Setiap kali nampak aku, kawan aku mesti pass anak dia dekat aku. Dia suruh anak dia minta aku makanan, suruh suap. Dia plak dapat relax..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Apa – apa yang anak aku makan, anak kawan aku ni aku akan ambik dan r4mpas. Ada sekali tu, anak kawan aku ni, tantrum sampai tolak aku. Boleh plak, Minah ni marah aku sebab tak pandai jaga anak dia…
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi assalamualaikum, Nama aku Put (bukan nama sebenar).. Aku nak share ragam kawan – kawan aku dan bukan tentang masalah rumahtangga. Terima kasih admin post sharing aku ni. Ceritanya panjang tapi aku ringkaskan je la ye. Nanti korang bosan pula.

Aku dan kawan kenal dan jadi rapat dari zaman bangku sekolah. Tapi kami bukan lah kawan baik pun. Kami cuma kawan saje. Kawan bila senang ada keliling pinggang, bila susah batang hidung pun tak nampak. Haa begitu laa.. Kisah ragam kawan – kawan aku ni, macam – macam tau.

Kami semua perempuan dan dah berkahwin. Ada yang masih belum ada rezeki anak. Aku sudah pun anak 2, alhamdulillah. Oke kisahnya aku suka buat makan – makan tau macam open house tu. Bukan waktu raya jaa tapi hari biasa pun aku buat.

Sebabnya aku suka berkumpul ramai – ramai, ajak saud4ra mara, jiran tetangga, kawan – kawan semua datang rumah makan – makan sambil mengeratkan hubungan silaturrahim. Sebab masing – masing kerja kan so ni laa peluang aku untuk bergaul eratkan silaturrahim.

Oke, ragam yang paling ketara kawan ni aku bagi nama dia, Minah. Minah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 4 tahun. Sebelum tu, aku nak terangkan dekat korang ye, aku bukan tak suka budak, aku oke je. Cuma mungkin cara kawan aku ni, tak tahu laa kalau dik4takan melampau atau macam mana.

Dia suka campakkan anak dia kat aku. hahaha. Mana – mana majlis ke atau open house yang ade aku, dia akan letak anak dia kat aku dan dia buat hal dia sendiri, boleh makan senang lenang tanpa gangguan gitu. Bila aku nak makan atau tengah makan, dia nampak je aku, dia terus tolak anak dia, tu pergi minta makan dengan cik Put.

Cik Put suapkan adek makan. Adek lapar. Anak dia sampai nangis – nangis kalau boleh tak nak makan dengan aku. Dicubitnya pulak anak dia, katanya mengada. Bukan sekali dua tau tapi banyak kali. Kalau lepak bawak anak ke, aku suka standby biskut atau roti untuk anak – anak aku tau sebabnya anak aku kadang – kadang mood dia tak nak makan nasi, jadi aku kena bagi diorang roti atau biskut tu.

Bila si minah ni nampak, nanti dia mulalah tanya anak – anak aku dapat mana ni? Bila anak – anak kata aku yang bawak, dia akan panggil anak dia suruh minta makan kat aku haha. Yang aku rasa tak berapa nak best, anak dia kalau makan bukan jenis sikit tapi nak semua.

Bila dah habis dan dia rasa tak cukup, anaknya akan melalak dan tantrum. Minah ni macam biasa salahkan anak dia sebab mengada. Aku kalau anak sendiri, memang senang la nak tegur, tak bagi makan banyak – banyak, ini anak orang. Maknya pun ada dekat situ je.

Aku oke je. Takde laa rasa macam terbeban dengan anak orang lain. Tapi bila tengok cara anak dia bergaul dengan anak orang lain termasuk anak – anak aku, ape yang org lain makan die akan r4mpas dan makan. Minah tu biarkan je. Dia tak marah pun, asalkan anak dia tak melalak.

Aku pulak jenisnya kalau salah aku akan marah dan tegur. Sampai satu tahap anak dia sampai tolak menolak aku marah dan minah salahkan aku kata tak pandai jaga anak dia. Aku pun ehh? Aku ni dah macam pengasuh tau. Kalau plan berjalan dengan kawan – kawan yang lain.

Minah akan pesan ke aku bawak makanan anak lebih sikit, katanya anak dia suka makan makanan anak – anak aku tu. Hmm nak tegur nanti berg4duh. Tapi bukan aku je yang perasan macam ambik kesempatan tapi kawan – kawan lain pun nampak.

Mungkin sebab aku pemurah agaknya ataupun sebab aku tak berani nak bersuara. Aku pernah lepak dekat dataran tau dengan suami dan anak – anak, beli makanan kat pasar malam makan dekat dataran. Tak tahu la kebetulan ataupun hidung dia memang berbau makanan aku beli hahaha.

Dia pun tiba – tiba ada kat dataran tu sama anak dan suami. Aku tengah makan mee laksa tau, dah nak habis pun, dia datang tegur pastu nampak mee laksa nak habis dia cakap, laa.. kenapa habiskan tak tinggalkan untuk anak dia? Anak dia suka mee laksa ni.

Hm laki aku suruh bagi je yang last tu kat anak dia makan. Laki aku kata takpe laa anggap jaa kita sedekah dia. Masalahnya bukan sekali dua tau. Entah kenapa aku macam jadi tak ikhlas pulak mase tu. Dah kenapa pulak aku yang kena simpankan untuk anak dia?

Hmm apa pendapat korang mengenai kisah aku ni. Aku terima jaa komen baik dan buruk korang. Terima kasih tau. – Put (bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.