Dari kecik ibu hantar Angah masuk tahfiz. Bila dah keluar, Angah berubah, jadi kurus, cengkung. Ibu sendiri pergi report dan bawa Angah ke penjara..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ada satu malam tu, kami tengah berkumpul dalam rumah dan tiba-tiba ada chat masuk kat telefon ibu, kakak, dan Along. Chat tu dari  Ah L0ng. Kami semua terk3jut sebab kat situ ada muka Angah tengah pegang IC.

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku tak pandai sangat nak menulis ayat ni dan aku di sini pun hanya untuk meluah. Okey, sedikit perkenalan, aku Riri (bukan nama sebenar), perempuan dan merupakan anak bongsu dalam family. Kisah aku hari ini adalah berkaitan dengan abang aku.

Untuk pengetahuan, aku ada 3 orang abang. Aku gelarkan Along, Angah dan Achik. Hari ini aku nak bercerita tentang Angah. Mulanya nak cerita tentang Along, tapi kalau pasal Along, 5 part pun tak habis, hehe. Ceritanya begini, dari Tingkatan 1 lagi Angah ni dihantarkan ke sekolah tahfiz dengan harapan jadi anak yang soleh dan imam masjid.

Tapi sampai je umur dia 17/18 tahun, dia dah macam tak nak duduk tahfiz lagi. Dia buat hal di tahfiz tu dan kena buang. Lepas tu ibu daftarkan kat tahfiz lain. Baru sehari je masuk tahfiz baru, dia lari dari tahfiz. Sampai akhirnya, ibu ayah dah give up. Dia duduk saja je kat rumah tanpa buat apa – apa. Umur dah banyak tapi duit asyik minta ibu.

Ada satu hari tu, kami nampak perubahan kat diri dia iaitu dia m4kin kurus dan pipinya cengkung. Kami jadi pelik. Untuk pengetahuan, tahun ni dia dah umur 21 (dan masih tidak bekerja dan harapkan duit ibu ayah). Ada satu malam tu, kami tengah berkumpul dalam rumah dan tiba – tiba ada chat masuk kat telefon ibu, kakak, dan Along (Along tak ada kat rumah masa tu).

Chat tu merupakan chat dari sebuah syarik4t Ah L0ng. Kami semua terk3jut sebab kat situ ada muka Angah tengah pegang IC. Kami tak expect dia berbuat begitu dan anggap itu sc4mmer. Ibu pun tanya Angah dan dengan yakinnya dia cakap tu sc4mmer (sambil buat muka tak bersalah) dan siap ajak pergi buat report polis lagi. Kami pun ingat betul lah apa dia cakap masa tu.

Tiba – tiba nombor tu ada call ibu, dan bila ibu jawab, suara perempuan Cina yang bercakap yang Angah ni hutang sama dia. Dia cakap Angah hutang RM200 dan ibu tanya lah berapa total yang kena bayar. Perempuan tu cakap RM2800. Betapa luluhnya hati kami bila dengar nilai yang sangat besar tu. Ibu pun cuba nego dan dapat RM2500.

Untuk pengetahuan, Angah berani buat macam tu sebab dia anggap ibu ayah kaya mampu bayar (ibu ayah cikgu SMK). Pada 5 Mac 2023, Angah ditangkap disebabkan oleh Along yang report (Along kerja kat negeri lain masa tu). Bila buat ujian air k3ncing, rupanya dia positif pil kuda. Ya, pil kuda. Dan dia berhutang sebelum ni pun untuk beli benda tu.

Pada 7 Mac 2023, sekali lagi sampai chat yang sama tapi dari syarik4t yang berbeza. Dan ya, dia hutang dengan 2 syarik4t. Kali ni dengan jumlah yang lebih besar iaitu RM3500. Tapi kami tak boleh buat apa – apa masa tu sebab Angah dah kat dalam. Nak tak nak, mesti kena bayar juga.

Pada bulan Mac 2024, sekali lagi dia ditangkap dan kali ni direport oleh ibu sendiri sebab ibu dah tak tahan dengan per4ngai dia. Masa dia dalam perjalanan nak ke penjara tu pun, sempat lagi masuk satu chat dari syarik4t. Kali ni jumlahnya RM700.

Untuk pengetahuan juga, pada tahun 2023 dan 2024 Angah masuk penjara tu, kedua – dua tahun itu jugalah Angah berpuasa dan beraya di dalam. Sebenarnya banyak lagi benda yang dia buat. Ini pun aku dah ringkaskan tapi macam tak best pula sebab ringkaskan. Takpe, biar aku sebut apa lagi yang dia buat.

