
Suami sebesar zarah pun tak tolong jaga anak, kerja rumah. Sampai aku str3ss cari skandal dekat luar. Aku cuba gembirakan hati aku dengan lelaki lain. Aku tipu cakap aku bujang..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Anggur, umur awal 30-an, sudah berkahwin dengan Orange dan mempunyai seorang anak yang comel. Aku sudah berkahwin selama 5 tahun dan sepanjang 5 tahun perkahwinan kami, suami isteri tersangatlah bahagia bersama anak kami.
Namun, asam garam rumah tangga bermula tahun lepas. Suami aku jarang membantu aku menguruskan rumah, menguruskan anak dan kerap bermain game sehingga lewat pagi. Bila bangun pagi, cakap letih, tidur lambat, nak pergi kerja bagai. Eh, siapa suruh tidur lambat?
Aku tak salahkan kawan – kawan dia yang ajak main game sebab itu dari diri dia sendiri, bukan p4ksaan kawan – kawan dia. Kami kerap berg4duh sebab masing – masing penat, tak cukup tidur, bertambah dengan anak yang kerap tantrum membuat aku tekanan.
Aku kerap marah, baran dan tengking Orange. Pada awalnya, Orange hanya buat tak tahu, tapi lama – kelamaan egonya tercabar dengan kata – kata dan herdikan aku. Kami berg4duh dan aku meluahkan semuanya. Aku penat uruskan semuanya sendiri tanpa bantuan dia.
Kalau makan di kedai atau di majlis keramaian pun, betapa strugglenya aku dengan anak buat per4ngai, tapi Orange boleh bermak leha makan slow motion macam tiada apa berlaku. Aku pernah pesan pada Orange, bila ada anak ni kena cergas.
Sesudah dia, aku pula, atau sesudah aku, dia pula. Tapi macam biasa lah, hari ni cakap esok jadi balik. Aku pendekkan cerita. Perg4duhan kami berlanjutan hampir setahun dan kisahnya, d0sa besar aku bermula pada Januari 2025 lalu, bila aku burn out dengan emosi, anak, rumah dan dia yang sebesar zarah pun tidak membantu.
Aku cuba gembirakan hati aku dengan chat salah seorang lelaki yang dah lama aku follow, dia di kotak hitam bernama Honeydew. Kami berkenalan dan dia tidak tahu aku isteri orang. Dari ke kotak hitam, terus ke kotak hijau dan berbahagialah aku dalam d0sa.
Orange? Macam biasa, tak ambil tahu pun. Dia busy dengan “kerja, penatlah, game tengah on ni, letihlah, nak tidurlah”. Berlarutan dari Januari 2025 sampailah ke bulan Ramadan lepas. Kami bahagia dalam talian. Honeydew ni dari perwatakkan luaran tidaklah nampak lelaki yang baik, dengan rambut per4ngnya, dengan gayanya, dan dia mengaku solat pun tidak. Hmmm.
Tapi dia soft spoken dan good listener. Tapi aku tak pernah cerita pun masalah aku pada dia sebab dia tak tahu aku isteri orang. Dia jatuh cinta pada aku dan aku pun sama. 18/3/2025, pertengahan Ramadan, Orange dapat hidu aku bersenyum – senyum memandang telefon dan dia mer4mpas.
Maka kantoilah, tapi tidak semuanya kerana aku bergelut mer4mpas semula dan aku berjaya padam bukti. Aku menafikan. Aku mengatakan aku tidak curang, tapi aku sekadar suka – suka mengisi masa lapang aku. Orange hanya sempat baca beberapa WhatsApp daripada Honeydew.
Sejak kejadian itu, Orange berubah 360°. Dia katakan, adakah kerana sikap dia aku berkelakuan begitu dan kami berbincang dari hati ke hati. Orange minta aku stopkan hubungan aku dengan Honeydew dan dia berjanji akan sama – sama menguruskan hal rumah, anak dan semuanya.
Sejak kejadian itu, kami hari – hari solat berjemaah dan Orange m4kin kerap bantu aku uruskan rumah. Tapi aku tidak dapat stopkan hubungan aku dengan Honeydew sebab aku mula jatuh hati pada dia. Dan sukar untuk aku jelaskan pada dia siapa aku sebenarnya setelah hampir 4 bulan berhubung.
Ya, aku berd0sa besar. Aku curang. Aku berhubung dengan lelaki lain tanpa pengetahuan Orange. Aku cuba jauhkan diri sedikit demi sedikit daripada Honeydew dan dia perasan perubahan itu. Honeydew minta penjelasan dan nak lebih serius dengan aku.
Tapi gaiss… Semalam, aku kantoi lagi. Orange dah tahu segalanya. Dia dah baca semua conversation aku dengan Honeydew. Orange menangis semahu – mahunya. Aku biarkan dia marah, lepaskan apa yang terbuku di hati dia. Aku rela kalau aku dipukuI sekalipun. Aku duduk di kakinya. Aku minta maaf tapi dia dah tak percayakan aku lagi.
Pagi ni… aku nampak muka taw4r hati Orange. Muka orang yang dah tiada perasaan. Aku sempat bertanya pada dia pagi tadi sesudah Subuh, apakah dia masih boleh maafkan aku dan bagi aku peluang terakhir. Aku salam dan civm tangannya.
Orange kata, “Kalau Biy yang curang, agak – agak sayang boleh terima tak?” Dia suruh aku buat solat taubat, minta ampun dengan Allah. Dia keluar terus pergi kerja. Aku tahu aku akan kena m4ki dengan korang semua. Ya, aku tahu curang itu pilihan dan berd0sa besar. B0dohnya aku! – Anggur (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nur Husna Azim : Kalau ada masa nak curang, anda tidaklah sesibuk mana dengan anak. Maksudnya , tak penat pom. Rutin ibu – ibu yang sibuk adalah bangun awal siapkan anak – anak. Tambah lagi dengan kelam kabut anak berdrama lagi. Baru pecut pergi kerja.
Kerja – kerja sibuk tak sedar pukuI 6 petang, makanya kelam kabut si ibu siapkan semua kerja dan balik ambil anak. Then masak lagi, layan karenah anak lagi. Tup – tup pukuI 10 si ibu dah terlelap. Esok ulang rutin sama.. HP? PukuI 10 baru nak scroll dah tido. So macam mana anda ada masa nak curang?? Kita ni takde masa nak burnout, pikir nak tido je. Inikan pula ada masa nak curang?
Yesmina Butik Bmc : Ko sedih sebab kantoi teruk je. Dulu penah kantoi dah, bukannya ko insaf pun. Jadinya padan muka, hadap je lah nak kena apa pun pasni. Sibuknya hidup dia katanya urus keluarga laki tak tolong tapi sempat plak melayan sampai jatuh – jatuh cinta la bagai.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.