
Aku geram sangat sebab dalam telefon suami, nombor kawan perempuan tu diletakkan dengan nama kawan lelaki. Aku cek HP dia, ada mesej Iucah pula dengan perempuan tu. HP dia pecah aku kerjakan..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hai.. salam kepada semua pembaca.. Aku nak minta pendapat korang.. Aku berumur 29 tahun dan sudah berkahwin hampir 4 tahun. Belum dikurniakan anak. Dan aku rasa sudah tiba masanya untuk aku buat sesuatu untuk masa depan.
Tahun pertama kahwin, aku sangat str3ss sebab kadang – kadang suami buat per4ngai macam kami ini belum jadi suami isteri. Masa itu duduk jauh, jumpa sebulan 2 – 3 kali sahaja. Tapi aku anggaplah mungkin dia belum bersedia, dan dia tidak tahu lagi bagaimana.
Aku str3ss masa itu dan tidak tahu hendak luah di mana. 2 – 3 kali juga aku menangis di hadapan doktor. Aku str3ss sangat sampai tangan jadi panas sebeIah, badan pun rasa lain macam. Selepas 6 bulan, aku dapat tukar duduk dekat dengan suami. Kami sewa rumah sendiri.
Tahun kedua pula, suami kantoi berbaIas mesej dengan perempuan, siap merayu – rayu lagi. Aku tanya, dia cakap tiada apa – apa, kawan sahaja. Tapi ayat dia dengan perempuan itu sangat manis, dengan aku masa bercinta pun tidak pernah seperti itu.
Kemudian aku balik kampung, kebetulan memang hendak balik sebab ada kem4tian. Aku cakap dengan dia hendak balik 3 – 4 hari, tapi dia pujuk suruh balik rumah, tidak perlu tidur di kampung. Aku ikutkan sahaja.. Selepas itu, aku ada cari dan bercakap dengan perempuan itu, perempuan itu cakap mereka berkawan sahaja.
Aku geram sangat sebab dalam telefon suami, nombor kawan perempuannya itu diletakkan dengan nama kawan lelaki. Tapi untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku diamkan sahaja. Selepas itu pula, ALLAH memang nak tunjuk (jangan sesekali tipu isteri, ALLAH letak tempat isteri itu tinggi)..
Aku periksa telefon dia, ada mesej Iucah pula dengan perempuan itu (diletakkan dengan nama kawan yang lain pula, tapi walaupun dik3jut tengah malam, aku masih ingat nombor telefon perempuan itu). Mesej yang sangat Iucah, dengan aku pun suami tidak pernah cakap dan sebut benda – benda seperti itu.
Aku meng4muk, habis berkecai telefon suami (aku yang hadiahkan masa hari lahir dia). Aku sedih sebab dia masih tidak boleh menghargai aku. Pendekkan cerita, tahun ketiga, kami masih belum dapat anak. Aku tanya suami, dia jawab, “Siapa yang tidak mahu anak?”
Sejak aku pindah duduk dengan suami, aku sudah berusaha macam – macam untuk dapat anak. Urutlah, ubatlah, macam – macam usaha. Tahun ini, aku sudah penat dan ajak dia buat pemeriksaan di hospitaI. Sebelum dia buat ujian sp3rma, aku sudah kena buat macam – macam.
Buat ujian HSG, untuk periksa kalau tiub tersumbat atau tidak. Tuhan sahaja yang tahu betapa s4kitnya buat ujian ini, sudah lah malu lagi… bukan sahaja s4kit tetapi kena pergi kangkang depan doktor, suami tidak teman atau tanya pun pasal ujian itu, tapi dia tahu aku buat ujian itu.
Selepas itu, suami buat ujian sp3rma, itu pun selepas 2 kali cuba untuk ambil sp3rma. Percubaan pertama, sp3rma tidak keluar. Aku beri semangat pada dia, dan cuba kali kedua. Selepas tengok keputusan, mendukacitakan. Doktor suruh dia ambil suplemen untuk hormon. Dia ambil.
