
2025, aku jatuh terus. Kedai tutup. Bisnes semua bungkus. Yang lagi kelakar, masa aku senang ramai datang pinjam. Masa aku jatuh, nak minta balik macam mengemis.
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku mula berniaga secara agresif masa PKP. Masa tu semua duduk rumah, tak boleh keluar Wife aku bagi idea untuk jual barang online, aku follow. Aku mula belajar pasal Shopee / Lazada dan kembangkan bisnes online tu melalui jadi ejen jualan produk.
Bila jadi ejen, margin diskaun lebih banyak. Aku cari produk yang jalan paling laju iaitu produk perempuan, yang nak kurus. Bengkung, air detox, slimming pants semua aku jual. Bisnes masa tu memang power. Profit aku cecah RM10k sebulan. Tu tak masuk lagi gaji sebagai pekerja ofis.
Aku ingat lagi yang aku kena berjaga hampir 20 jam sehari untuk bahagikan masa. 8 – 9 jam sebelah pagi, aku fokus pada kerja utama sebagai pekerja syarik4t. Sebelah petang pula aku siapkan parcel untuk lori datang collect kat rumah aku.
Bayangkan order punya banyak, sampai lori Shopee pun datang rumah aku untuk pick up. Malam pulak aku akan continue kemaskini site jualan, restock order, join campaign, beli ads dan belajar untuk kembangkan site ecommerce aku. Jadi memang dalam sehari, aku tidur 4 jam je selama setahun.
Alhamdulillah, hasil daripada keuntungan bisnes online, aku mula ambil langkah besar. Aku beli kedai air francais dalam mall. Itu pun setelah aku buat kajian dalam masa berapa lama aku boleh dapat ROI aku. Jadi dalam masa 1 tahun je, aku dah miliki 2 kedai air dengan sales tahunan mencecah hampir RM700k setahun.
Ada sekali masa tu aku rasa gigil sebab pegang cash lebih RM10 ribu untuk pergi bank in. Dengan hasil duit berniaga tu jugak la aku dapat beli rumah, beli kereta baru dan mengerjakan umrah. Aku rasa waktu tu hidup aku tengah naik. Semua yang ada kat sekeliling, aku belanja tanpa kenal siapa. Tapi aku tak jangka tahun 2024 jadi tahun yang ubah segalanya.
Jualan jatuh. Pelbagai halangan aku kena hadap, staff silih ganti, complaint dari pelanggan dan mall itu sendiri. Mall yang dari parking percuma, tiba – tiba kena bayar mengikut jam, menjadikan jualan bulanan aku hilang 40% macam tu je.
Kemudian di penghujung tahun yang sama, kemunculan produk air dari China yang murah giIa. Kedai aku yang kat Setiawangsa hilang 50% jualan akibat kemasukkan persaingan baru. Kalau dulu ada 3 kedai yang jual air, sebelum aku tutup, ada hampir 8 kedai air bersaing dalam 1 mall, berebut market yang sama. Orang sekarang nak murah, tak kisah sangat kualiti.
Aku pulak tak boleh bersaing harga sebab kos barang aku tinggi. Pernah aku all out buat promosi beli 1 percuma 1 tapi gagal juga sebab aku yang akhirnya kena tanggung kos rugi tu. Masa tu baru aku tersedar satu lagi silap aku, aku terlalu fokus bisnes fizikal sampai aku lupa bisnes online yang dulu bagi aku nafas.
Aku biarkan sepi tak terlayan. Bila aku patah balik, semua dah senyap. Hilang momentumnya. 2025, aku jatuh terus. Kedai tutup. Bisnes semua bungkus. Aku tinggal kerja makan gaji tapi kali ini dengan komitmen hutang yang tinggi. Komitmen melebihi pendapatan. Negatif 40%.
