
Ayah aku pelik kenapa aku suka anak jiran?? Keluarga aku pentingkan ‘darjat’. Lelaki tu hanya ada SPM, kutu rayau, orang kampung nampak jahat. Aku pernah nampak, dia tolong kambing beranak..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam. Nama aku Ina. Umur dah 30. Selama 30 tahun ni, macam – macam laki aku cuba kawan. Tapi aku tak mampu pergi jauh… sebab setiap figura lelaki yang aku tengok, aku mesti terbayangkan Zambri. Zambri jiran aku, aka schoolmate aku. Kami sebaya. Dari tadika sampai sekolah menengah kami sekolah sama.
Tapi tak pernah bercakap langsung. Sebab tadika ja la sama. Sekolah rendah, menengah kelas tak sama. Sekolah rendah pernah la sama kelas sampai darjah 3 rasanya. Zambri ni budak – budak nakal. Jenis tak minat belajar. Time sekolah selalu kena pukuI dengan ayah dia.
Dia ada 5 beradik… semua berjaya kecuali dia… tapi dia ja la yang setia hidup dengan mak ayah dia sampai sekarang. Anak – anak lain dah merantau tempat orang, termasuk la aku. Zambri kerja kat kedai motor dalam pekan ni. Memang tu la minat dia. Aku lepas SPM masuk UKM.
Then kerja kat sini. Aku jarang dengar berita pasal Zambri. Sesekali balik kampung, aku akan curi – curi intai dia. Sebab pola perumahan kami jenis pola berselerak. Depan belakang kiri kanan ada rumah. Biasalah rumah kampung kan macam tu.
So dari bilik aku boleh nampak rumah Zambri… sebab bilik aku tingkat atas. So boleh nampak ruang depan rumah dia… dekat situ la dia selalu lepak. Ada ja la dia buat apa – apa dengan motor dia. Kadang – kadang duduk situ main game. Ada kusyen lama diorang letak… situ la tempat duduk dia selalu. Kadang – kadang ada kawan dia join melepak.
Baru ni balik cuti raya, ayah aku tanya… aku tak ada calon ke. Umur m4kin meningkat. Biasalah ayat orang tua. Aku cakap tak ada berkenan di hati… aku tak berani cakap pasal Zambri sebelum – sebelum ni. Ayah mula la petik beberapa nama… konon nak kenenkan… tapi aku tak suka.
Lepas tu aku cakap, aku suka satu orang ni, tapi aku tahu family aku tak akan suka. Ayah tanya siapa orang tu, cakap ja la… aku cakap Zambri. Berulang kali ayah tanya Zambri mana. Aku cakap Zambri jiran kita ni la. Pucat terus muka ayah aku.
Ayah aku terdiam lama, nampak gelisah. Ayah macam nak cakap, tapi tak terkeluar kata – kata. Mak dengan adik aku ada jugak time tu… masing – masing terdiam. Aku cakap, orang tahu keluarga tak akan suka. Tapi dah ayah tanya kan, orang jawab la.
Orang tak boleh lupa dia. Sebab tu orang tak mampu nak kawan dengan lelaki lain. Bukan orang tak buka hati ni, orang cuba, tapi tak berjaya. Dari nak meIukakan hati pasangan tu dengan jadi fake, better jujur saja kan. Dah memang kita tak suka dia.
Cuti raya yang sepatutnya meriah jadi h4mbar selepas kejadian tu. Masing – masing hanya diam. Cuti aku pun nak habis. Aku buat persiapan nak balik KL ja la. Cuma aku cakap dekat family, jangan p4ksa lagi la soal jodoh orang. Hidup dengan orang yang kita suka walaupun susah, lebih membahagiakan… dari hidup dengan orang senang, tapi tak ada kemanisan cinta. Itukah bahagia?
Ya, bahagia di mata orang tua. Bagi family aku, material adalah tunggak kebahagiaan rumahtangga. Lelaki kena ada pelajaran, kena ada pekerjaan bagus, kena ada duit, harta. Ini semua senarai yang mak ayah aku tentukan. Aku dah penat dengan semua ni…
Kenapa aku tak berhak nak menentukan hidup aku? Ya tahu, mereka parents kita. Mereka nak yang terbaik. Tapi itu ke jaminan kebahagiaan? Dah naik kerja, satu hari ayah mesej tanya khabar. Lepas tu ayah tanya, aku pernah ke berhubung dengan Zambri. Aku cakap tak pernah.
Pastu ayah tanya, dah tu kenapa boleh suka dia… tahu kan dia tu macam mana. Ayah kata, baru ni ayah ada jumpa bapak Zambri di surau. Ayah saja tanya, nak kahwin ke apa ke. Ayah dia sendiri cakap nanti melingkup anak orang dikerjakan.