Selepas 3 bulan, kena buat ujian sekali lagi tetapi kali ini pun sp3rma tidak keluar juga. Berkali – kali cuba tetap tiada. Apa nasihat doktor dia tidak ikut, r0kok tidak kurang, pemakanan tidak dijaga. Selepas itu aku cakap dengan dia, aku sudah tidak mahu p4ksa, aku serahkan kepada dia. Fikirlah untuk masa depan.
Selepas itu, aku ikut sahaja apa sahaja rentak dia… Semua nampak ok (pada pandangan zahir sahaja). Kemudian semalam, dia kantoi lagi. Kali ni tengok video tak senonoh di internet. Aku sudah lama mengesyaki perkara ini, tetapi aku tidak mahu ambil tahu.
Tapi ALLAH nak aku tengok juga per4ngai suami, aku bangun pagi tengok komputer tidak ditutup, laman web itu pun tidak ditutup, siap muat turun video lagi. Bab duit, suami hanya bayar sewa rumah. Bil elektrik, air, internet semua aku bayar.
Beli barang dapur harian pun aku yang tanggung kecuali sekali sekala pergi ke pasar raya. Duit belanja atau apa – apa duit dari seorang suami kepada isterinya sekarang memang tidak pernah dapat. Sekali dua masa baru kahwin dulu ada lah. Nafkah batin yang percuma pun tiada. Tahun ni, belum sekali pun dia sentuh isterinya.
Kami memang boleh hidup bersama. Di luar sana, ramai yang mahu jadi seperti kami. Junior – junior di pejabat yang belum kahwin selalu cakap, kalau sudah kahwin nanti mahu jadi seperti kami. Sehati sejiwa. Itu pandangan orang luar tapi aku yang merasa peritnya.
Aku sekarang hanya mahu fikir untuk diri sendiri. Aku pun selalu cakap, siapa lagi yang akan sayang diri kita, kalau bukan diri sendiri. Lagipun sudah hampir 4 tahun, dia masih belum boleh menghargai aku sebagai seorang isteri.. Boleh korang beri pendapat atau cara untuk aku melepaskan diri.
Komen Netizen :
Afezal : Saya ini bukan orang yang pandai untuk memberi nasihat, tetapi sekadar ingin memberi pendapat itu boleh. Kalau lah saya berada di tempat awak, saya akan minta cerai. Tetapi sebelum itu, berbincanglah elok – elok dengan suami awak dahulu sebelum membuat keputusan itu.
Yang penting, awak kena banyak berdoa supaya dilembutkan hati suami awak. Rasanya, awak pun perlu merenung apa kesalahan dan ketidakpuasan hati suami awak terhadap awak. Kes cerai di Malaysia memang orang Melayu yang paling tinggi dalam carta.
Kalau boleh diselamatkan, awak buatlah sesuatu. Dan kalau awak sudah tidak tahan sangat, minta cerai. Kalau sudah tidak boleh hidup bersama, buat apa lagi berpura – pura bahagia di depan mak dan ayah, kan? Ini sekadar pandangan saya sahaja, walaupun saya belum berkahwin dan tidak pernah bercinta. Saya tetap ingin memberi pandangan juga… Hehe.
Pahrin : Masalah komunikasi ini memang kritikal. Suami kau pun jenis nak enjoy sahaja, maaf cakap, tak ada matlamat hidup. Nak ada anak umur berapa, nak ada rumah sendiri dan sebagainya. Kesed4ran ini cuma datang bila kau betul – betul terangkan kepada dia, apa yang dia mahukan dalam hidup berkeluarga dengan kau.
Bagi aku, suami kau ini jenis pandang ringan tentang hidup kau dengan dia. Aku pun setuju yang suami kau itu tidak berapa normal, sampai tidak layan isteri sendiri… Heran aku… Cuba kau tanya dia, dia sudah tidak bernafsu ke dengan kau?
Tanyakan dia apa yang kau boleh buat untuk membangkitkan rasa ingin “bersama”. Pasal mesej dengan perempuan itu sudah satu hal, layan video Iucah lagi… Hmm… Berbincang dari hati ke hati ini boleh, cuma kena pandai cari masa yang betul – betul sesuai… Kalau sudah jalan terakhir, kau pergi jumpa kaunselor sahaja. Kadang – kadang lelaki ini lebih suka dengar pendapat orang ketiga daripada isteri sendiri.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.