
Ayah anak kesayangan nenek. Ayah tak pernah kerja pun nenek sayang dan benci dekat mak. Bila keluarga ayah tahu, mak rujuk dengan ayah, mereka bagitahu jiran dekat kampung suruh halau mak saya..
#Foto sekadar hiasan / AI. Ayah saya ialah anak emak (anak paling disayangi oleh nenek saya dan adik beradik perempuan ayah saya). Jadi, semua benda yang ayah saya buat ialah betul di mata diorang. Ayah saya tidak bekerja daripada lahir sampai dah tua.
Bukan sebab s4kit tapi sebab MANJA dan MALAS. Jadi sebenarnya, mak saya yang bekerja dan beri nafkah kepada kami sekeluarga. Mak saya tak pernah merungut. Ayah saya secara literalnya adalah BIAWAK HIDUP. Ayah saya dah banyak kali dah curang masa kitorang kecil tapi mak saya masih sayang dia dan maafkan ayah saya.
Tiga tahun lepas, ayah saya curang lagi. Tapi sekarang adik beradik saya dah besar. Kami minta mak dengan ayah saya bercerai. Mak saya pada mulanya nak bercerai manakala ayah saya tak nak sebab mak saya ialah bank bergerak dia. Bila dah bercerai, ayah saya masih pujuk mak saya untuk rujuk kembali atas dasar dia masih sayangkan mak saya dan nak mak saya bermadu dengan isteri keduanya yang bakal dikahwini.
Dia siap mintak duit dengan mak saya untuk berkahwin dengan isteri kedua. Mak saya dan ayah saya rujuk, dan selepas sehari mereka bercerai balik sebab kami adik beradik kata, “Kalau mak nak sangat dengan ayah, mak pergiIah, tapi kitorang takkan jenguk mak dengan ayah lagi.”
Bila isteri kedua ayah yang bakal dikahwini (masa ni belum kahwin tapi dia tinggal serumah dengan ayah saya), dia telefon makcik – makcik saya dan bagitahu yang ayah dan mak saya dah rujuk. Mereka sangat marah dan hantar pesanan kepada semua jiran untuk halau mak saya dari rumah, dan kalau mak saya muncul dekat kampung tu pun, makcik – makcik suruh halau sebab mereka ingat mak saya nak r4mpas suami bakal ibu tiri saya yang sebenarnya adalah ayah saya dan suami mak saya pada masa itu.
Selepas dah bercerai untuk kali kedua, hati mak saya dah kental. Dia tak nak dah ayah saya. Mak saya jadi murung bila dia tahu ayah saya akan kahwin dengan ibu tiri saya. Saya sebagai anak paling bongsu dan belum habis sekolah yang masih tinggal dengan mak saya selalu kena marah, dan mak saya selalu cakap yang dia benci saya, saya anak tak guna, dia juga benci dengar suara saya walaupun saya tak buat apa – apa salah.
Saya menyanyi pun mak saya cakap yang saya perli dia, dan dia kata dia benci dengar suara saya. Demi Allah saya kata saya tak ada niat untuk perli dia. Selepas itu, saya secara literalnya tak banyak bercakap dengan mak saya sangat walaupun kami duduk sebumbung.
Kami pun bukannya rapat sangat sebab waktu mak dan ayah saya belum bercerai pun kami tak rapat. Mak saya selalu berkepit dengan ayah saya. Saya dari dulu kerap bercakap sendiri sahaja dengan kawan khayalan saya sebab jarak umur saya dengan adik beradik saya sangat jauh.
Sebab bila saya masuk sekolah menengah, mereka dah masuk universiti dan ada juga yang dah berumah tangga. Selepas mak saya bercerai, kawan khayalan saya menjadi lebih agresif. Dia suruh saya buat benda tak elok dekat diri sendiri, dekat mak saya, dan saya kerap ced3rakan diri.
