
Suami aku tekan minyak secepat mungkin sebab aku nak tengok mak buat kali terakhir. Kereta kami sampai overheat. Hanya tinggal sikit je lagi, orang kampung cakap dah tak boleh tunggu. Aku tak maafkan penggali kubvr…
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua. Tujuan aku menulis ini adalah untuk meluahkan perasaan. Sesak d4da bila dipendam seorang diri. Nama aku Sarah, aku berasal dari Johor dan tinggal di Kedah selepas bernikah. Aku anak yatim piatu, dibesarkan oleh nenek dan atuk.
Aku panggil depa mak dan ayah. Tahun lepas, pada bulan Ogos, mak aku meninggaI dunia. PukuI 8:45 pagi keluarga aku call suruh balik Johor, tapi diorang tak cakap yang mak dah meninggaI. Diorang cuma cakap mak dah n4zak. Aku kemas beg dan bertolak pada pukuI 9:30 pagi.
Aku ada baby, jadi memang ambil masa sikit nak kemas beg. Family aku call aku balik waktu dalam perjalanan. Makcik aku kata tak sempat. Paklong aku pula kata jangan rushing, bawa kereta elok – elok sebab risaukan kami satu family. Aku masa tu meng4muk dalam fasa penafian sebab aku rasa mak aku hidup lagi walaupun diorang dah cakap mak dah tak ada.
Laki aku tekan minyak kaw – kaw nak bagi aku sempat tengok mak buat kali terakhir. Kitorang cuma stop di R&R Tapah untuk isi minyak dan sambung perjalanan semula. Aku tak tahu apa yang maIang nasib aku pada hari tu, jalan jammed sangat, hujan selebat – lebatnya dari utara sampai selatan. Dengan time tu lah PLUS dok turap tar.
Dalam tengah hari, family aku call lagi, kata tak sempat, diorang nak tanam sebab semua dah siap mandi. Aku kata lah belum Maghrib lagi, petang pun tak sampai. Tunggu lah sekejap. Diorang kata diorang cuba pujuk orang penggali kubvr untuk lambatkan sikit waktu.
PukuI 3:30 diorang call, diorang kata diorang dah cuba lengahkan masa tapi tak boleh. Orang penggali kubvr dan orang yang bantu uruskan jen4zah dah malas nak tunggu, siap kata ada urusan lain. Aku dah sampai di Simpang Renggam dah pun.
Kampung aku di Pontian. Aku minta sedikit masa je lagi. Tapi sampai hati diorang, diorang tanam jugak mak aku hanya sebab malas nak tunggu. The w0rst part is family aku video call aku waktu diorang tanam. Yang tanam semua sepupu dan family aku sendiri. Bukan orang luar. Kenapa diorang tak tunggu sekejap pun?
Aku sampai sekarang tak boleh nak maafkan semua orang. Aku balik pun sebab nak tengok kubvr mak. Kalau tak, aku tak nak hadap pun muka diorang. Aku benci dan d3ndam sebab diorang tak tunggu langsung. Maklong aku, orang Kelantan yang kahwin dengan paklong aku, kata dia pelik dengan orang bandar ni.
Kenapa tak tunggu semua anak beranak balik baru tanam? Kenapa kalut nak cepat siap? Kata maklong, waktu nak solat jen4zah pun tak ada nak tunggu family semua siap ambil wuduk. Tahu – tahu imam dah angkat takbir. Family aku kelam – kabut masuk saf nak solat jen4zah.
Yang saud4ra mara pula datang bergosip, sibuk tanya macam mana arw4h meninggaI. Tak ada seorang pun baca Yassin ke apa. Aku sedih, kecewa sebab tak dapat jumpa buat kali terakhir hanya sebab aku duduk jauh. Aku dah usaha sehabis boleh.
Aku cuma nak civm dan peluk mak aku buat kali terakhir. Kenapa diorang buat aku macam ni? Aku tak akan maafkan orang kampung ke, penggali kubvr ke, semua yang terlibat. Sampai aku m4ti, aku tak akan maafkan. Aku d3ndam dengan korang.
Kalau dah malam aku faham lagi, tapi Asar pun belum masuk waktu. Kenapa tak boleh tunggu sikit je lagi? Aku dah tak jauh. Aku dah sampai Simpang Renggam. Sampai overheat kereta aku. Kitorang p4ksa sampai awal, tapi kecewanya Tuhan je tahu.
Aku cuma nak closure yang terakhir dengan mak aku. Sampai sekarang aku rasa mak aku masih hidup sebab aku tak nampak depan mata. Aku pergi kubvr pun rasa kosong. Aku rasa nak korek je balik tengok. Aku terlalu rindu dekat mak.
Kepada semua yang terlibat, ingat ya. Sampai m4ti aku d3ndam dengan korang dan tak akan maafkan sampai bila – bila. Aku doa korang rasa apa yang aku rasa. – Sarah (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Rosilawati Binti Mohamed : Daripada berd3ndam lebih baik bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana telah menyempurnakan jen4zah mak dengan baik. Allah dah aturkan begitu. Dendam kita yang hidup hanya akan meny4kitkan mak di alam sana. Sebaiknya banyakkan sedekah buat arw4h mak yang Sarah sayang.
Hunny Adra : Maaf ye aku cakap, kau sebenarnya guilt trip diri kau ke? I mean, kau sebenarnya jarang jumpa mak ko lepas kahwin, masa mak hidup jarang jumpa, bila da tak ada, jadi sedih pulak sebab nak tengok kali terakhir? Then gaslight salah pada orang sebab tak tunggu kau, then end up berd3ndam?
Maaf ye. Berdamailah dengan takdir. Masa tengah marah memang sedap taip macam – macam. Nanti da reda, da sejuk, pergi la jenguk kubvr, hadiahkan Al Fatihah untuk arw4h ye. Semoga Allah angkat kesedihan kau dan arw4h di tempatkan di kalangan orang beriman.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.