
Dah lama sebenarnya aku perhatikan cuma aku diam dan nak tengok sejauh mana game dia. Kemain mesra siap ber whatsapp. Dalam pantang sibuk bergurau dengan kawan nak cari bini lain. Ingat aku ni apa??
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi, semua pembaca. Sekadar nak luah apa isi hati yang tersirat supaya beban dalam kepala ni boleh ringan sedikit. Seperti tajuk kat atas tu, aku nak bercerita pasal diri aku dan suami. Bukanlah benda yang mengaibkan, mungkin sekadar cerita alam rumahtangga (kot?)
Kami dah berkahwin hampir 7 tahun dan dikurniakan dengan 2 orang anak, tak lama je lagi akan masuk 3 orang. Nak kata berkahwin atas dasar suka sama suka entahlaaa sebab aku takde timbul rasa suka waktu tu sebabnya masa tu suami baru lepas breakup dengan awek dia, lepas tu tak lama dia mencari calon lain dan jumpa aku.
Aku tak tahulah aku ni pilihan yang keberapa, malas nak fikir. Tapi dalam kepala otak aku, dia jadikan aku ni sebagai alasan untuk dia move on je sebenarnya tapi hakik4tnya dia sendiri ambil masa yang lama untuk move on, dan tekalah siapa yang terguris hati di sini. Of courselah isteri dia iaitu aku.
Mana tidaknya, kau dah unfriend ex dekat segala socmed yang dia tapi still stalk? Kau nak apa sebenarnya? Kalau rindu cakap rindu. Jangan kata aku tak comfront laki aku, aku banyakkkkkk kali dah comfront laki aku dan hujung – hujungnya hanya cakap maaf.
Macam mana boleh tahu? Iyeee aku spotcheck handphone dia. Jangan ajar aku untuk tidak ganggu privasi laki aku ye sebab dalam rumahtangga tidak ada istilah privasi untuk aku. Last kantoi stalk ex sebelum puasa, aku tanya dari a-z, siap cakap kalau rindu lagi pergi jumpa dia dan lepaskan aku.
Aku taknak beratkan kepala otak aku dengan per4ngai laki yang tak sememeh macam ni, tak nak friend dekat socmed tapi sibuk nak stalk. Macam budak sekolah. Aku bagi silent treatment seminggu tapi masih buat kerja hakiki aku iaitu uruskan anak – anak dan rumah cuma aku taknak bercakap dan berdepan dengan suami sebab aku s4kit hati.
Terbaru, takdelaa baru juga. Dah lama sebenarnya aku perhatikan cuma aku diam dan nak tengok sejauh mana game dia. Dulu ada budak intern dekat company dia, perempuan lah. Lahhh kemain mesra siap ber whatsapp, lagi yang pelik bila aku tahu conversation whatsapp tu ada yang dia delete padahal aku dah siap baca pun.
Kemain duk ber abang – abang bagai, tiap kali budak tu up story wahhhh sakan manjang duk respond. Mesranyee, dengan family aku dan family dia sendiri pun takde mesra macam tu sekali. Sama naik je budak tu dengan laki aku, ber abang lah, tolong itu laa ini lah.
Bila aku tanya, boleh tak aku whatsapp macam tu dengan kawan lelaki, reti pulak cakap tak boleh. Dah kau boleh, aku tak boleh? Aku bagi jugak “itulaaa, dulu dalam kepala otak tu pikir nak orang lain, lepas tu kahwin dengan orang lain, itu yang manjang rasa tak pernah cukup”. Aku geram sebab benda bukan sekali dua jadi.
7 tahun kahwin, aku rasa tiap – tiap tahun g4duh benda b0doh macam ni. Belum lagi aku cerita waktu aku pregnant dan dalam pantang, selamba badak bergurau dengan kawan cakap nak cari perempuan lain. Ingat aku ni apa? Dulu yelaaa aku ada jugak tempat nak bercerita dan mintak nasihat tapi sekarang simpanlah sorang – sorang, tak tahan sangat baru aku cerita dekat kakak.
Dulu ada ibu jadi tempat aku minta nasihat, sekarang takde dah. Aku perli suami aku, “seronokkan pergi kerja, boleh mesra – mesra dengan orang lain tapi suruh bini duduk rumah, tak bagi kerja tapi kita dekat tempat kerja seronok duk ber abang – abang. Pernah dengar ke saya panggil lelaki lain abang? “(Maksud aku address orang tu abang sahaja).
Aku tak tahulah kalau bini lain okey kalau ada perempuan panggil laki dia abang, tapi tidak aku sebab itu panggiIan antara aku dan suami. Dan macam biasa, akan berakhir dengan ayat, “ye, salah abang. abang minta maaf”. Aku jawab, pergi m4ti dengan maaf abang tu. Sebab nanti buat lagi lain kali.
Aku dah kahwin, aku boleh je sedar diri dan jaga status aku, kenapa dia tak boleh? Rasa banyak sangat godaan? Godaan yang cari sendiri. Entahlaaa, aku serabut. Rasa nak balik kampung duduk kampung je. Biarlah dia sorang – sorang dekat sini, for sure takkan bosan la sebab ada tempat lain kan dia boleh berborak dan bermesra.
Apalah sangat nak dibandingkan dengan bini yang kurang serba serbi ni. Sudahlaa alahan pregnant tengah teruk, entahlaaa manjang rasa nak nangis tapi takde bahu nak menumpang, dia bukan kisah pun bini okey ke tak ke, baik dia tanya orang lain dan kisahkan pasal orang lain. Okeylaaa nak sambung nangis.. – Thea (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Hunny Adra : Dalam ko makan hati, nak masuk 3 orang da anak ko eak. Itulah orang perempuan kan, da s4kit hati masa pantang yang lepas, masih lagi nak ngandung yang baru. Masa s4kit hati memang semua kita nak all out, sampai keluar confession gini.
Masa da berbaik, sayang semula sampai la 7 tahun bertahan kan? Kau sebenarnya bukan Queen control. Tapi kau da bosan buat benda sama hari – hari, tak ada kawan – kawan, hidup dengan anak – anak. Aku tak rasa kau nak bekerja sebab kau akan risau anak – anak tak ada siapa nak jaga nanti kan?
So? Solution nya. Kau hadap jela ye. Cuma lepas pantang nanti kau glow up la diri sikit, jangan badan besar gelebeh pastu pergi la merancang, kau tak yah la nak beranak lagi. Bukan laki kau hargai kau pun kau beranak s4kit bagai. Pastu tak yah da nak beriya berk0rban sayang orang bagai, takyah da sibuk check – check hp orang. Sayang diri kau dulu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.