
Paklong diam – diam jual tanah pusaka nenek. Kami terima notis kosongkan rumah pusaka. Kami semua dah kosongkan rumah, tapi ayah rela tidur atas lantai taknak keluar. Sehinggalah satu hari, ayah lari rumah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Dulu… pernah kami bertekak dengan Abah. Kami anak – anak berbuih dah kami anak beranak tegaskan kat Abah perihal tanah pusaka arw4h nenek yang telah digadaikan oleh anak beranak Pak Long dan diorang pun tidak berminat untuk menjualkan tanah tu pada kami walhal kami cuba membayar lebih dari nilai asal tanah tu.
Sampai satu tahap, kami anak – anak ni penat. Penat nak berbincang dengan orang yang tak sudi. Abah pulak? Dia masih berdegil dan berkeras nakkan tanah tu semula. Menurut dia, sepatutnya tanah pusaka tu jadi milik dia sebab dia anak lelaki tunggal dalam keluarga dan arw4h nenek pun pernah kata yang dia hadiahkan tanah tapak rumah pusaka berserta rumah yang berdiri di atas tanah tu untuk abah.
Untuk anak – anak dia yang lain, ada bahagian masing – masing sendiri. Arw4h nenek cakap benda tu depan anak – anak dia yang lain masa anak – anak dia berkumpul kira – kira 2 – 3 tahun sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Tapi tanpa disangka, tak ada sebarang perbincangan mulut pun, arw4h Mak Long bertindak membelakangi keputusan arw4h nenek dan benda ni jadi tanpa pengetahuan Abah mahupun adik beradik yang lain.
Masa kejadian tu pulak, nenek aku tengah uzur and mudah lupa. Dia mana nak ingat apa yang jadi walaupun benda tu jadi dalam hari yang sama. Yang dia ingat, arw4h mak long dan pak long ada taw4rkan diri untuk teman dia ke kIinik. Padahal, pada hari yang sama, mereka berbincang mulut dan mendesak arw4h nenek untuk menukarkan nama geran tanah pusaka yang masih belum dipecahkan ke nama anak – anak yang lain ke nama Mak Long sebab dia sebagai anak sulung.
Kalau ikut faraidnya, bukan dia yang sepatutnya jadi penama sebab kalau ikutkan anak lelaki tunggal dalam family tu yang patut jadi w4ris. Tapi tak ada angin tak ada ribut, arw4h mak long dan pak long terus mendesak dan pada hari yang sama diorang tekad heret nenek ke pejabat tanah.
Katanya diorang buat semua tu demi meluluskan project permohonan rumah (PPR). Katanya lagi syarat untuk untuk permohonan tu lulus adalah mereka sebagai pemohon rumah perlu ada sebidang tanah atas nama mereka untuk mendirikan rumah.
Jadi masa tu arw4h nenek aku pun sign and tukar nama pew4ris tu dari nama Abah ke nama arw4h Mak Long. Pak long yang menyaksikan apa yang terjadi hanya diam seakan menyokong tindakkan arw4h Mak Long. Arw4h Mak Long dan Pak long lepas kes dia tukar nama pew4ris tanah tu arw4h nenek tu kan, diorang kunci mulut sampailah rumah yang diorang idamkan tu siap di bina di atas sebahagian tanah arw4h nenek.
Kalau ikutkan memang tapak rumah diorang tu dibina atas tanah yang arw4h nenek janjikan untuk diorang, tapi tak sangka diorang ambik semua tanah pusaka arw4h nenek termasuk tapak rumah pusak arw4h nenek dengan cara menukar nama w4ris tanah kepada nama arw4h Mak Lomg tanpa menguruskan bahagian – bahagian tanah tersebut.
Nak jadi cerita benda ni kantoi lepas arw4h nenek meninggaI. Arw4h nenek mana lantik mana – mana peguam ke apa ke untuk annouce kat anak – anak tentang pembahagian harta pusaka dia. Jadi adalah beberapa orang makcik aku (adik beradik ayah selain mak long) pergi ke pejabat tanah untuk clear about isu tanah pusaka ni.
Pada awalnya, diorang tak nak pun pergi, diorang hanya tanya Abah tentang bahagian diorang dan bila Abah nak uruskan semua tu, tapi Abah mana ada duit, dan dia tahu semua tu modal, jadi dia mintak adik – adik dia yang lain turun untuk ajak berbincang tapi…
Sebabkan ada rasa sesuatu yang tak kena, makcik – makcik aku ni terus serbu pejabat tanah. Tup tap kantoilah yang Abah bukan w4ris tanah tu dan bukan di bawah kuasa Abah pun untuk menuruskan pembahagian tanah tu sebab kesemua tanah tu jatuh atas nama arw4h Mak Long sekaligus menjadikan arw4h Mak Long sebagai pemilik tanah tu.
