Bakal kahwin dengan duda anak 2. Saya sengaja cakap buruk pasal bekas isteri. Sekali dia pertahankan bekas isteri. Saya pelik..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Keluarga saya pun tak berapa setuju dengan dia. Mungkin sebab dia duda. Awal – awal lagi keluarga saya letak hantaran 18, dengan set barang kemas, gelang, cincin dan rantai..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya seorang penjawat awam dan kini saya sedang merancang untuk berkahwin dengan seorang duda yang bekerja dalam sektor swasta. Dia mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Saya sayang dia… dan saya juga menyayangi anak – anaknya. Tapi sebagai manusia biasa, saya tak mampu lari daripada rasa cemburu. Kadang – kadang saya rasa seperti saya ini bukan keutamaan dalam hidupnya. Saya terasa seolah – olah hanya “pilihan kedua”, selepas anak – anaknya.

Bila saya tanya pasal kisah silam rumah tangga dia, dia cuma jawab, “Saya yang gagal jadi suami.” Dia tak pernah salahkan bekas isterinya. Pernah sekali, saya gurau mengata bekas isterinya, dia terus tegur saya dengan tenang, “Tak baik cakap macam tu, dia tetap ibu kepada anak – anak saya.”

Dari situ saya mula tertanya – tanya, masih adakah sisa – sisa sayang dia kepada bekas isteri, walaupun wanita itu dah pun berkahwin lain? Dari segi kewangan, gaji dia sekitar RM5,000 sebulan. Tapi komitmen dia memang tinggi: Nafkah anak – anak: sekitar RM1,500 – 1,700. Ansuran rumah (beli): RM1,500. Bayaran kereta: RM700. Buka sekolah setiap tahun: RM2,000. Belanja hari raya: RM2,000.

Dan walaupun dia taklah berduit sangat, kalau ada ahli keluarga dia susah, dia akan tetap tolong juga. Tak kira betapa sempit pun kewangan, dia sanggup bantu. Dia memang jenis yang tak pandai cakap “tidak”. Saya pernah saja cakap ayah saya perIukan RM20,000 untuk rawatan (walhal ayah saya boleh je guna GL kerajaan melalui saya). Saya cuma nak tengok reaksi dia.

Tapi tanpa fikir panjang, dia terus kata, “Pakai sajaIah duit simpanan kahwin kita. Kesihatan ayah lebih penting. Kalau kena tangguh majlis pun tak apa.” Masa tu saya terdiam. Saya mula fikir, kalau inilah per4ngai dia, yang sentiasa melebihkan orang lain, boleh ke saya hidup dengan lelaki macam ni?

Kalau semua orang dia nak utamakan dulu, bila masa giliran saya? Bila masa saya akan jadi keutamaan dia sebagai isteri? Disebabkan gajinya tak cukup untuk semua komitmen, dia sanggup buat macam – macam kerja part time, kadang – kadang ambil job jadi personal shopper, kadang – kadang bawa Grab, kadang – kadang tolong orang pindah rumah, asalkan ada duit tambahan.

Saya tahu dia buat semua tu untuk cukupkan simpanan dan tanggung semua orang. Tapi yang sedihnya, sebab itulah juga kami jarang dapat luangkan masa bersama. Kami tinggal berjauhan, lebih 500km. Dulu, sebulan kami sempat keluar tiga kali: sekali berdua, sekali dengan anak – anak, dan sekali semua bersama. Tapi sekarang, paling banyak pun sekali sebulan.

Kadang – kadang dia datang dengan anak – anak, kadang – kadang hanya kami berdua. Saya tahu dia cuba cari masa… tapi perasaan jauh tu tetap ada. Jauh fizikal, jauh juga emosi. Keluarga saya pun tak berapa setuju dengan dia. Mungkin sebab dia duda.

Awal – awal lagi keluarga dah tetapkan hantaran RM18,000 dan barang kemas (gelang, cincin dan rantai). Dia setuju saja. Sekarang dia mula menyimpan duit kahwin, dan setiap bulan akan bank in ke saya RM500, kadang – kadang lebih, berg4ntung kepada kemampuan dia.

