
Tengah malam, mak aku terjaga dia terus cari abang aku dalam bilik. Dia menangis call abang aku suruh balik sampai pucat muka. Aku dan ayah pelik. PukuI 5 pagi, ada orang datang. Kawan abang aku yang lepak sama, kena Ianggar, h4ncur…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum aku nak kongsi satu kisah yang beberapa tahun lepas. Aku rasa kat sini ada lah adik beradik yang suka keluar malam sampai 1 – 2 pagi baru balik. Abang aku pun sama. Mak dengan ayah aku banyak kali membebel dia tetap juga taknak dengar.
Waktu semua orang dah tidur abang aku keluar senyap – senyap. Lepastu pagi baru dia balik kalau tak 3 – 4 pagi baru lah dia sampai rumah. Bulan ramadan pun tiba. Waktu ni lagi lah teruk abang aku merayap katanya ke masjid terawih tapi dari pukuI 8 pagi tu 2 pagi baru dia balik bila telefon suruh balik dia cakap nanti. Dah lah jenis payah nak angkat telefon.
Menjelang tak lama lagi raya. Abang aku macam biasa keluar tapi waktu ni dia tak bawa motor dia sebab rosak so dia keluar dengan kawan dia. Aku ingat lagi tahun tu, aku umur 17 tahun tengah prepare untuk spm, abang aku pula 20 tahun. Mak aku pun terjaga waktu pagi.
Dia check abang aku tak ada dalam bilik terus dia k3jut ayah aku dengan aku sekali tanya mana abang. Ayah aku waktu tu cakap “lantak dia nak ke mana” tapi mak aku waktu tu nampak muka dia panic cakap tak sedap hati kena pula beberapa hari lagi nak raya dah kemas barang nak balik kampung tunggu aku cuti sekolah je.
Call 10 kali tak dapat mak aku dah m4kin pucat. Masuk yang ke-12 baru abang aku angkat. Mak aku tanya “long kau kat mana? balik sekarang! tolong along balik sekarang..” Mak aku buka loud speaker waktu ni. Abang aku cakap, “otw kejap lagi mak.. ni naik motor kawan tak boleh nak balik..”
Waktu ni mak aku dah menangis cakap, “long kau balik mak risau sangat mak merayu” aku dengan ayah aku terk3jut juga. Selama ni mak aku risau juga tapi selalu dia membebel dia. Selalunya mak aku akan cakap, “kau tak reti reti nak balik??? hari dah malam” tapi kali ni first time mak aku menangis.
Abang aku cakap dia nak balik lah ni kawan dia nak hantar.. tapi mak aku cakap jangan biar dia datang dan abang aku berdegil taknak sebab jauh. Ayah aku ambik telefon dia pekik “kau tunggu situ aku datang jangan nak merayap, aku t4mpar muka kau”
Kami bertiga pun ambik abang aku dekat kedai mamak pukuI 2:30 pagi. Dah lah jauh hampir sejam baru kita orang sampai. Waktu ni mak aku peIuk along aku semua cakap dia risau sampai mengalir air mata. Balik tu kena tonyoh abang aku dengan ayah aku.
Sampai rasanya dalam pukuI 4 lepastu kami pun terus sahur. Dalam pukuI 4 lebih nak dekat pukuI 5 pagi ada orang datang rumah. Yang datang ni jiran kami juga dia tanya mana, “Yusri ada yusri, mak dengan ayah aku cakap lah ada ni tengah sahur” yang datang tu mak ayah budak yang selalu keluar dengan abang aku.
Diorang tanya mana anak diorang ada nampak tak. Abang aku cakap diorang naik motor sekian – sekian. Lepastu terus balik. Dan tak sampai sejam dapat berita yang kawan abang aku tu kemaIangan motor. Tepat azan subuh habis, mak aku dapat call pasal berita tersebut.
Rupanya tak sampai 2 jam selepas kami balik rupanya diorang accident. Bila datang masjid nak solat jen4zah tu nampak muka abang aku pucat habis. Selesai kebvmikan tu mak aku peIuk abang aku kuat – kuat sampai menangis abang aku. Kami sebenarnya tak kasitahu dekat mak ayah arw4h, yang abang aku ikut diorang sekali sebelum mak aku call dan suruh balik.
Mak ayah diorang cerita muka pecah habis satu badan. Waktu pergi rumah arw4h ni, mak ayah diorang menangis sambil cakap, “nak dekat raya kenapa kau merayap ya Allah..” Abang aku sejak haritu tak pernah keluar malam. Kalau bila ada benda penting, itu pun pukuI 9 – 10 malam dah balik kalau tak dia memang malam tu duduk rumah je tak keluar.
Beberapa tahun lepas abang aku kahwin. Aku, abang, akak ipar aku dengan adik dia.. kita orang keluar dekat satu tempat ni waktu malam saja berjalan. Mak aku tiba – tiba telefon sambil menangis, dia cakap risau tak sedap hati nak kami balik.
Aku dengan abang aku bila dengar tak fikir panjang terus balik. Tak sampai 10 minit kita orang baru nak keluar uturn dari tempat tu ada kend3raan terbabas hentam kawasan yang kami duduk tu. Bayangkan dalam kereta semua muka cuak. Sebab laju memang kalau kami ada dekat situ tak dapat elak.
Balik tu ayah dengan mak aku tunggu dekat luar pagar rumah. Muka mak aku memang pucat dengan baru lepas menangis lagi dia peIuk kami semua. Malam tu kami tanya macam mana mak tahu. Mak aku cakap dia tak tahu. Cuma dia tidur dan mimpi, mimpi berdiri dekat depan kubvr nama kami berempat.
Mak aku cakap waktu situasi abang yang lama dah 10 tahun tu dulu mak mimpi benda sama. Dia mimpi berdiri dekat kubvr yang ada nama abang aku. Bila kami dengar tu meremang bulu roma. – Zaliha (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Kird Ree : Kisah kau tu petunjuk tuhan bagi kalau Dia berkehendak. Kalau Dia izinkan sesuatu terjadi, jadilah firasat macam mana pun, takde sape dapat halang benda tu akan berlaku jugak. Kalau benda nak jadi, berjagalah macam mana pun, caution lah macam mana pun, tetap akan jadi. Bukan macam cerita Final Destination tu. Cuma bersyukur lah korang masih dipanjangkan umur sebab sampai masanya, kita semua akan m4ti jugak.
Zayati Mokhtar Bazin : Takut nak ada firasat macam ni. Faham aje anak – anak kalau sedang membesar bukan senang nak dengar cakap. Kesian kat mak tu pucat lesi menunggu. Lebih senang serahkan semuanya kat Allah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.