Dekat rumah mertua saya makan lambat sebab menyusu anak. Bila keluar lauk semua habis. Mertua merungut terp4ksa masak lagi untuk saya

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Waktu keluarga mertua sedang rancak memasak di dapur, saya datang, mereka kata, jika tak tolong masak jangan masuk dapur. Terasa dituju kepada diri, saya terus masuk ke bilik berlapar nangis. Raya tahun ketiga, saya dipulau…

#Foto sekadar hiasan / AI. Nak balik nak balik kampung, kampung siapa dulu… Sekarang ni saya dah tak fikir nak balik kampung dia, cukuplah sedikit pengalaman yang diberi dulu merasai perasaan pulang ke kampung suami. Kisah saya ni banyak unsur tak yakin diri dan gagal, kasihan juga dengan diri sendiri kerana tidak mudah memberi yang terbaik.. saja nak kongsi kisah tak menarik ni mungkin ada pandangan pembaca kepada diri ini.

Saya kira, saya ada peny4kit cemas dan mudah tertekan, masih ingat setiap kali nak pulang ke kampung dulu saya dih4ntui dengan rasa cemas, Bila nak sampai tu hati berdebar laju, berpeluh dan pening sebab rasa macam banyak benda tak pandai termasuk tak pandai ambil hati keluarga dia.

Teringat tahun pertama beraya di sana, saya membawa buah tangan kuih raya yang dibeli, tapi disimpan dalam almari selain mereka meraikan kuih raya yang mereka buat. Suami anak sulung, adik – adik ipar lebih pandai masak dan berhias daripada saya, ini satu perkara yang buat saya merasa kurang.

Suasana meriah saya suka, penuh di dapur siapkan bahan, mereka rajin dan ceria, tahun pertama ok lagi, masuk tahun kedua bila dah ada anak saya kurang ambil peranan masak dan kemas atau duduk bersembang kerana banyak bersama anak di bilik.

Sampai saya menjadi orang yang lewat untuk keluar makan malam kerana menyusukan anak. Bila ke dapur mereka sudah siap makan dan lauk sudah habis, keluarga ni besar ada toknya dan saud4ra lain. Entah kenapa ibu mertua macam kurang senang, katanya lain kali datanglah makan sama, bila lauk dah habis menyusahkan nak masak lauk lain.

Saya kata tak apa, tak perlu masak lauk lain, makan apa yang ada. Tapi ibu mertua keluarkan juga daging untuk digoreng, masak sambil buat muka. Saud4ra lain tak kata apa, bersandar dah kenyang. Saya tak mampu nak larang ibu mertua masak sambil marah sebab waktu tu untuk kemas pula.

Mungkin dia rasa tak seronok jika saya tak makan sebab masa dalam pantang dia jaga makan saya. Tapi dia dah mula rasa tak ikhlas nak layan saya sebab macam dah menyusahkan dia. Mereka ni bab masak boleh duduk di dapur dari pagi sampai malam, tak sudah – sudah dan macam – macam nak buat. Saya ni jenis pemalas sikit selalulah melarikan diri.

Kadangkala saya ke dapur dengan memangku anak duduk, kemudian toknya tegur anak dah setahun pandai jalan asyik nak duduk atas mak saja. Bukan apa, saya tak pandai sangat nak memandai masak. Saya memilih tolong saja bukan saya yang aturkan nak masak apa, jadi adik ipar dah mula pandai sindir, dibuat ayat seperti panggil adik suruh masak gulai ni, sedangkan adik dia waktu itu masih sekolah rendah.

Pernah saya dan suami beli kuih untuk sarapan pagi, kemudian ada adik ipar kata asyik beli je masak malas, terasa dan hilang selera terus. Pernah juga waktu mereka sedang rancak memasak di dapur bila saya hadir mereka kata, jika tak tolong masak jangan masuk dapur.

Terasa dituju kepada diri, waktu tu ke dapur sebab nak beri anak makan terus masuk ke bilik berlapar nangis. Saya mula berkurung dan biarkan anak meragam nangis dan tak benarkan anak bermain dengan mereka. Saya hanya desak suami nak balik.

Mereka macam faham je bila kami bergegas nak balik. Saya tak suka duduk di situ. Rutin saya selepas itu hanya balik waktu raya saja itupun malam raya baru sampai, sedangkan adik ipar yang sudah bekeluarga selalu balik dan jika mereka buat hari keluarga tak ajak saya.

