
Suami mengaku dan menangis merayu minta maaf, minta saya beri peluang dekat dia sebab sayangkan anak. Suami bagi alasan dia “makan luar” sebab saya sarat mengandung. Saya b0doh maafkan. Baru – baru ni…
#Foto sekadar hiasan / AI. Saya nak luah cuma rasa dah terlalu letih dengan sikap suami. Ada beberapa kejadian yang membuatkan saya betul – betul tr4uma dan nak stopkan perkahwinan ini. Hampir 2 tahun berkahwin, dah 3 kali naik mahkamah untuk kaunseling tetapi pengakhiran tetap sama.
Saya nak luah perkara yang buat saya betul – betul terkesan. Sebelum kahwin, saya ada beberapa isu dengan mertua disebabkan dari segi adat. Macam contoh, kalau adat keluarga saya, kalau pihak lelaki datang bertandang masa majlis sanding, pihak lelaki kena sediakan macam kompang, bunga manggar.
Tapi mertua saya tak dapat terima dengan mengatakan kalau majlis di pihak perempuan, harus pihak perempuan semua yang kena keluarkan duit dan akhirnya pihak saya mengalah, tak nak panjangkan isu dan akur dengan keputusan mertua.
Jadinya semua di atas pihak perempuan. Tapi bila kenduri pihak lelaki, mertua minta saya untuk keluarkan separuh duit perbelanjaan dan saya membangkang sebab saya cakap masa sebelum majlis, mertua saya mengatakan lain. Kenapa bila majlis dia, mertua mengatakan lain?
Nak dijadikan cerita, saya tak jadi bersanding di pihak lelaki sebab saya tak nak mengeluarkan duit dan akhirnya cuma adik dia sahaja yang naik pelamin. Sebulan selepas perkahwinan kami, saya ada mengadu dekat kawan baik saya. Sebenarnya chat saya dengan kawan baik saya itu dah lama tentang kes kenduri kahwin tapi suami baru baca selepas sebulan kami berkahwin dan akhirnya suami ingin saya sujud di kaki mak dia untuk minta maaf sebab saya cerita dekat kawan, sebab suami anggap itu aib.
Dan kalau saya tak minta maaf dekat mertua, suami akan menceraikan saya malam itu juga. Saya akur, saya minta maaf sebab masih sayangkan suami dan usia perkahwinan baru lagi, masih di fasa honeymoon. Kejadian yang saya tr4uma lagi bila masa itu saya tengah mengandung usia perkahwinan 5 bulan.
Masa itu saya tak boleh tidur dan entah kenapa saya betul – betul rasa nak buka telefon suami. Ya Allah, masa itu h4ncurnya hati saya bila saya baca suami saya layan perempuan – perempuan dalam Bigo dan suami saya melanggan mereka. Sanggup.
Bila saya minta penjelasan, suami mengaku dan menangis merayu minta maaf, minta saya beri peluang dekat dia sebab sayangkan anak. Suami bagi alasan dia “makan luar” sebab saya sarat mengandung, tak boleh layan nafsu dia. H4ncur hati saya, tak tahu nak kata apa.
Bila anak saya dah lahir, saya pendamkan perasaan saya yang dikhi4nati sebab saya tak nak anak saya membesar tanpa figura seorang ayah sebab saya tahu s4kitnya hidup tanpa ada orang tua dekat sisi. Dan ya, suami membuktikan dia berubah tapi hanya menjadi seorang ayah yang terbaik, tapi kalau untuk menjadi suami, saya hanya boleh diamkan. Biarkan saya dengan Allah sahaja yang tahu.
Baru – baru ini, suami suruh saya belikan makanan untuk dia sebab kebetulan saya nak keluar, dan dia siap – siap beri amaran kata duit dia cuma ngam – ngam RM50 sahaja dalam bank. Saya pun okey sahaja sebab faham. Bila saya bayar makanan yang dia pesan semua, total RM55.90, saya pelik kenapa boleh bayar guna kad dia dan baru saya tahu dia tipu saya.
Bila saya sampai rumah, suami tanya kenapa tak beli makanan untuk saya sekali? Saya cakap dah tadi inform kata dalam bank cuma ada RM50 takutlah tak cukup nak bayar pakai apa? Suami masa itu cuma gelak – gelak dan cakap memang saja sebab tak nak saya guna duit dia.
Saya malas nak g4duh, saya masuk bilik tidur. Tiba – tiba suami masuk bilik, kata kalau makanan tu tak nak dimakan buang sahaja, dan dia terus tidur sebelah anak. Esok pagi, suami transfer RM100 dekat saya sambil cakap tak nak rasa bersalah.
Terus saya send balik duit itu. Saya cakap dengan dia saya bukan pengemis dan saya ada maruah. Entahlah, saya dah tak tahu nak rasa apa dalam perkahwinan saya sekarang. Bila tengok muka anak, dapatlah bagi saya kekuatan sikit. Tolong doakan saya untuk sentiasa kuat hadap ujian ini.
Saya tak kisah nak kata saya b0doh ke apa, cuma saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya kesian dekat anak saya yang rapat dengan ayah dia, dan saya cuma tak nak anak saya rasa membesar tanpa ayah dia sebab saya tahu s4kitnya hidup membesar tanpa orang tua dekat sisi sebab saya dibesarkan dengan keluarga makcik saya. Mak ayah saya meninggaI masa usia saya 10 tahun.
Komen Netizen :
Anonymous member 182: Maaf cakap. Kalau dah makan luar itu, bah4ya terbesar untuk puan dan anak – anak. Dia bukanlah figura bapa pun. Hanya penjahat bertopeng bapa sahaja. Lagi satu, tak geli ke barang kongsi dengan orang yang tak ada status halal? Undang – undang Allah pun dia Ianggar… memang tak takut azab dah itu. Puan bina keyakinan diri dari saat puan baca tulisan saya ini. Bina kekuatan untuk yakin dengan Allah. Tolonglah jangan zaIimi diri puan. Buat yang Allah suka untuk kebaikan puan juga.
Azlin Azman: : Bercerai lebih baik… jaga mental health awak dulu sebelum awak kena lagi teruk. Lelaki jenis macam ini susah nak berubah. Dia backup mak dia pun dah nampak. Dia takkan backup awak sampai bila – bila. Lelaki macam ini lemah… lembik… dan pentingkan diri sendiri.
Sebelum mental health awak teruk, lebih baik undur diri. Tuntut segala hak awak ada. Buat hak penjagaan sesiap. Buat senyap – senyap. Dia pujuk merayu sekalipun, keraskan hati. Ambil segala bukti – bukti kecurangan dia, kukuhkan lagi awak nak bercerai. Jangan makan hati lama – lama… bah4ya, Kesian dekat anak… orang luar tetap orang luar… tambah awak anak yatim piatu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.