
Aku urus mak dia bukan hantar ambil treatment je. Peralatan bagai? Barang – barang mak dia? Wheelchair lagi? Tahap n4jis mak dia pun aku yang kena cuci. Terima kasih tak pernah, upah takde tapi suami tuduh aku…
#Foto sekadar hiasan / AI. Banyak benda aku boleh sabar tapi hari Jumaat yang indah ni, entahlah… baran aku dibuatnya. Terus hilang mood, sekali nak melayan anak – anak pun aku takde mood dah. Sini dah la hujan dari pagi, tak sedar rupanya dalam hati pun dah lebat jugak.
Aku takde masa nak g4duh ngan laki aku. Ko nak buat apa, ko buatlah. So ceritanya, pagi tadi aku dah minta izin pukuI sekian – sekian aku nak keluar rumah sebab nak hantar MIL aku a.k.a. mak kandung dia jugak untuk pergi treatment. Anak aku balik sekolah dekat pukuI 1, so aku ada beberapa jam la antara waktu hantar mak dia dan pickup anak aku.
Settle hantar mak dia, aku balik rumah terus sebab sini hujan lebat, malas aku nak singgah mana-mana… lagi pun minta izin sekadar nak hantar je kan. Biasa kalau nak singgah mana – mana, aku akan inform sekali… tapi sebab takde planning, so aku minta izin sekadar nak hantar mak dia je lah.
Settle hantar, terus balik rumah sebab nak pickup anak pun awal sangat lagi. Sekolah dekat je, tak sampai 5 minit pun dari rumah. Aku memang hantar dan pickup anak sebab pra sekolah je. So dalam 2 minit sebelum waktu sekolah dia habis, aku keluar la pergi ambil anak (yang ni aku tak minta izin la sebab memang dah diberi keizinan… memang tu rutin aku hari – hari sebab aku surirumah je + masa mesej minta izin nak hantar mak dia tu, aku dah bagitau siap – siap harini anak balik pukuI berapa).
Aku tak bawak phone. Ambil anak, terus balik rumah. Balik rumah, kereta laki aku dah ada. Dia dah balik dari kerja. Gap aku keluar rumah ambil anak dengan balik rumah dan kereta dia dah ada kat garaj tu 5 minit je. Contoh, aku keluar 12.27 p.m., kereta dia takde lagi… aku balik 12.32 p.m., kereta dia dah ada.
Aku masuk rumah, aku ambil phone, tengok – tengok ada WhatsApp dari dia. Dia kata aku melilau pergi mana hujan – hujan ni sebab kata jam sekian – sekian nak pergi hantar mak, ni dah dekat pukuI 1 p.m. aku tak balik lagi. Dia kata aku melilau, guys!
Terus hilang mood aku sebagai isteri, sebagai surirumah, sebagai mak. Aku malas nak cakap. Aku send balik WhatsApp aku yang aku minta izin tu sebab kat situ aku dah mention anak balik pukuI berapa… dan dia respond WhatsApp aku tu tak sampai 2 minit lepas aku send ya.
Dan aku tulis jugak kat situ aku keluar pukuI berapa, mak dia masuk treatment pukuI berapa, aku balik pukuI berapa, sampai rumah pukuI berapa dan aku keluar semula untuk pickup anak pukuI berapa. Dah lah main tuduh melulu, lepastu tak reti nak minta maaf pulak.
Dia yang tuduh, dia yang silent treatment. Bang4ng jugak kadang – kadang. Hilang mood aku. Nak hidang makanan lunch pun takde mood aku. Ko nak makan, makan lah. Ambil sendiri kat dapur tu. Dah lah tak berterima kasih, aku ni lah yang banyak urus hantar dan ambil mak dia tu pergi treatment.
Nak harap adik beradik dia memang m4mpus kejung la orang tua tu. Nak harapkan dia pun, kang alasan takkan kejap – kejap nak minta keluar time tengah bekerja. Aku yang surirumah ni lah yang uruskan orang tua yang tak lahir dan besarkan aku pun.
Anak – anak pun aku yang uruskan dari gerak, mandi, solat, siap – siap, sarapan, hantar dan pickup. Semua aku. Lepas ni ko urus lah sendiri mak kau dan anak – anak kau. Aku memang nak buat tak reti je dah. Kalau tak reti berterima kasih dekat bini sendiri, at least janganlah main tuduh je.
Benda boleh tanya baik – baik dan rasanya tak perlu tanya pun sebab aku dah mention jadual aku dan anak siap – siap kat dia. Korang mesti rasa benda ni biasa je. Kalau sekali dia tu bolehlah. Kalau dah hari – hari ada je salah nak dicari, datanglah barannya.
Aku urus mak dia bukan hantar ambil treatment gitu je. Peralatan bagai? Barang – barang mak dia? Wheelchair lagi? Semua aku angkat sorang masuk dalam kereta. Mana nak siapkan makanan untuk mak dia lagi. Nak harap adik dia, memang tak makan lah orang tua tu.
Aku masak pun sebab dia suruh. Tak wajib pun aku nak kena buat semua tu, tapi kalau laki dah suruh, dah minta tolong, so aku kena buat la kan?? Aku berat 49 kg je, mana nak angkat wheelchair yang berat tu lagi. Nak papah maknya lagi. Tahap n4jis mak dia pun aku yang kena cuci.
Ada upah ke macam ko hire private nurse? Takde. Free of charge. Bercakap nanti orang kata tak ikhlas. Penat memang penat. Tapi penat badan aku boleh rehat. Dah cuba buat sehabis baik tapi asyik salah yang dicari instead of berterima kasih… lama-lama emosi aku yang letih.
*Tq sudi baca. Saja lepas kat sini. Sebab lepas kat laki sendiri pun kang hujung-hujung aku jugak yang salah. Kadang tak tau aku ni kahwin dengan lelaki ke perempuan sebab per4ngai dia je betul, tak pernah salah.
Komen Netizen:
Anonymous member 909 : Kalau aku takde masa nak g4duh ke terasa hati ke apa, tang dia cakap kau melilau tu, kau reply je terus: “Haah, memang melilau. Melilau hantar orang tua siapa tah ni tadi tiba – tiba nak minta tolong aku hantar sana sini.
Tah mana – mana anak – anak dia tah. Menyusahkan aku betul. Pastu aku melilau ni tadi pergi ambil anak jantan mana tah ni balik sekolah. Tah mana bapak budak ni aku pun tak tahu. Kerja nak menyusahkan aku pulak, nak kena ambil dia balik sekolah.”
Lydzara Ellmaris : Saya percaya ini sekadar luahan rasa sedih atas sikap suami yang EGO DAN RASA DIA SAJA YANG SELALU BETUL… dan percaya bukan dia sahaja sis Ramai lagi isteri lain di luar sana Diletakkan situasi dan beban atas kita.
Kita pulun atur semua, last – last ada yang tak clear, kita disalahkan. Itu yang buat rasa taw4r hati dan s4kit yang dalam. Sampai kita dah tak nak buat apa. Dengan jawapan… “kau hadaplah sendiri, kau buatlah sendiri semua”… tapi tak sampai ke tahap tu pun melainkan bila dah habis fikir dan ada jalan untuk move on, itu jam.
Kita tak perlu cakap apa – apa sebab akan terus blah… jer… tu yang buat kita akan d3ndam… dan tak ada feeling langsung. Para suami dan lelaki tolong alert yer perkara ni. Berkali – kali anda buat begini. Anda akan terima akibatnya bila hati dah taw4r… NOTED!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.