Maka mula lah bertik4m lidah dan per4ng besar. Masing – masing salahkan Abah sebab Abah ni anak lelaki, nak kata jauh dari arw4h nenek tak lah. Rumah pusaka arw4h nenek memang arw4h bagi abah dan keluarga kecik kami tinggal di situ manakala arw4h nenek menghabiskan sisa hidupnya di sisi mak su aku yang rumahnya dibina atas tanah nenek jugak cuma letaknya tak berapa jauh di belakang rumah pusaka arw4h nenek.
Bila dah jadi macam tu, arw4h Mak long atau Pak Long seakan jadi saksi bisu. Tak pulak nak jelaskan apa – apa sampailah beberapa tahun lepas arw4h nenek menghadap Illahi tu, arw4h Mak Long pulak menyusul. Bila mak long pun dah tak ada, jadi Pak Long lah selaku suami sepatutnya perlu clearkan isu tanah tu sebab dah ada 3 buah tanah dibina atas tanah pusaka nenek which is rumah Mak long, rumah Mak su, and rumah pusaka arw4h nenek.
Bahagian tanah yang lain yang sepatutnya jadi milik adik beradik abah yang lain masih tak terusik. Adik beradik Abah dan Abah cuba berbaik about isu tanah ni dan diorang cuba sedaya upaya nak settlekan isu tanah ni dengan cara tukar balik nama w4ris tanah tu kepada nama Abah.
Banyak duit dah dibelanjakan untuk naik turun pejabat tanah tapi isu tu tak sesimple ABC yang sekelip mata boleh siap. Dalam 5 tahun dioarng f1ght benda tu tapi masalah waktu tu timbul dari sikap Pak Long yang acuh tak acuh, dia macam tak nak bagi kerjasama. Sampai satu tahap, adik beradik Abah termasuk Abah dah penat nak uruskan benda tu.
Pak Long pulak tanpa segan silu cakap, “Tak apalah korang buatlah tanah ni macam milik korang walaupun tak ada surat hitam putih”. Paham tak perasan dia macam mana??? Lepas apa yang Pak Long cakap kan tu, adik beradik Abah yang lain macam dah malas nak ambik tahu pasal tanah tu.
Masing – masing prefer beli tanah tempat lain dan uruskan tanah yang mereka usahakan. Abah pulak? Abah mana lah kata macam adik beradik dia yang lain, so dia jalani lah hidup di rumah pusaka arw4h nenek dengan ibu aku macam biasa. Pagi ke petang dia kerja, balik dah malam. Kerja pun semata nak ada duit untuk kesinambungan hidup.
2 tahun kemudian ibu pulak jatuh s4kit. Doktor kata ibu perIukan pembedahan segera tapi kos pembedahan tu tak tertanggung oleh Abah. Abah pergi ke hospitaI kerajaan, tapi Doktor cadangkan Abah untuk ke swasta sebab lebih cepat sebab s4kit ibu tu bukan s4kit biasa – biasa yang boleh ditangguh – tangguh.
Abah cuba mintak bantuan orang sekeliling termasuk adik beradik dia tapi hampa. Duit yang dikumpulkan tak melepasi pun nilai kos rawatan ibu. Nak bayar separuh kos pun tak boleh lagi. Then anak beranak abah pulak lah usahakan untuk capai bayaran kos rawatan pembedahan ibu.
Tapi tu lah… Allah lebih sayang ibu. Tak sampai duit tu cukup untuk bayar kos rawatan tu, Ibu menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah pada Subuh hari jumaat yang mulia di waktu orang sibuk fikirkan nak beraya mana. Masa tu raya ketiga ke ke empat, aku pun tak berapa nak ingat. Tapi masih dalam waktu raya aidilfitri lah.
Dan masa ibu meninggaI tu, semua anak beranak lengkap berkumpul di rumah. Niat nak buat open house terbantut. Subuh tu suram sangat. Semua seakan pasrah dalam terp4ksa. Air mata tak henti – henti membasihi pipi. Ibu pergi sebelum kami buktikan yang kami sayang dia sepenuh jiwa dan raga.
Dalam Asar macam tu pada hari yang sama, jen4zah ibu siap dikubvrkan. Abah??? Abah dia tak menangis pun, tapi dia lebih kepada diam dan bawa diri. Anak – anak tak berani nak tegur, takut orang tua tu menangis lagi teruk dari kami. Lepas arw4h ibu meninggaI pulak, setahun macam tu Abah pulak jatuh s4kit.
Biasalah umur pun dah dimamah usia, jadi peny4kit tua mula datang. Per4ngai abah seakan berubah. Kalau dulu dia macam tegas dan suka bawa diri sendiri. Start dia s4kit tu dia jadi macam budak – budak pun ada. Tegur sikit nak merajuk, ada yang tak kena di mata mulalah nak marah nak bebel pastu nak merajuk.
