Lama dibuIi oleh mertua akhirnya saya mengadu dekat mak ayah saya. Ayah saya berg4duh dengan mertua, ayah saya tuntut semua

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bayangkan masa tahnik anak, ayah mertua baru lepas mer0kok, dia kunyah – kunyah kurma terus bagi air liur dia dekat anak saya. Tanpa persetujuan saya, saya hampir mer0yan, g4duh dengan suami. Bapa mertua kata dia ada hak, cucu dia…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Terima kasih pada admin jika luahan saya disiarkan. Terlebih dahulu, selamat berpuasa saya ucapkan. Kisah ini ada tentang cara saya handle sikap keluarga mertua. Sukar sekali rasanya hidup dengan mertua yang egois dan merasakan semua perlu berlaku mengikut aturannya dan suami sebagai anak wajib taat dan patuh.

Manakala saya sebagai isteri pula wajib patuh pada suami yang terp4ksa akur dengan aturan orang tuanya. Hubungan dengan suami baik – baik sahaja tetapi apabila ianya sesuatu melibatkan mertua, saya akan meradang dan meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati saya pada suami.

Tiada perg4duhan kerana suami sentiasa menyebeIahi saya namun kesal dengan ketidakmampuannya untuk menasihati kedua ibu bapanya. Mertua suka datang dengan seluruh ahli keluarga termasuk ipar duai lelaki, adik beradik suami ke rumah kami.

Di mana sudah banyak kali saya suarakan bahawa rumah kami terlalu kecil untuk menerima tetamu untuk bermalam. Rasa tidak selesa. Inikan pula seluruh ahli keluarga suami yang sering datang hingga berminggu – minggu. Memandangkan suami tidak mampu bersuara kerana takut digelar anak yang kurang ajar ataupun derh4ka, akhirnya saya yang menegur dan terus dipatahkan oleh bapa mertua saya dengan ayat, “ni rumah anak aku.”

Bapa mertua pula per0kok tegar. Tak kira di mana mesti mer0kok dan saya ada anak kecil yang masih bayi. Berkali – kali saya tegur soal asap r0kok dan jangan sesekali pegang anak saya sebelum mandi tiap kali lepas mer0kok. Dibidas pula bahawa anak – anak dia elok je selama ni membesar dengan dia mer0kok.

Sudah la sebelum ni anak saya di tahnik tanpa persetujuan saya oleh diri dia sendiri. Selepas mer0kok berkepul – kepul, kunyah kurma terus bagi air liur dia dekat anak saya. Hampir mer0yan saya masa tu berg4duh dengan suami. Selamba bapa mertua saya bidas dengan menegaskan tu cucu dia, anak kepada anak dia seolah olah saya sebagai ibu ni tak wujud.

Hak saya nak pulang ke kampung sendiri pun hilang kerana keluarga mertua asyik p4ksa suami untuk balik ke kampung dia je hingga suami sangat serba salah dengan saya. Suami pula berkali – kali memohon maaf dan minta pandangan saya kerana dia tak mampu nk membantah orang tuanya.

Selepas sekian lama saya bertahan, akhirnya saya buka segala pekung pada orang tua saya. Dan benarlah menurut hemah ayah saya, buku perlu bertemu dengan ruas. Maka akhirnya jadi lah mertua vs mak ayah saya sendiri. Diserahkan segala bukti “kekurangan suami” dalam menafkahi di mana mas kahwin pun diguna untuk deposit rumah sewa,

Komitmen bulanan bukan sekadar saya yang topup, banyak kos – kos em3rgency yang ditanggung oleh mak ayah saya juga, perbelanjaan sekolah dan harian anak – anak yang ditopup sama. Ketika itu lah barulah mertua terdiam tidak membidas.

Kerana ayah saya meminta segala bayaran kembali termasuk kos hospitaI baby saya yang terp4ksa di w4rdkan kerana sesak nafas. Kalau mertua menggunakan agama untuk menuntut ketaatan suami agar patuh pada semua aturan mereka, maka ayah saya juga menggunakan agama di mana pihak keluarga suami yang wajib menambah kekurangan suami dalam hal menafkahi isteri dan anak – anaknya.

Sejak hal itu, memang keadaan bertambah baik bagi kami suami isteri. Keluarga saya tetap menerima dan melayan suami dengan baik tetapi berbeza dengan saya yang di pulau kalau balik ke kampung suami. Ada baiknya juga sebab mereka pun dah tak datang bertandang ke rumah saya seperti dulu. Hilang sikit beban di kepala.

Tapi saya tetap berhemah dengan mereka kerana mereka keluarga suami. Kalau sebelum ni saya seolah tiada hak untuk bersuara, kali ni mereka harus mendengarkan larangan atau teguran saya juga. Saya tak berniat nak bersifat dominant, giIa kuasa atau kurang ajar dengan keluarga suami tapi harap sangat keluarga suami memahami privacy kami suami isteri dan tidak masuk campur soal cara kami menjaga anak kami. – Jenab (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Faranisyah Hakim : Alhamdulillah, konsep wali terpakai dengan baik dalam kes Puan. Itulah tugas wali, bukan sekadar menikahkan anak tapi ambil tahu kebajikan. Ramai orang suka tunggang agama hanya untuk kepentingan diri. Bagus Puan tegas untuk tidak dibuIi berterusan.

Azmil Bin Jamil : Walaupun ada kesilapan, tapi your mertua bagus, menerima teguran dan kesilapan setelah ditunjukkan bukti. Tapi suami perlu diajar untuk memimpin, beri justifikasi jika tak bersetuju dengan saranan orang tuanya.

Ezd Airaniez : Untung ada backup ayah sendiri bila kena ‘buIi’ dengan mentua. Part mentua kuat mer0kok tu memang meny4kitkan hati kan. Kita punyalah protect anak – anak kita daripada asap r0kok, jumpa dia habis ‘berjerebu’ satu rumah.

Cadangan saya kalau tak mampu nak hadap, kurangkan bertemu. Biarlah suami kita je jadi anak yang baik. Kita ni takut derh4ka kenalah letak gap takut tambah d0sa. Tak berbaloi dapat d0sa disebabkan per4ngai orang macam ni. Semoga Allah swt ampunkan d0sa kita semua. Aamiin..

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.