Waktu raya tahun ketiga, saya seakan dipulau. Awal pagi bila saya jadi orang pertama yang ambil makanan sebab nak suap anak, terdengar ada suara memarahi adik, “Kau ni tahu nak makan je, nak tolongnya tak ada.” Adik lelaki tu macam terpingga kenapa kena marah pula. Sebenarnya nak sindir kakak ipar dia ni.

Mereka pun sakan ambil gambar keluarga, tapi mereka tak ambil pun gambar anak saya bersama sepupu – sepupu lain. Mereka tak suka saya sampai anak saya pun mereka tak suka. Saya pun bermasalah tak pandai nak masuk dengan per4ngai mereka.

Tahun seterusnya bila suami ajak balik raya saya tak nak. Sengaja saya cetuskan g4duh dan mengata keluarga dia sehingga dia ceraikan saya. Saya bertegas anak bersama saya kerana saya tahu suami dan keluarganya tidak pandai urus anak saya jika saya lepaskan anak untuk suami bawa balik kampung.

Ambil masa untuk saya terima takdir perceraian ini kerana keluarga ini sudah jadi tidak sempurna. Bukan kerana suami yang gagal memberi layanan baik tetapi keluarganya juga sudah tak suka saya. Saya akui kelemahan saya juga punca untuk berpisah.

Saya tak mahu duduk di tempat yang saya tak diterima dan asyik dih1na saja. Saya juga bukan ibu yang baik bila jarang masak menu istimewa kepada anak. Adakala makan di kedai bila nak makan sedap. Banyak masa anak makan makanan kurang berkhasiat.

Anak pun dah masuk sekolah rendah, tak tahulah dia rendah diri ke sebab kami ni asnaf. Saya tak pandai kerja atau buat perniagaan, jadi mengharap zakat sebagai ibu tunggal. Sedangkan saya tahu ramai ibu tunggal di luar sana yang hebat dan kaya.

Saya macam terima diri ini miskin kerana tahu Allah sayang ada sumber zakat kepada golongan ini. Jika hanya orang kaya baru Allah suka, orang bukan Islam lebih ramai kaya tapi tidak layak masuk Syurga. Saya ni pun kalau masih jadi isteri tak layak masuk Syurga agaknya sebab tak mampu nak jaga makan pakai suami dengan baik.

Bila tengok isteri yang buat konten masak pelbagai hidangan terbaik buat keluarga, atau untuk jualan, atau untuk diberi makan gelandangan… Hebat mereka. Kehebatan saya bukan pada memasak, maafkan saya. Nak raya ni pun saya tak rasa nak kemana sebab tak ada kawan, ke rumah saud4ra sendiri pun ada juga rasa rendah diri.

Siapalah saya di manakah kita. Saya pun tak harap sangat orang datang ke rumah sebab tak rajin masak dan kemas. Cuma memang kasihan pada anak, seakan tak menikm4ti kemeriahan hari raya kerana ibunya yang tak ke mana. Kalau nak duit raya kan kena beraya…

Siapa yang tak nak kaya, boleh ke kaya tiba – tiba menang cabutan bertuah ke, hehe. Nasihat saya kepada mereka yang kaya tu janganlah menunjuk sangat, beli gelang emas besar nak tunjuk, dapat duit raya banyak tunjuk… Tak rasa bersalah ke buat orang miskin yang tengok sedih.

Doakan saya kuat dan kaya, tak seronok pun jadi asnaf. Malu berbaris nak ambil bantuan sedangkan orang berduit boleh beli sendiri. Selamat bergembira di hari raya. Gembirakan orang lain lebih bahagia. Terima kasih. – Janda Baik (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Hisham Jejai Musa : Kalau tak pandai masak.. mengemaslaa. Kalau tak pandai mengemas.. p0tong – p0tong laa sayur ikan. Kalau tak pandai potong – potong.. pergiIaa p0tong rumput. Kalau tak larat p0tong rmput.. panjat laa p0kok kelapa ambil buat santan. Kalau taknak pnjat.. cat laa rumah tu. Kalau tak mau cat.. basuhlaa keta adik beradik. Kalau taknak basuh kereta.. picit -picit laa badan mertua. Kalau semua takmau buat.. ermm jawapan pun dah ada kan.

Fadillah Akmar : Mungkin awak perIukan kaunseling. Ada 2 perkara yang tak patut kita w4riskan pada anak; kemiskinan dan kejahiIan. Bangkitlah… ubah mana yang perlu. Jadi mak kena kuat, Iawan segala perkara negatif. Maklah dunia anak, anak belajar segalanya tentang menghadapi kehidupan daripada mak. Bayangkan dia membesar jadi seperti awak..tak kesian ke kat anak? Kalau awak tak mampu didik dia, bagiIah ayahnya yang didik. Sekian.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.