Bab merayau jangan cakap lah. Sampai satu tahap, adik aku yang bongsu lelaki terp4ksa berhenti kerja semata nak jaga abah. Kami adik beradik yang lain mampu tolong – tolong bab yang lain lah macam bayar bil api air, bil wifi, belanja dapur, kos adik bongsu untuk ulang alik ke kIinik atau hospitaI demi rawatan abah and so on lah.
Adik bongsu aku ni pulak dia ada sejenis peny4kit yang meny4kitkan hati which is dia jenis suka pendam sendiri. Start abah s4kit kan, anak beranak Pak Long tu macam mula tunjuk taring. Diorang seakan mempersoalkan about tanah. Siap ada sekali tu dia cakap kat adik bongsu yang diorang ada niat nak gadaikan tanah tu memandangkan diorang nak pakai duit yang banyak atas hal – hal tertentu. Tapi tak pulak bagi tahu hal apa.
Tambah diorang lagi “tu tanah mak kami, jadi buat apa nak bincang sangat dengan korang?!”. Menyinga aku dibuatnya bila balik rumah tu sebab nak melawat Abah tapi ketibaan aku tu tak disambut dengan hal yang diingini, which is ada notis terlekat dekat pintu yang memaklumkan about pengosongan rumah sebab tanah tu akan dijual.
Family Pak Long??? Hahahahahaha…Diorang boleh berambus awal – awal tau. Dengar cerita dari Mak Su aku, diorang dah beli rumah dan tanah lain kat Johor. T4ik punya per4ngai! Bila kitorang call apa semua memang diorang tak jawab ya. Jadi aku and adik beradik lain pun terpa4ksalah uruskan perpindahan tu.
Dalam beberapa minggu macam tu, rumah pusaka arw4h nenek tu dah kosong. Semua kabinet apa semua angkut pakai lori bertrip – trip. Kami pindahkan barang tu kat rumah sewa yang lebih elok untuk Abah dan adik bongsu tinggal. Yang jadi masalah waktu tu is Abah tak nak pindah.
Setiap kali kami datang dia pura – pura tidur walaupun katil bilik dia dah kena angkut, dia tidur jugak kat lantai macam tak ada apa. Adik bongsu aku pulak terp4ksa layankan per4ngai Abah. Tapi tak lama, kami bertegas jugak untuk angkut Abah pindah.
Akhirnya Abah pun pindah ke rumah baru dia. Aku ingat boleh lah dia enjoy life baru dia. But tengok kesihatan dia m4kin drop pulak. Itu pun sanggup mogok lapar dan sebagainya. Dia nak kami beli tanah tu. Kami pulak dah usahakan nak beli tanah tu, tapi pihak di sana macam tak bagi kerjasama lagi dan lagi sampailah tanah tu dibeli oleh pesara polis dan dijadikan tanah kebun pisang dia. Rumah pusaka tu pulak selamat dirobohkan.
Bila tahu benda dah macam ni. Mana ada adik beradik yang sanggup bagi tahu Abah rumah tu dah roboh. Sekali tu…Abah dia buat per4ngai, abah lari rumah. Masa tu memang adik bongsu tak perasan langsung lah bila masa Abah bukak kunci rumah. Yang dia tahu Abah tak ada tu waktu Zohor.
Masa pagi hari yang sama, Abah sempat sarapan apa semua dengan dia. Bila heboh pasal Abah hilang, adalah mata – mata yang tolong tengok – tengok kewujudan Abah tu. Tup tap kami jumpa dia kat stesen bas. Bila kami tanya dia nak ke mana apa semua siap bagi ceramah kat dia, dia hanya tunduk and cakap “Abah nak balik rumah. Rumah abah rumah kayu. Rumah tu dah uzur dah. Dulu Abah duduk dengan bini Abah kat situ. Anak – anak besar kat situ. Abah nak balik situ”.
Nangis wehhh kami anak beranak. Malam tu lepas bawak Abah makan apa semua, kami adik beradik berkumpul untuk bincangkan isu tu. Then tergerak hati nak berbincang benda tu dekat tuan tanah yang baru untuk tanah pusaka arw4h nenek tu which is pesara polis tu.
Alhamdulillah.. Allah mudahkan jalan kami, pesara polis tu akhirnya jual tanah tu balik pada kami, dan kami adik beradik dirikan semula rumah pusaka arw4h nenek. Rumah baru, tapi konsep yang sama. Akan kami temani abah melalui fasa hidup yang masih bersisa di rumah yang pernah jadi saksi ibu dan abah membesarkan kami. Doakan abah kami sihat ya. Kami nak bawak dia pi haji pula.. – Usrah (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Muhaizam Lee : Alhamdulllah… happy ending. Semoga keluarga Pak Long mendapat pembalasan yang sewajar – wajarnyanya kelak. Betul, mereka dah tak kisah bab tanah tu sebab dah dapat duit. Tapi duit tu bukan milik mutlak mereka. Kene faraid. Biar Allah yang nilai.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.