Saya ada rasa nak tamatkan hidup tapi saya tak boleh buat saya sebab saya tahu benda tu d0sa besar dan tak boleh masuk syurga kalau kita buat. Saya tahu benda ni tak normal, jadi saya minta mak saya untuk bawa saya pergi hospitaI. Tapi mak saya tak nak bawa.
Sampai saya menangis depan dia (saya tak pernah menangis depan mak saya, tak pernah cerita pasal masalah saya dan saya tak pernah bercakap tentang halusinasi saya dekat mak saya). Lepas mak saya bawa saya pergi hospitaI, doktor sahkan saya ada peny4kit skiz0frenia, psik0sis dan kemurungan Major.
Saya dapat janji temu tapi mak saya tak nak bawa saya sebab dia pernah cakap dekat saya, “Kalau ada peny4kit mental tak boleh masuk universiti.” Saya tidak mendapatkan rawatan. Peperiksaan saya jadi sem4kin teruk. Saya pelajar yang selalu dapat semua A, dapat nombor satu, dua dan tiga.
Jadi pelajar yang biasa – biasa sahaja. Saya tak boleh tidur tanpa ubat tidur. Hari – hari saya ambil banyak dengan harapan saya nak m4ti dalam tidur saya. Saya tertekan sangat sampai satu hari mak saya tipu pasal duit yang saya simpan dekat dia dan saya buat keputusan untuk tamatkan hidup.
Saya telan ubat banyak – banyak supaya senang saya tak nak hidup dah. Saya ambil peperiksaan SPM dekat hospitaI sehari dan malu dengan perbuatan saya bila cikgu – cikgu datang melawat saya. Doktor kata saya ni pandai tapi kesian. Mak saya tak pernah melawat saya dekat hospitaI dan tak kesah.
Nasib baik ada kakak saya yang tolong saya bayarkan bil dan bawa barang saya hari – hari. Sekarang saya masih lagi tak dapatkan rawatan sebab saya tak ada kend3raan sebab mak saya tak nak bawa dan saya orang kampung, tak ada grab dekat sini.
Adik beradik juga tak pernah tanya saya pasal peny4kit ni. Setiap hari saya tersiksa ya sebab mak saya, dan suara yang selalu kacau hidup saya. Tapi dia lebih baik daripada mak saya sebab dia faham apa saya perIukan berbanding mak saya. – Luahan dari anak tak berguna. – Rina (bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Atul : Kesiannye.. Kalau adik boleh kawal emosi adik tu, adik keluar rumah cari kerja kat kl ni yang ada hostel. Pelan – pelan rawat diri.. banyakkan solat, luahkn segala yang adik nak luah kat tikar sejadah kalau adik tak punya sesiapa untuk meluah.
Adik kena sayang diri adik dulu sebelum orang lain walaupun ibu adik sendiri. Adik berhak hidup bahagia. So, bangun dan keluar dari kehidupan t0xic sekarang. Kena belajar jadi berani dan berdikari! Jangan biarkn s4kit adik tu binasa kan hidup adik.
Allah tak tarik lagi nyawa sebab Allah masih bagi adik peluang untuk hidup bahagia. Jangan biarkan sesiapa pun musn4hkan hidup adik walaupun ibu adik sendiri. Keep strong ok.. Banyakkan berdoa pada Allah.. Allah suka orang yang banyak berdoa dan meminta pada Dia.. Moga Allah beri adik kesembuhan dan kebahagiaan dunia akhir4t.
Noraziah Amdan : Pergi sendiri ke hospitaI. Usia dah lebih 18 tahun. Dah boleh sain persetujuan sendiri. Takkan tak tau nak pergi hospitaI, takkan masih nak mak temankan juga. Sedangkan mak tak peduli. Ntah – ntah mak pun mengidap gangguan jiwa juga. Marah tak tentu pasal dan awak jadi pvnching bag mak. Acik umur 12 tahun tahun 1970an pergi sendiri ke hospitaI. 2x salin bas. Pergi balik 4x. Belajar la berdikari.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.