Terk3jut teman lelaki pecah rahsia, sebenar dah ada 2 isteri, anak ramai siap ada anak luar nikah. Dia taw4rkan saya jadi isteri ketiga!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Teman lelaki pandai ambik hati mak saya. Bila mak saya nak jumpa dengan keluarga dia, berbincang. Dia pecah rahsia, Waktu tu anak dia yang kecik pun ada dalam hospitaI tapi boleh cari bini ketiga?

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, cerita ini saya kongsikan atas tujuan untuk selamatkan para gadis daripada lelaki tak guna ni. Nama beliau TK, lelaki campuran Jepun, berumur 31 tahun dan pencapaian dia banyak dengan buat master dan PhD lagi.

Orang yang pernah menjadi m4ngsa akan tahu terus siapa yang saya maksudkan. Nama Jepun kan rare kat Malaysia. Saya mengenali TK di dalam apps cari jodoh, kami berkenalan selama 2 minggu dan terus buat keputusan untuk berjumpa.

Selama perkenalan selamat 2 minggu saya rasa sangat serasi, TK pandai untuk berkomunikasi dan dia tahu apa yang kita minat semua. Selepas berjumpa kami sem4kin rapat dan dia mula cuba nak mengawal gerak geri saya. TK tak kawal secara directly, dia buat macam kita serba salah kalau tak buat. Update kita buat apa dan share live location semua.

Mula – mula saya tak rasa kena control disebabkan dia pun buat benda yang sama. Saya okay je dia buat macam tu sebab dah suka kan. Hahaha… Kemudian TK bagitau saya dia telah bercerita perihal saya kepada family dia, kemudian dia tanya bila saya nak bagitau mak saya dia nak jumpa.

Serba salah masa tu sebab baru kenal sekejap dah nak bawak jumpa family kan. Lastly saya arranged untuk jumpa mak, pandai betul dia bersembang dengan mak saya, memang berkenan la nak buat menantu. Masalah mula timbul bila dia marah saya sebab mak saya nak jumpa mak dia untuk sembang – sembang tanya berkenaan TK.

Dia dah mula h1na saya yang saya desperate semua dan saya tahu apa lelaki nak. Saya mula taw4r hati dengan TK. Tiberr dia pecahkan 1 rahsia dia yang meng3jutkan. Rupanya dia dah kahwin 2 dan mempunyai ramai anak, siap ada anak luar nikah lagi. Dia tanya saya nak tak jadi wife dia yang ketiga??

HeII no!! Semata nak tambah anak, katanya isteri kedua dah tak boleh mengandung dah. Rasanya dia nak buat collection birth certificates. Hahaha… Rupanya selama ni saya kena tipu, dia cakap bosan hidup single, weekend tak tahu nak buat apa, malam tidur awal dan asyik makan maggi je sebab takde orang masakkan.

Rupanya isteri dia ada kat rumah dengan anak siap ada anak kat hospitaI lagi. Saya tak puas hati kena tipu bulat – bulat, so saya korek cerita rupanya isteri kat rumah tu dia d3ra dan m4ki semua. Anak kat hospitaI pun dia harap baby tu takde terus. Boleh dia sibuk nak cari perempuan lain.

Isteri dia pun tengah tunggu masa nak minta cerai. Tapi susah sebab dia control semua duit dan gerak geri isteri dia. Siap ada duplicate phone isteri dia lagi. Dia suka tunggang agama, isteri tak boleh buat itu ini nanti berd0sa. TK ni solat pun tak, tu pun terkantoi masa saya pergi mall dengan dia.

Katanya carpet surau kat mall busukk. Hahaha, surau tu tak ada carpet la. Isteri dia cakap memang dia ada ramai scandal. Dia bukan kenal saya sorang je dalam satu masa. Rupanya masa kenal saya dia cakap ada meeting malam – malam tu dia pergi jumpa perempuan lain.

Sebelum ni dia ada bagitau mak saya dia ada beli asset rumah, rupanya semua tu isteri punya, isteri dia yang bayar. Hidup pun mengharap duit isteri. Saya ada dapat contact salah seorang m4ngsa, TK ada bercerita sebelum ni dia berkenalan dengan perempuan tudung labuh semua siap dah jumpa parents lagi.

Tapi family perempuan tak setuju dan perempuan tu ajak kahwin kat Thailand. So dia tak nak kahwin sana jadi TK putus dengan perempuan tu. Katanya lagi perempuan tu dah rosak. Rupanya dia la yang rosakkan perempuan tu sampai terlanjur.

Bila dah tak dapat apa – apa dia tinggalkan perempuan tu. Perempuan tu merayu – rayu nak kahwin dengan dia sebab TK tu first love dia. Saya pun ada check nama TK kat insta, ada banyak giIer account bawah nama dia. Memang standby untuk cari m4ngsa seterusnya.

Menyesal betul tak check masa mula – mula kenal dia. Saya rasa dia ada masuk semua platform cari jodoh. Saya rasa ni modus operandi TK, dia mencari m4ngsa dan buat profiling apa yang perempuan ni suka. So dia flirt sampai perempuan tu sampai jatuh cinta dan tergiIa – giIa kat dia.

Kalau perempuan tu islamic dia tunjuk dia macam solat, puasa 6 lagi. Kalau tanya apa yang nak dalam perkahwinan, dia cakap dia nak hidup dalam keluarga yang ikut alquran dan hadis. Pergi jumpa family nak tunjuk yang dia serius nak kahwin.

Bila perempuan dah suka sangat, dia akan ambil kesempatan macam perempuan tudung labuh tu kena. Saya berharap perempuan kat luar sana berhati – hati dengan TK ni. Ya background pendidikan dan kerja dia legit. Semua betul kalau buat due diligence. Hanya per4ngai dan background family sahaja susah nak check. Benda boleh tipu dan berlakon kan. Sekian… – Bubu (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nurfadhilah Ismail : Sebab tu adik – adik janganterpedaya sangat dengan dakyah, kalau dah jumpa parents maknanya dia serious. Kalau dia bagi bunga / hadiah dia serious. Kalau dia bawa pergi candle light dinner, dia betul – betul serious. Sebab untuk lelaki yang berduit ni, itu investment kecil aje. Ni bukan la effort sebenar untuk menghalalkan tapi strategy untuk menjah4namkan. Sebelum nak sayang orang, Istikharah. Islam dah bagi guidelines.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.