Ayah dia selalu cakap dekat dia, jangan kau kahwin. Nanti kesian anak orang. Kau akan menyusahkan orang. Aku tanya ayah. Kenapa ayah? Dia hisap d4dah ke? Dia mencuri ke? Dia ada kes jen4yah ke? Ayah terus diam… Hanya sebab dia belajar sampai SPM. Dia tak nak dengar cakap ayah dia. Dia jadi kutu rayau. Dia buat apa yang dia suka, tapi orang judge dia macam – macam.
Ayah tanya, apa la sangat budak tu ada berbanding rupa dia. Tak, bukan sebab rupa. At least dia kerja kan. Dia tak menipu duit siapa – siapa. H1na ke mekanik motor? Dia bukan jadi biawak hidup. Kerja tu halal kan. Yang penting, semua orang hanya nampak jahat dia ja. Tapi Allah selalu tunjuk baik dia di mata saya.
Dari sekolah lagi tau tak. Tapi orang tak akan faham. Orang hanya nampak jahat dia ja. Saya tanya ayah saya, ayah pernah tak buka mata tengok sikit, setiap minggu siapa yang bawak mak dia pergi kIinik kesihatan ambil ubat? Siapa yang bawak mak dia check-up?
Ayah dia ke? Sekali pun macam tak pernah ja. Family dia ni ada bela kambing, ayam, kucing. Satu hari tu hujan lebat. Kambing rumah dia nak beranak kot. Saya masih ingat, saya cuti sem masa tu. Tapi saya belum tidur. Tengah study. Dalam ribut – ribut tu, dia ja bertungkus – lumus bantu kambing beranak.
Tak ada orang lain. Ada saya dengar dia macam panggil ayah dia. Tapi ayah dia tak datang pun. Ayah dia mungkin ada personal issue dengan dia… so kerja nak burukkan anak sendiri. Aku cakap dekat ayah aku, orang lain tak pernah nampak hati lembut dia. Tapi saya nampak.
Saya suka dia bukan sekarang. Tapi sejak saya Form 3 lagi. Sebab ada satu kejadian berlaku. Kejadian ni biarlah Allah, saya dan dia ja tahu. Sejak tu saya selalu pandang dia sebagai seorang lelaki yang selamat. Lepas tu m4kin banyak kebaikan dia Allah tunjuk.
Tapi saya bukan memaksa family pergi meminang dia ke apa ke… saya tahu ayah saya memang tak akan nak. Saya kenal ayah saya macam mana. Tapi saya bersyukur, kurang – kurang setelah sekian lama, Allah bagi saya peluang untuk luahkan isi hati saya dekat keluarga saya.
At least muncul jugak keberanian dalam diri saya. Tadi adik ada mesej… katanya mak dengan ayah ada bercakap – cakap pasal saya dengan Zambri. Tapi saya tak ada harap apa – apa pun. Bagi saya, ada jodoh, ada la. Kalau tak ada, tak apa. Saya pun tak tahu masa hadapan macam mana. Kot jodoh dengan orang lain, atau maybe dengan Zambri sendiri.
Tapi satu benda yang sangat pasti, bagi keluarga saya, harga diri yang paling penting. Bukan kebahagiaan anak – anak. So tak apa la. Lepas ni ayah suruh kahwin dengan siapa pun. Yang penting ayah sedar, dalam hati saya ada Zambri ja. – Ina (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nazawati Abd Manaf : Rasa deep confession Ina. Cerita yang mungkin bagi orang lain tiada apa, tapi saya yang membacanya rasa menusuk ke lubuk hati. Semoga ada jodoh Ina dengan Zambri. Insya-Allah.
Kamal Afendi Shaharin : Sekarang memang ler.. ko tak nampak masa depan dicorak oleh keupayaan si lelaki or bakal Suami. Jatidiri sebagai lelaki terutama keupayan mencari rezeki dan sekufu dengan bakal bini adalah sangat penting. Secara perbandingan social dia memang dah tak setaraf dengan ko.
Belum lagi cara fikir, sounding, taraf hidup dan cara dia berinteraksi dengan takdir adalah sangat tidak jelas. Dari ko mengendap dia sampai ko luahkan, seolah – olah hidup dia stagnant. Ko tak baca pasal confession sebelum ni nak cerai laki dia pasal tak sembahyang, laki tak setaraf dalam pencarian nafkah.
Belum lagi bila ko keje nanti nak tengok laki ko minggle dengan click2 ko?? Sekarang boleh lah sembang boleh terima. Ko ingat cinta tue boleh buat kenyang ke? Hidup dalam reality beb! Bukan fantasy! Btw aku tulis je… Ko jangan marah plak dol!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.