str3ss sehingga kena ser4ngan panik. Tak mampu bernafas, s4kit sangat – sangat.
Komen Netizen :
Anonymous member 839 : Macam something wrong je dengam emak sis. Tapi takpa, sebab dah tak duduk sebumbung. Sis kena tahu yang sis sudah bersuami, syurga sis adalah suami. Boleh ja hanya pergi melawat ibu sis dan tak tinggal sama – sama.
Sebab kalau tinggal bersama mungkin akan berlaku perkara yang lagi teruk contohnya berg4duh(tinggikan suara pada ibu), dan sebagainya. Kalau rindu, pergi lah melawat ibu. Mungkin dia pun berasa sunyi. Tersilap langkah pergi penyamar plak. Apa – apa pun doa banyak – banyak supaya ibu sis dapat berubah.
Ahmad Nizam : Mak awak sebenarnya ada mental isu ni, mer0yan pun boleh jadi, jangan balik umah mak, kesian anak awak tu, sampai hati mak awak guna gambar awak untuk bercinta dengan laki lain, ish – ish memang mental dah tu, sorry cakap, suami awak tu laki yang baik, jaga la dia sebaiknya.. moga bahagia selalu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.