Ibu takut digelar anak derh4ka, sanggup tak dengar nasihat suami dan anak-anak. Ibu terlampau taat pada atuk yang narsistik

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Dari nenek s4kit, ibu sorang je jaga nenek, atuk buat tak tahu, pakcik – pakcik pun tak kisah. Bila nenek meninggaI, atuk kata ibu punca, anak – anak yang lain tak nak datang. Atuk fitnah kami dekat orang kampung sampai…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan hai semua, saya ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan keluarga kami. Sudah genap 10 tahun kami menetap di kampung, bukan sekadar untuk berehat atau menumpang, tetapi atas masalah dihadapi di rumah lama menyebabkan kami pulang ke kampung.

Segala keperluan rumah di kampung, termasuk bil – bil, ayah saya yang tanggung. Ibu pula menjaga keperluan nenek dan atuk, memastikan mereka makan dan minum dengan cukup. Kami kembali ke kampung bukan tanpa ujian. Nenek saya sakit terbaring walaupun ada adik-beradik lain, ibu yang menguruskan semuanya.

Alasan mereka? Ibu tidak bekerja dan hanya duduk di rumah. Hakik4tnya, ibu saya seorang yang banyak mengalah, tidak mahu membantah walaupun penat. Atuk saya pula seorang yang bersifat narsistik, lebih menyayangi anak – anak lelaki dan tidak peduli siapa yang menguruskan nenek, asalkan ada orang buat kerja.

Bila ayah saya menegur, barulah “anak lelaki soleh” ini muncul tetapi hanya untuk beberapa hari sebelum menghilang kembali. Sedangkan rumah mereka cuma bersebeIahan. Atuk saya selalu berkata anak – anaknya yang lain sibuk bekerja dan ada anak ramai.

Tapi ibu saya juga ada anak, bukan? Dia juga ada kehidupan sendiri. Kasihan ibu, terlalu letih hingga kami bawa berjumpa doktor. Doktor sendiri mengesahkan ibu tidak boleh lagi mengangkat benda berat. Tapi bagi atuk, asalkan nenek dijaga, dia tidak peduli.

Ayah saya pula, walaupun mengalami s4kit belakang akibat bekerja keras untuk menanggung kami, tetap berusaha mencari rezeki. Sedihnya, ibu mengadu kepada ayah tentang keletihan dan ketidakadilan ini tetapi apabila ayah mempertahankan ibu, ibu pula yang marah dan mempertikaikan tindakan ayah.

Jika ayah terlupa membeli sayur kegemaran atuk, ibu pasti memarahi ayah. Saya terkilan melihat ayah yang sudah berusaha sehabis baik tetapi masih dimarahi. Lebih menyedihkan, atuk suka menyebarkan cerita tidak benar tentang keluarga kami.

Orang kampung juga mula menjauh, percaya dengan fitnah – fitnah yang disebarkan. Padahal, ibu yang bersusah payah menjaga nenek sehingga nenek meninggaI dunia. Sedangkan keluarga anak – anak lelaki atuk hanya datang sewaktu raya dan ketika kem4tian nenek.

Dan merekalah terpaling sibuk di hari itu seolah – olah mereka yang menjaga nenek. Lebih menyedihkan, atuk sendiri mengatakan mereka tidak datang kerana “kami masih ada dalam rumah ini.” Ibu mengalami tekanan yang sangat besar. Bagi saya bukan tekanan menjaga orang tua tetapi tekanan penat menghadap per4ngai orang narsistik ini.

Akhirnya, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri yang lebih kecil 10 tahun bertahan. Rumah ini tidak jauh dari rumah atuk. Rumah di tanah emak. Kami fikir semuanya akan menjadi lebih baik, tetapi masalah tetap berlanjutan.

Orang kampung mula mempertikaikan kenapa kami tidak mengajak atuk tinggal bersama. Hakik4tnya, yang tahu sahaja tahu. Orang akan kasihan dengan orang yang lebih berusiakan? Dan mengatakan kami sekeluarga sudah ada rumah lupa diri.

Kami ingat sudah pindah, ibu saya bolehlah bahagi – bahagi tanggungjawab dengan adik beradik yang lain tapi ibu juga yang buat semua. Ayah buat rumah itu untuk ibu rasa bebas. Tapi ibu yang masih merantai dirinya terhadap atuk. Ibu takut digelar anak derh4ka.

Padahal ayah saya sudahpun mendapat gelaran itu dan buat tidak endah sahaja. Saya dan adik beradik jugak dihina sebegitu. Ibu masih memasak untuk atuk setiap hari walaupun atuk jarang makan masakan ibu. Saya sudah beritahu ibu tak perlu risaulah, kan atuk ada orang bawakkan makanan?

Atuk mempunyai kawan b0moh yang sering datang ke rumah dan membawa makanan kepadanya. Bila ditanya bayar ke makanan itu? Dia cakap tidak kerana b0moh itu teringat dekat dia nak beri makanan. Kesian tak ada siapa masak untuk atuk saya.

Habistu ibu saya penat – penat masakkan makanan untuk dia? Saya tahu dia menipu sebab atuk saya nak beri kami rasa bersalah sebab saya pernah ternampak dia beri duit kepada b0moh tu. Lebih menyayat hati ibu saya, atuk juga pernah bercerita kepada pakcik saya bahawa ibu memasukkan sesuatu ke dalam makanannya, seolah – olah menuduh ibu berniat jahat.

Tuduhan ini sangat meny4kitkan kerana ibu telah berk0rban segala – galanya untuk menjaga atuk sehingga kami sekeluarga redha sahajaIah ibu macam tu, melebihkan atuk. Apa – apa perkara atuk dulu. Adakah ini tr4uma akibat per4ngai dari narsistik?

Saya sedih melihat ibu yang masih dibelenggu rasa bersalah, sedangkan peng0rbanannya sudah terlalu besar. Pakcik – pakcik saya pula? Mereka pasti gembira kerana tanggungjawab mereka telah diambil alih oleh ibu selama ini. Ingatkan apabila berpindah, masalah akan selesai, tetapi rupanya tekanan masih ada.

Saya mohon kepada pembaca, doakan ibu saya diberi petunjuk supaya ibu saya nampak yang mana kaca dan yang mana permata. Kami sayang ibu tetapi ibu yang memilih begitu kerana takut digelar anak derh4ka. Kami buntu. Doakan saya pembaca – pembaca sekalian supaya kami boleh hidup positif di rumah syurga kami. – Rarinu (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Tun Ramos : Hai confessor, bila isteri Ianggar perintah suami yang soleh, memang tak aman hidupnya. Bila anak buat baik tanpa keikhlasan kerana Allah, tetapi kerana takut kecaman manusia, memang tak tenang hidupnya. Dua perkara ini yang saya nampak sedang berlaku dalam hidup ibu anda.

Selagi ibu anda tak faham formula asas, selagi itu hidupnya kucar – kacir. Tugas anda sebagai anak, nasihatkan ibu agar dengar cakap suaminya; ayah anda. Serta doakan ibu agar diberi ketenangan dunia akhir4t.

Puteri Herba : Kesian ibu kamu, berbakti pada orang tua tak salah tetapi jangan sampai abaikan perasaan dan hak suami. Alhamdulillah abah kamu memahami dan baik pada ibu kamu. Apa pun semoga kamu sekeluarga diberi jalan keluar oleh allah swt dan hidup bahagia seisi keluarga.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.