Sejak umur 5 tahun saya dah pandai mencuri, Dari curi jajan kedai atuk kepada curi emas pusaka nenek. Satu hari, adik menjerit..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Masa saya tingkatan 4, saya rambang mata tengok duit hantaran makcik. Saya ambik duit RM100. Bila makcik – makcik datang rumah, saya akan curi duit dalam handbag dorang. Saya ingat mereka semua tak tahu. Sehinggalah, satu hari adik menjerit…

#Foto sekadar hiasan / AI. Menggigil tangan menaip ini. Tapi saya perlu bantuan. Saya masih ingat dengan jelas, perbuatan mencuri saya bermula ketika belum sekolah pun lagi. Sekitar 5 – 6 tahun mungkin. Apabila balik ke kampung, atuk ada kedai runcit.

Jiwa kanak – kanak saya meronta ingin membeli itu dan ini. Susah nak dapat jajan secara percuma walaupun kedai runcit atuk sendiri. Saya tahu di mana makcik saya simpan duit belanja sekolah mereka. Umur kami cuma beza 4 – 5 tahun saja. Mereka simpan di bawah baju di dalam almari.

Di situlah saya meraba – raba mencari syiling. Dapat sekali, berulang kali mengambil sampai ditangkap makcik sendiri barulah saya berhenti tetapi masa tu masih kecil. Wang yang diambil saya sekitar 20 – 50sen sahaja setiap kali seluk. Jadi semua anggap perkara kecil.

Masuk tahun 1, ibu cuma bagi belanja RM1. Cukup untuk membeli sepinggan makanan dan air segelas. Saya sangat menginginkan nugget. Ya, nugget ayam. Saya bukan datang dari keluarga senang. Nugget jarang makan. Harganya seringgit 1 cucuk (ada 3).

Sekian lama memendam rasa, hari tu saya mencuba nasib, dalam keramaian berebut membeli makanan, saya dapat ambil seketul nugget dan berlalu pergi tanpa membayarnya. Puas dapat makan. Hampir seminggu juga saya tidak ke kantin selepas itu risau kalau ada makcik kantin yang nampak dan menunggu saya. Tapi itu la kali terakhir saya mencuri di sekolah rendah.

Naik sekolah menengah, sekitar tingkatan 4, saya ada boyfriend. Dan ada telefon binbit juga. Nak bermesej, bergayut perIukan topup. Duit belanja mestilah tidak cukup. Di situ saya kerap mencuri duit ibu. RM5 – RM10 dalam seminggu untuk topup sahaja.

Satu hari ketika di kampung untuk majlis perkahwinan makcik, saya jadi rambang mata melihat duit cash hantaran di dalam bilik ketika masuk ke bilik pengantin untuk ambil barang. Diam – diam saya mengambil not RM100. Terus saya ke kedai membeli kad topup RM50 dua keping sampaikan aunty kedai pun tanya banyaknya duit. Tapi duit curi biasalah tak kekal lama. Kejap je habis.

Saya sem4kin berani membuka beg tangan mak saud4ra saya yang lain – lain ketika mereka leka atau tinggalkan handbag di mana – mana. Malah saya curi duit raya sepupu saya dan saya tidak mengaku sedangkan saya lah yang berada di bilik itu satu – satunya.

Sepupu saya sangat tahu saya yang ambil tetapi ibu bapanya tak mahu panjangkan isu kerana tiada bukti. Lebih menyedihkan, di rumah juga saya mencuri duit raya adik saya. Berm4ti – m4tian saya tak mengaku sedangkan hanya saya saja di rumah bersama adik dan ibu ayah.

Duit itu saya gunakan untuk membayar yuran makan asrama kerana duit yang ibu beri habis saya gunakan untuk berbelanja makan. Ya asrama sediakan makan. Jadi ibu jarang memberi duit poket pada saya padahal waktu rehat sesi persekolahan juga ada kantin, mestilah saya pun nak makan macam kawan – kawan yang lain.

Balik sekolah ada jual nasi lemak yang sedap.. saya juga nak makan itu. Tanpa sedar duit yuran saya gunakan dan perlu diganti. Saya rasa bersalah dengan adik tapi saya terdesak. Ketika di universiti, saya pernah mencuri barang kemas pusaka nenek saya yang disimpan ibu saya.

2 ribu saya dapat bila jual rantai pusaka tu. Saya guna untuk berjoli dengan kawan. Ya ini kesalahan yang susah untuk dimaafkan. Saya terkena k3jutan budaya. Kantoi apabila ibu dan adik senyap – senyap masuk ke bilik asrama saya ketika saya tiada.

Mereka jumpa beg barang kemas tersebut. Tapi tiada siapa pun tampil ke depan bagitau perbuatan saya salah. Hinggalah satu hari saya berg4duh dengan adik saya, adik saya menjerit pada saya memanggil saya pencuri. Ketika itu saya sedar rupanya semua orang termasuk saud4ra mara tahu semua perbuatan saya melalui ibu saya.

Ibu saya berani menceritakan pada seluruh saud4ra mara yang saya mencuri barang kemasnya tapi ibu tak berani tegur kesalahan saya secara berdepan. Itu yang paling saya kesalkan.. Tiada yang membimbing saya. Mereka hanya marah, cemuh dan perli. Tapi saya tebalkan saja muka.

Nanti saya sambung jika ada kerajinan.. kerana ketika ini diusia 35 tahun, sudah ada keluarga sendiri tapi saya masih panjang tangan malah menyedihkan saya ambil duit dari orang yang sangat dekat dengan saya. Saya terlalu kecewa dengan diri sendiri.

Semoga allah ampunkan d0sa saya. Saya harap satu hari nanti saya dapat bayar semula semua duit yang saya ambil. Yang sentiasa terIuka dengan keadaan, – Bunga M4ti (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Siti Rahmah : Tiba – tiba teringat kat makcik yang terakam cctv mencuri di kenduri saud4ranya. Padahal umur dah 65 tahun tu. Kena penjara 2 tahun makcik tu. Masuk berita 1 Malaysia tengok. Awak tak terasa ke perbuatan makcik tu macam mencerminkan keadaan awak bila tua nanti.

Selagi awak tak mahu berubah, tak must4hil wajah awak pulak terpampang dalam berita. Dan ingat ya, bukan awak sahaja yang malu, tapi suami dan anak – anak awak juga. Saya ada sepupu yang per4ngai macam awak. Mencuri masa umur 5 tahun. Walaupun sekarang dah dah masuk 40 tahun, sampai sekarang orang ‘nampak’ dia as pencuri.. Kalau barang hilang je, hmmm… Kadang – kadang kesian. Tapi itulah implikasinya kalau tak mahu berubah.

Izzuewana Darias : Ngko dah besor panjang berbulu bagai masih nak salahkan ibu ke sebab tak tegur ko mencuri? Tu maknanya ibu ko bagi muka kat ko dengan harapan moga sedar perbuatan sendiri tanpa perlu ibu marah – marah sebab bukan budak kecik, dah besor nak tegur sebab mencuri pon sendiri la patut sedar.

Macam tu la selagi tak hilang tangan tu selagi tu la panjanggggg je nak mencurik kat mana – mana, moga berhenti la ambik hak orang ni tak jadi kaya pon malah hidup asyik susah je.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.