Ada mall masih baik, terima bayaran ansuran walaupun aku dah tak berniaga di situ. Tapi ada juga yang tekan, ugvt bawa ke mahkamah kalau aku tak lunaskan dalam tempoh tertentu. Aku cuma mampu angguk. Aku terp4ksa redha sebab aku memang dah tak ada apa dalam poket. Asal ada makanan kat dapur, aku dah bersyukur.
Sekarang ni aku cuba susun kewangan aku semula. Aku mohon AKPK untuk kurangkan komitmen bulanan dan dapat juga sedikit nafas. Aku jugak cuba ke MAIWP untuk mohon bantuan menyelesaikan hutang, tapi entah kenapa, setiap kali nak naik ke Tingkat 3 kaunter bantuan, mesti ada halangan.
Selalunya kaunter penuh atau Guard suruh datang hari lain. Aku yang tengah nak meminta, jadi aku kena menurut perintah. Kalau dulu aku pembayar zakat perniagaan tegar, tahun 2025 ni aku nak bayar zakat fitrah pun terp4ksa catu. Dengan komitmen yang menekan setiap bulan, apa je lagi yang aku termampu nak buat.
Setiap hari aku fikir agar ada jalan keluar yang lebih cepat. Yang lagi kelakar, masa aku senang ramai datang pinjam. Masa aku jatuh, nak minta balik macam mengemis. Aku pernah fikir nak cerita kat family, tapi aku tahu, silap cakap boleh makan diri.
Jadi sekarang, selain isteri aku, tak ada siapa tahu cerita sebenar. Semua orang tengok aku “okay”. Dan masa jatuh ni, memang betul la semua orang kata, kau boleh nampak sejelas – jelasnya masa senang siapa ada, masa susah siapa yang jauhkan diri.
Sampai saat aku menulis ni, selain isteri aku, aku tak tahu nak luah kat siapa tentang kejatuhan aku. Nampak macam tenang tapi hakik4tnya, dalam kepala ni serabut, dalam hati ni berat. Ada masa aku termenung lama, bukan sebab tak ada kerja, tapi sebab otak dah penat sangat.
Tekanan hutang ni tak main – main. Sekali kau tersilap, boleh bertahun mengh4ntui. Sekarang aku masih cuba susun balik hidup. Aku tr4uma nak berniaga. Tapi aku tahu, aku kena cari jalan. Aku cuma tulis semua ni sebab aku rasa mungkin kat luar sana, ada yang senasib.
Tak semestinya aku minta simpati, aku cuma nak orang tahu jatuh tu wujud, dan kita semua boleh jadi m4ngsa, walaupun dulu pernah naik tinggi. Kalau kau ada kawan yang tiba – tiba senyap, yang asyik termenung tegur – tegurlah. Kadang – kadang dia tengah Iawan ribut yang kau tak nampak. Dan bila aku jatuh, aku akhirnya sedar waktu doa aku lebih lama dari waktu aku bersolat. – Naraqi (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Anne Rosland : Sebenarnya online ni bagusnya kos rendah banding kedai fizikal. Dan boleh bagi konsisten income. Kalau sales masyuk better tambah pekerja dan besarkan shop online, daripada tambah kedai fizikal. Saya pun macam encik jugak, sales shopee ok sangat 10k bersih sbulan, malah lebih. Tapi ade isu. Akaun kena banned. Setahun 1/2 takda sales sebab saya berg4ntung pada 1 akaun je. Nak naik balik bukan senang. Tapi takpe Allah tu ada. Saya doakan tuan boleh naik semula insyaallah.
Yesmina Butik Bmc : Online pun zaman sekarang banyak saingan. Syukur dah start lama dan database agak kuat. Yang setia membeli walaupun ada platform lain adalah repeat customer. Memang sayang la u stop online masa fokus fizikal. Tapi tulah, hidup ni nak tak nak, kena usahakan jugak. Allah suka orang yang berusaha. Semoga Allah permudahkan urusan awak dan kita semua.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.