Aku tak boleh mengandung tiba-tiba suami minta izin nak kahwin. Aku buIi madu aku, aku sengaja bermesra dengan suami depan dia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Macam – macam yang aku lakukan untuk s4kitkan hati madu aku. Aku sengaja bawak baju kotor suami aku pegi rumah dia, suruh basuhkan. Bila waktu makan, aku suruh suami pergi minta madu yang masakkan. Aku keraskan hati..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum pembaca, aku terdetik nak luahkan pengalaman aku dimadukan kepada korang semua. Sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa sepanjang bergelar “isteri pertama” aka dimadukan oleh suami. Aku tak tahu dari mana nak mulakan cerita.

Rumahtangga aku dan suami memang tak ada masalah. Suami sorang yang penyayang, bukan panas baran, nafkah cukup serba lengkap. Cuma kami belum dikurniakan rezeki anak walaupun usia perkahwinan hampir 2 angka. Tiada perubahan suami sebelum dia nyatakan hasrat untuk madukan aku.

Ada juga sesekali aku berseloroh minta dia untuk cari isteri baru tapi respon suami hanya diam. Jujur aku katakan, terkadang aku redha jika tiba – tiba suami setuju untuk carikan aku madu. Tapi bila fikirkan perasaan apabila terp4ksa berkongsi kasih, maka aku menidakkan perasaan redha aku itu.

Suami, tak pernah dia berseloroh atau nyatakan keinginan mencari isteri kedua walaupun aku tahu keinginan dia untuk mempunyai anak sendiri itu tersangat besar. Jika ada yang tertanya, kami telah menjalani ujian kesuburan, maIangnya aku lah yang bermasalah bukan suami..

Bila suami nyatakan hasrat nak berpoligami, pada mulanya aku naik h4ntu. Tak sangka suami diam selama ni turut simpan keinginan untuk menambah isteri. Aku meng4muk tuduh dia curang belakang aku. Macam – macam aku ungkit dan amvk, suami hanya diam dan biarkan aku lampiaskan amarah aku.

Dipendekkan cerita aku setuju untuk jumpa perempuan tu. Dalam pertemuan tersebut, macam – macam soalan aku asak dia. Bermacam gelaran aku panggil dia.. Rasa geram, itu pun belum cukup untuk hapuskan s4kit yang aku rasakan. Itu baru sikit. Tapi dia diam sahaja.

Kisah terlalu panjang untuk aku huraikan apa yang terjadi sepanjang pertemuan pertama itu. Tapi sepanjang pertemuan tu, aku dapat rasakan yang ni mungkin takdir yang sudah tertulis untuk aku. Lama juga aku ambil masa untuk bersetuju dengan keinginan suami, perkataan cerai memang tak lepas dari mulut aku sepanjang waktu itu.

Layanan aku pada suami pun turut berubah. Suami masih tetap dengan keinginannya, mungkin sudah tangkap cintun dengan perempuan tu. Aku akhirnya setuju setelah pujukan demi pujukan dari suami. Aku sendiri yang hubungi pihak perempuan, kerana syarat yang ditetapkan perempuan itu pada suami ialah hanya dengan persetujuan dari aku barulah dia bersetuju untuk teruskan hubungan itu.

Dipendekkan cerita akhirnya aku dimadukan. Diawal perkahwinan macam – macam yang aku lakukan sebabkan s4kit hati. Contohnya aku sengaja bawak baju kotor suami aku pegi rumah madu aku, minta dia basuhkan. Setiap waktu makan, aku suruh suami pergi minta madu yang masakkan.

Bila balik rumah mertua aka ibu suami, aku sengaja bermanja dengan suami depan madu aku. Gosok – gosok dan bergelak ketawa bersama ipar duai yang lain. Aku perasan suami cuba untuk elak aku tunjukkan aksi tu depan madu aku. Tapi aku berkeras. Madu aku?

Dia banyak mengalah.. Apa aku suruh dia buat je selagi itu tentang suami. Sejak bila aku sendiri pun tak pasti, lama kelamaan aku m4kin selesa. Layanan suami tetap sama pada aku, nafkah tak pernah culas malah ditambah lagi sejak ada “adik” baru ini.

Kalau bukan giliran aku, kini aku boleh bertenang tanpa perlu fikirkan makan minum suami. Boleh “me time” dan cantikkan diri. Kadang – kadang aku bawa ibu dan ayah aku berjalan dan luangkan masa lebih kerap dengan mereka. Perkara yang aku tak mampu buat dulu kerana aku berkahwin awal.

Madu aku, sudah seperti adik aku sendiri.. Urusan rumahtangga kami tak campur adukkan. Kadang – kadang dia terlebih manja bersama aku berbanding dengan suami kalau kami bertiga jalan – jalan bersama. Dia memang langsung tak pernah tunjuk lagak mesra dengan suami di depan aku.

Apa – apa majlis atau urusan yang memerIukan suami aku membawa pasangan, dia meminta untuk aku hadir. Dia sejenis low profile dan sangat private, sosiaI medianya tidak terupdate kecuali dengan sekeping dua gambar majlis perkahwinan dulu.

Selebihnya, ke mana – mana dia pergi langsung tidak dimasukkan dalam media sosiaI. Alhmdulillah. Ini takdir dan rezeki untuk aku. Aku diuji dengan apa yang aku paling sayang iaitu suami aku. Setelah aku redha, satu demi satu kebaikkan yang aku nampak untuk ujian ini.

Perasaan cemburu tetap ada tapi tak keterlaluan seperti dulu, mungkin berkat suami yang sentiasa usaha untuk beri aku rasa cukup dan tenang. Setiap rajuk aku dilayan seperti awal bercinta dulu. Dan juga mungkin rezeki aku dapat adik madu yang seperti dia, banyak mengalah dan melayani aku seperti sorang kakak.

Aku harap hubungan ini kekal selamanya. Sepanjang berpoligami ni, madu aku banyak minta maaf pada aku. Kadang – kadang tiba – tiba datang minta maaf tanpa sebab. Aku tahu dia masih rasa bersalah pada aku. Tolong doakan baby kami selamat dilahirkan bulan 4 ni insha’Allah. Terima kasih semua.. – Isteri Pertama (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

ani Wahab : Berbalik kepada suami sebenarnya sebab dia tahu apa maksud sebenar poligami dan apa tanggungjawab dan perlu dia buat setelah berpoligami. Tahu hukvm agama, adil, amanah dan tenang hadapi masalah yang timbul selepas poligami. Tahniah! Moga rumahtangga kalian diberkati.

Kird Ree : Tahniah kerana berlapang d4da. Rezeki sangat untuk kau dapat suami yang adil, dapat madu yang sangat baik, dapat nilai perkongsian yang indah yang tak semua orang mampu hadap. Semoga rezeki anda dan keluarga dilipatgandakan. Thanks sebab spread positivity dalam kisah kau. Yang baca pun rasa sejuk je harap – harap.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.