Katanya ini sebagai latihan bagi nafkah selepas kahwin nanti, sebab dia cakap itu saja yang die mampu. Saya tahu dia cuba yang terbaik, tapi dalam hati saya terfikir… kalau dia tak selalu tolong orang lain, sebenarnya dia mampu beri lebih. Tapi sebab dia jenis melebihkan orang, saya yang perlu mengalah.

Bila saya fikir jauh, saya rasa penat… bolehkah saya terus hidup dengan lelaki yang macam ni? Dan satu perkara yang betul – betul buat saya rasa terguris… bila kakak – kakak saya perli dia depan – depan. Contohnya: “Untunglah kau, kahwin dengan orang bujang. Senang hidup kau, anak – anak pun ada orang jaga nanti.”

Sindiran tu jelas – macam saya ni bakal jadi pengasuh anak – anak dia. Tapi dia? Diam. Langsung tak tunjuk reaksi. Wajah dia tenang macam tak ada apa – apa. Bila saya tanya kenapa dia diam bila kena perli macam tu, dia cuma jawab: “Kalau awak boleh terima saya, anak – anak saya, dan per4ngai kami, takkanlah saya tak boleh sabar dengan per4ngai keluarga awak?”

Dan dari jawapan tu, saya jadi tertanya – tanya. Dia ni berhati batu ke? Bila orang perli, langsung tak terasa? Takkan tak ada maruah? Takkan tak ada perasaan langsung? Saya tak harap dia bangkit marah. Tapi bila sesuatu meny4kitkan, takkan tak terusik langsung?

Macam mana saya nak hidup dengan lelaki yang terlalu tenang, sampai saya sendiri tak tahu – dia ni kuat, atau dia sebenarnya tak rasa apa – apa? Sekarang saya sem4kin keliru. Cukupkah kemampuan dia untuk tanggung saya nanti? Mampukah saya bahagia kalau saya terus rasa seperti orang kedua dalam hidupnya?

Boleh ke saya hidup dengan lelaki yang terlalu utamakan orang lain, sampai keperluan dan emosi pasangan sendiri terabai? Kenapa dia masih menyimpan rahsia tentang kisah silamnya? Kenapa setiap kali saya sentuh isu bekas isteri dia, dia tenang sangat… masih mempertahankan?

Kenapa bila orang perli dia, dia langsung tak terasa? Tak terusik pun? Saya tak minta kemewahan. Saya cuma nak tahu… adakah saya sedang bina masa depan dengan lelaki yang betul, atau sedang menempah perjalanan yang penuh dengan peng0rbanan emosi dan jiwa yang terabai? Mohon doakan saya buat keputusan yang tak meny4kitkan diri saya sendiri di kemudian hari. – Rina atilia (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nurul Hazwani : Jujurlah saya nak cakap.. bukan dia yang tak sesuai dengan sis tapi sis tu yang tak sesuai dengan dia. Dah la keluarga sis pun jenis t0ksik. Belum apa – apa da sindir – sindir. Perempuan ni memang complicated kan. Lelaki tu baik.. jenis tak berkira, jenis bertanggungjawab… pun salah jugak.

Dia tu duda… so memang anak – anak la yang pertama dalam hidup dia. Sis hanya no 2. Kahwin dengan duda ada anak ni. Sis kena set kat otak tu, sis tak mungkin menjadi yang utama dalam hidup si duda tu sampai bila – bila. Kalau nak bahagia bersama dia… sis kena redha. Kalau tak, sis cari bujang aje la.

Azira Hanani Ab Rahman : Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Saya percaya dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Bukti dah ada depan mata. Tak burukkan bekas isteri, tetap membela bekas isteri daripada diburukkan oleh orang lain, berusaha untuk tunaikan nafkah sebagai seorang bapa walau dah bercerai, tak kedekut. Sis nak orang yang macam mana lagi? Kalau anda tidak dapat menjadi pasangannya yang baik, lepaskan dia untuk dia mendapat wanita yang baik.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.