Aku pelik tandas bilik suami bau kopi sedangkan dia tak minum kopi. Aku siasat sorok cctv dekat almari kaksut. Patutlah nak beli katil single!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku confirm ye tu bau kopi dari air k3ncing. Jadi siapa? Kenapa kena menipu ada orang datang tapi kata takde orang datang. Aku curiga tahap dewa. Aku beli CCTV wireless sorok dalam almari kasut. Selepas 2 minggu skandal dia datang..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua, selamat berpuasa buat semua pembaca yang beragam islam. Kisah aku ni sama jugak dengan kisah – kisah isteri yang dikhi4nati oleh insan tersayang. Cuma aku bertuah sebab terselamat kerana dapat hint terlebih awal.

Aku diselamatkan dari terkena peny4kit kelamin kerana kopi! Ya, kopi! Aku rasa nak cerita pasal mula – mula aku syak suami aku curang. Kalau aku ingat balik, bila Allah nak bagitahu, walaupun sekecil clue pun kau akan jumpa. Yang ko tak akan jangka pun.

Satu hari, aku balik dari kerja dalam jam 6.30pm. Aku terus berlari ke tandas dapur sebab tak tahan nak membuang. Eh dalam tandas ada suami aku pula. Tandas bilik tidur pula dekat atas. Jadi aku masuk tandas bilik ofis suami aku. Suami aku WFH jadi dia ada bilik kerja dia sendiri.

Masuk je tandas tu aku bau kopi! Lepas check rupanya bau kopi dalam mangkuk tandas! Yang peliknya, suami aku tak minum kopi. Aku je minum kopi. Siapa plak yang masuk tandas laki aku ni kan. Kali terakhir aku guna tandas ofis suami aku tu seminggu lepas. Tak mungkin la bau k3ncing aku kan.

Confirm bau k3ncing orang lain! Aku ni coffee drinker dan mungkin juga coffee lover. Hari – hari mesti wajib minum kopi. Dalam rumah aku ada semua alat – alat untuk buat kopi, dari scale, grinder, tamper, french press, tower kettle, froster, shot glass dan lain – lain.

Jenis biji kopi pun aku stok dari robusta, arabica, liberica yang pelbagai tahap panggang dari light roast ke dark roast. Malam tu aku tanya suami, ada minum kopi ke. Suami kata tak ada. Aku tanya lagi ada siapa – siapa datang ke? Suami kata tak ada.

Kadang – kadang ade je kawan ofis dia datang (lelaki) dan minum kopi tapi kali ni suami kata tak ada datang. Aku confirm ye tu bau kopi dari air k3ncing. Siapa yang suka minum kopi mesti perasan kan bau k3ncing lepas minum kopi tu. Jadi siapa?

Kenapa sampai nak menipu ada orang datang tapi kata tak ada sesiap datang. Aku sangat – sangat curiga tahap dewa. Aku beli CCTV wireless sorok dalam almari kasut. Almari tu ada lubang – lubang. Suami aku WFH kan jadi dia jarang buka almari kasut tu sebab selipar kegemaran dia selipar jemur je. Pergi mana – mana pun selipar jepun.

Minggu ke-2 baru tertangkap scandal dia. Masa tu aku tak rasa apa – apa dah sebab dari kes bau k3ncing kopi tu sebenarnya aku dah ready dari segi mental walau aku cuba jugaklah pujuk hati sendiri. Aku tak nak suami aku syak apa – apa. Aku kena buat kerja clean.

Bila dah masuk rumah tu, faham – faham la apa yang mereka buat. Patut la tiba – tiba nak beli katil single letak dalam bilik ofis tu. Katanya untuk tidur rehat petang. LOL. Lepas confront, g4duh, sesi pujuk memujuk, menangis dan sebagainya. Kes selesai dengan cepat sebab ada bukti CCTV.. Ingat isteri ni b0doh sangat ke?

Mungkin aku ni hati batu sebab aku tak sedih. Aku tahu aku dah buat yang terbaik untuk aku dan dia. Dia yang pilih jalan ni. Pahit untuk ditelan tapi aku lagi rela dia kata nak bagi aku madu dari berz1na belakang aku. Aku bersama suami dari dia pakai motosikal kapcai ke kereta buatan tempatan ke kereta biyendabeyu!

Dari menyewa bilik sebab tak mampu sampai mampu beli rumah banglo! 10 tahun dibazirkan sekelip mata seperti flush tandas. Tu je la cerita aku. Isteri dan suami di luar sana, saya tekankan jangan ignore small details yang Allah nak tunjuk. – PuanT (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Ha Limah : Ya Allah, s4kitnya hati baca. Aku ni seat penumpang berubah tempat duduk je pun aku dah fikir bukan – bukan. Tapi rupanya laki aku tumpangkan driver lori dia yang bersaiz 3XL. Itu je pun dah anzaiti, apatah lagi nak tengok cctv husband dengan skandal. Mesti rasa nak pecah d4da.

Kird Ree : Bukan dalam perkahwinan je sis. Semua benda dalam dunia ni yang berlaku memang ada hikmah nyata dan tersembunyi. Manusia tu je malas berfikir, tau nak emo, mengeluh dan tak bersyukur. Sebab tu perlunya sabar dan redha dengan ujian

Nur Hela : Jantan jenis bawak t4ik balik rumah sendiri ni memang besauu punya lahanat.. kalau kau masih terima dia sebagai laki taktaulah nak sakap. Apa beza dengan jantan yang tak bawak betina balik rumah? Beza dia, respek. Respek ‘kesucian’ rumah sendiri yang kita diami dan beribadah bersama keluarga, zon intim dengan pasangan. Kalau dia tak respek semua tu, maaf cakap la. Maksudnya level isteri tu bawah selipar jamban dia je bagi dia. Bukan nak batu api. Tapi nak suruh sayang diri sendiri.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.