5 hari aku merajuk tak keluar bilik. Aku harap suami datang pujuk. Kalau dia muncul kat bilik memang aku terkam dah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku dah lima malam merajuk, tidur bilik tetamu. Serius dah malam ke lima harap sangat la dia datang k3tuk pintu ke ajak aku sembang ke apa. Aku pun usaha buat – buat selak pintu tu terbuka nak hint, kalau dia jenguk dia boleh masuk…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum.. Salam tengah malam. Aku seorang isteri. Dah kahwin 15 tahun. Ada dua anak. Entahlah aku nak taktau nak mula. Boleh tak nak tanya ada tak isteri kat sini yang suami dia komunikasi out? Suami aku ni baik, tak pernah marah aku, tak pernah ada per4ngai merajuk ke s4kitkan hati aku ke. Jauh sekali curang.

Tapi satu aja masalah dia. Dia tak pernah paham isi hati aku. Nangih dah aku. Aku dah lima malam merajuk. Tido bilik tetamu. Serius dah malam ke lima harap sangat la dia mari k3tuk pintu ke ajak aku sembang ke apa. Aku pun usaha buat – buat selak pintu tu terbuka nak hint kalau dia jenguk dia boleh masuk.

Dari tadi tunggu dia senyap sunyi. Sekali aku jenguk nahh semua lampu depan dah padam. Dia dah naik atassss. Memang nak kata aku mengada ke katalahhh. Tapi main jiwa betul la bab ni . Aku ni garang tapi hati rapuh. Kadang – kadang kita buat per4ngai tu nakkan perhatian dia aja.

Tapi once dia tau aku merajuk ke apa ke diam ke, 10000 ribu kali ganda la dia diam jugak. Aku merajuk 5 hari dah tak keluar bilik. Kot la nak tanya dah makan ke. Nak merayu suruh aku masak ke memang takla, sebab dia jenis yang berdikari.

Memang kalau aku tak masak ke rumah sepah ke baju tak berbasuh ke memang dia tak pernah marah. Dia buat semua. Protes la cemana pun dia akan manage. Aku sayu kadang – kadang tau. Meleleh airmata aku tak berenti haihhh.  Aku teringin rasa dia cari aku. Dia cakap dia rindu aku. Dia sayang aku.

Aku tau la dia jenis tak cakap tu semua tapi ya Allah aku bukan minta banyak. Aku minta isi hati aku bila aku down, ceriakan aku bila aku gundah. Aku sedih ke apa ke dia tumpang sedih. Tapi gitula dia. Senyap. Diam. Wallahi kadang – kadang rasa macam kahwin dengan dinding.

Tapi wallahi aku tak sanggup kehilangan dia. Nak m4ti kot rindu dia tapi tu la kalau dia muncul kat bilik memang aku terkam dah nangis – nangis nak bagitau rindu tapi camtu aja la dia selalu. Nak cakap dah berbuih dah cakap. Dah berkali – kali taip.

Dah banyak kali bagitau komunikasi suami isteri ni cemana. Aku dah hilang pedoman dah nak share apa. Dia wallahi baik. Tak penah tinggal solat sekali pun selama aku kenal dia. Tak penah tinggi suara kat orang ke mak ayah dia mak ayah aku.

Manusia yang paling baik yang pernah aku jumpa tapi kadang – kadang  aku rasa eh betul ke aku bahagiakan dia? Bila jadi camni aku selalu query yang entah – entah dia dah takda spark pun dalam marriage ni. Atau dia layan aku sebab tanggungjawab dia. Bukan sebab sayang nak m4ti ke apa dah. Allah penatla.

Aku ni ganas tau aku bukan suka leleh – leleh ni tapi aku pompuan kot. Kalau kau taknak layan camtu kat bini kau kau nak layan kat sapa lagi. Kalau besdey dia aku akan wish 2000 kali kot haritu siap sambut kat restaurant siap pernah aku arrange celebrate dekat madinah.

Tapi besdey aku. Huhu. Nak merasa orang surprisekan kita. Nak merasa orang setupkan dinner untuk kita. Princess treatment satu hari  jadiklahhhh. Surprise pergi hotel ke lepak sana. Dia bukan takda duit. Tapi tu lah. Dia kata dia tak pandai.

Jangan memain tau bab ni. Kakak ipar aku sampai mintak cerai dari abang kandung aku sebab ni la. Walau dah 23 tahun kawen sebab dia fedap abang aku tak reti bawak dia jalan – jalan, beli hadiah ke bunga ke apa. Tapi abang aku memang hauk pun.

Tapi aku takmau la sampai tahap tu sebab laki aku baik woiii. Aku tak redha la lepaskan dia pastu orang lain amik tidakkkkkkkk. Tapi tapi tapi ya Allahhh apa ke payahnya ya Allahhhh. Kalau ada benda apa sikit aku memang buang masa ajaIa g4duh dengan dia.

Takkan dia Iawan ke g4duh ke apa pun. Penat kita balik. Pastu aku kena pujuk diri sendiri. Kadang – kadang buat – buat merajuk ke apa dia plak tido dekat ruang tamu. Dengan alasan takmau kacau aku tengah down. Woiiiiii. Time ni la kau sebagai suami kena ada woiiii. Aku frustttt la taktau nak luah camna.

Untuk pengetahuan semua, tahun ke 5 kahwin aku diagnosed major depr3ssion oleh psy. Bila jadi camni aku rasa m4kin depr3ss. Sebab tu aku terfikir adakah dia dah takda spark dah dalam hubungan ni. Tapi bila aku tanya dia cakap dia sayang aja haihh.

Tolong la aku tuan – tuan dan puan – puan. Aku sayang hubungan ni. Tapi aku rasa buntu. Cemana aku nak buat atau biar aja dia dengan cara dia. Huwaaaaaaa aku nak rasa disayangi jugak. Ya Allahh letih dah nangihhh. Tolonglah sesiapa kejutkan la dia suh dia turun bawah ni bagitau kat aku, dia rindu aku.

Komen Netizen :

Anonymous member 358 : Hidup ni simple dan kejap kak. Rugi merajuk ni. Minta je perhatian atau manja secara direct. Tak payah nak merajuk. Lelaki ni banyak benda dah nak difikir. Jangan tambah kekusutan diorang. Kita kahwin nak happy, bukan nak merajuk. Kena hormat suami. Autom4tik dia akan ada ehsan dekat akak. Percayalah, merajuk ni memang satu masalah kepada lelaki yang lelaki malas nak ambil port dah.

Syahz Syahz : Fokus pada kekurangan akan nampak kekurangannya. Cuba fokus pada kelebihan. 1000 kali banyak lagi daripada kekurangan. Isteri lain suami dia kena curang, isteri lain asyik kena pukuI naik tangan. Isteri lain tak pernah dapat nafkah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.