Dia pernah masuk bilik kakak dan ambil duit kakak, duit ibu, jual cincin ibu, duit aku, dompet Achik, jual telefon Achik dan banyak lagi. Tipu tu benda normal. Antaranya tipu nak beli baju tapi tak beli pun. Tipu nenek, cakap ibu suruh minta duit nenek dulu sebab barang ibu sampai (masa ibu kat sekolah) padahal tak ada pun.

Sebenarnya, masa bulan Disember 2022 dia pernah kena tangkap tapi ibu bayar jamin dengan harapan dia akan berubah tapi tak. Bulan Mac 2023 dan 2024 dia masuk lagi. Dan masa dia tak ada kat rumah, hanya Tuhan je tahu betapa bahagianya kami sekeluarga bila dia tiada.

Lepas dia keluar penjara, gemuk balik sebab tak makan benda tu. Tapi dalam 4 bulan selepas tu, perubahannya sama macam dulu – kurus dan cengkung. (Perubahan ni sama lepas keluar penjara 2023 dan 2024). Ibu dah suruh dia cari kerja tapi tak ada yang nak ambil dia sebab sijil SPM tak ada.

Ada sekali tu dia dapat kerja basuh kereta dan kedai makan, tapi tak lama sebab dia buat hal kat tempat kerja. Kami tak boleh suruh dia pergi merantau untuk cari kerja sebab dia masih terik4t dengan lapor diri di AADK setiap bulan. Kami dah penat dengan per4ngai dia.

Apa yang kami harap sekarang, kami harap dia m4ti dan tak ada lagi kat dunia ni sebab masa dia tak ada, hidup kami sangatlah bahagia dan tak ada langsung masalah yang datang. Mungkin kalau korang baca, korang rasa kami teruk sebab nak suruh dia m4ti, tapi kami tersiksa dan d3rita dengan per4ngai dia yang lagi teruk dari apa yang aku ceritakan ni. Cerita dari anak bongsu yang ingin bahagia, – Riri (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Ain Ruslan : Orang yang tak hidup dengan pen4gih tak akan FAHAM langsung betapa siksanya kita. Habis – habis di suruh sabar. Akak 6 tahun melalui hari – hari yang teruk sebab ex dulu pen4gih. Setiap kali mengadu pada keluarganya disuruh sabar.

Selama 6 tahun tu jika berlaku apa – apa @ ex buat hal, Akak la yang disalahkan. Mentang – mentang kita tiada keluaga, seronok betul mereka menjadikan akak ‘kambing hitam dan pijak henyak maruah akak semata – mata untuk jaga ‘maruah mereka di mata masyarakat. Biar orang nampak keluaga mereka baik – baik, anak – anak ok semua.

Jika ada keburukan yang terdedah, semua salah menantu yang dijaja macam – macam keburukan. Akhirnya akak nekad tinggal ex dengan keluaga t0ksiknya. Balik la si ex dengan keluarganya. Tak sampai setahun keluaga bela ex yang kaki sejuk tu, terus disumbatnya anak dia dalam PUSPEN.

Baru korang tau langit tinggi rendah melayan kelaku pen4gih ni. Aku boleh stay 6 tahun, korang belum setahun da surrender? Ahaha. Masa tu hilang ‘malu pada masyarakat.. hilang tebal muka dek kelaku anak sendiri. Baru padan muka semua! Aku tak d3ndam.. tapi aku puas hati. Allah swt sentiasa berada bersama mereka yang terani4ya.

Untuk ko dik, Usahakan dia masuk puspen. Biar lama sikit hukvman tu. Dia keluar kalau buat hal lagi, sumbat lagi dalam tu. Orang macam ni dia takkan berubah selagi dia sendiri takmo berubah. Duduk luar menyusahkan hati perut orang, hutang merata – rata!

Matt Empat Puluh Enam : Inilah realiti hidup, jarang di dengar di mana – mana kecuali yang sedang atau tengah mengalami. Boleh pulih, tapi itu semua atas diri sendiri dan sokongan ahli keluarga. Cakap dengan mak kamu, doakan yang baik – baik untuk angah.

Kamu juga kena support angah, doakan supaya pulih. Bukan apa, ada kenalan tempat aku macam ni, dah pulih, cuma effect d4dah tu terkesan kat badan, mata kurang jelas, tapi dia still kerja kampung, orang tahu background tapi dia dah berubah, masyarakat support dia, wife, mak bapak dia dah meninggaI, tinggal dia dan anak – anak saja. Sebab tu aku cakap, jangan pernah membelakangi angah dik.. InsyaAllah ada jalannya, bukan sekarang, maybe suatu hari nanti.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.