
Perempuan itu marah saya dan suami. Dia merayu suami untuk tidak memutuskan hubungan dengannya. Perempuan itu sudah ada tunang. Sejak dari hari itu, berbulan – bulan saya kemurungan, tak lalu makan. Dari gemuk jadi kurus..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi semua.. Saya seorang isteri yang bekerjaya dan mempunyai seorang anak. Suami saya juga bekerjaya. Kami sudah 12 tahun berkahwin. Pada mulanya kehidupan kami sangat bahagia. Biasalah, perkahwinan m4kin lama m4kin kurang spark.
Masing – masing sibuk dengan kerjaya yang sem4kin meningkat naik. Tahun lepas suami dinaikkan pangkat dan sem4kin sibuk. Alhamdulillah, rezeki kami m4kin baik. Mula – mula berkahwin dulu memang kehidupan kami susah. Pernah suatu masa kami tiada duit nak beli beras dan makanan.
Kebetulan suami masuk pertandingan sukan dan berusaha untuk menang pertandingan tersebut dan dapatlah duit dan ada la makanan sementara menunggu gaji. Jika difikirkan semula kini, saya sangat bersyukur dengan rezeki sekarang.
Sesuatu bermula awal tahun lepas. Suami saya curang dengan rakan sekerja. Saya dapat tahu bila suami mengakuinya. Dia beritahu tidak sanggup lagi menipu saya. Dia minta maaf kepada saya setelah rasa bersalah kepada saya. Dia beritahu saya dia ber-WhatsApp dengan perempuan tersebut sudah hampir 3 bulan.
Kemudian dia tidak dapat meneruskan kerana merasa bersalah dengan saya. Pada mulanya dia seronok bila ada perempuan yang ingin mendekat dan bercinta semula seperti remaja. Pada suatu hari, dia rasa bersalah dan berusaha untuk memberitahu saya. Dia meminta maaf sambil menangis.
Saya sebagai seorang isteri merasa sangat sedih dengan apa yang berlaku. Suami saya beritahu dia menyesal dan banyak kali ingin memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Namun perempuan itu marah dan mengugvt akan memberitahu majikan dan rakan sekerja yang lain.
Suami pada mulanya melayan untuk suka – suka sahaja. Sejak dari itu suami selalu sedih dan risau. Saya sebagai isteri selalu bertanya kenapa sedih. Dia hanya diam. Sehinggalah suatu petang dia luahkan semua kepada saya. Saya apa lagi, menangis dan terus menyepikan diri selama berminggu – minggu.
Saya sangat sedih sebab suami curang dengan perempuan lain. Suami beritahu saya dia sudah memutuskan hubungan dengan perempuan itu. Suami mengajak saya berjumpa dengan perempuan tersebut. Perempuan itu marah saya dan suami.
Dia merayu suami untuk tidak memutuskan hubungan dengannya. Perempuan itu sudah ada tunang. Tapi suami berterus terang depan perempuan itu bahawa dia masih sayangkan saya dan anak. Dia minta maaf sebab melayan perempuan itu sebelum ini.
Saya bertanyakan kepada suami dan perempuan tersebut adakah mereka pernah terlanjur. Jawapannya tiada. Mereka bercinta untuk suka – suka sahaja. Sejak dari hari itu, berbulan – bulan saya kemurungan dan hilang selera makan. Badan yang gemuk sem4kin kurus.
Suami juga setiap hari meminta maaf dan melayan saya dengan baik. Dia berusaha untuk menggembirakan saya semula. Sebelum ini dia tak pernah beri saya bunga, kini setiap kali gaji dia akan belikan saya bunga. Sebab dia tahu saya sangat suka bunga.
Dia meminta maaf sebab dia tidak romantik. Dia tidak sanggup menipu saya lagi. Dia sudah putuskan hubungan dengan perempuan tersebut. Perempuan itu juga sudah berkahwin dengan tunangnya. Suami juga telah menukar nombor telefon.
Suami sanggup berpindah jika itu dapat melegakan hati saya. Tapi saya tetap diam seribu bahasa. Makan tiada selera, keluar dengan kawan – kawan juga sem4kin jarang. Saya balik kerja, masak, kemas rumah dan tidur. Mujur juga anak kami sudah darjah 6 dan pandai menguruskan diri sendiri.
Suami merayu – rayu meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya masih tidak pasti dengan diri sendiri. Saya sedih dan menangis hampir setiap hari. Dalam masa yang sama saya masih sayangkan keluarga kami dan suami.
Suami memang seorang yang baik sebelum ini. Juga seorang ayah yang baik kepada anak saya. Tapi selalu orang cakap cheater always a cheater. Saya takut saya dikecewakan semula. Adakah ada orang yang curang akan berubah? Adakah suami saya hanya memujuk saya sebab takut kehilangan saya? Saya buntu dengan perasaan sendiri.
Tapi saya sangat suka dengan suami saya sekarang. Sudah pandai memujuk, sudah pandai membuat surprise dan berusaha membuat saya gembira semula. Tapi dalam masa yang sama, saya takut dikhi4nati semula. Bila mengimbas semula susah payah kami selama ini, saya sangat sedih dan kecewa.
Adakah saya perlu memberi peluang semula kepada suami? Saya masih sayangkan dia. Tapi saya sangat takut dikhi4nati. Saya kini tetap melayan suami tapi lebih banyak diam daripada ceria seperti sebelum ini. Saya dulu jarang bersolek, kini m4kin menjaga penampilan diri.
Saya dari seorang yang gemuk kini bertubuh langsing. Suami sendiri pun selalu memuji. Saya semenjak dikhi4nati berubah menjadi lebih sayang diri sendiri. Sebelum ini saya berk0rban macam – macam untuk keluarga. Saya juga berpindah tempat kerja dan dinaikkan pangkat.
Suami pula m4kin baik dan romantik dengan saya. Tapi saya masih seperti biasa melayan suami dan sudah tidak ceria. Setiap kali saya tidak berhenti memikirkan ayat – ayat dalam WhatsApp suami dan perempuan itu. Walaupun suami telah berkali – kali meminta maaf, saya masih sedih dan tr4uma dengan perkara itu. Saya juga takut kehilangan suami saya. Saya masih sayangkan dia. Tapi tr4uma ini sentiasa mengh4ntui saya. Betulkah lelaki yang curang boleh berubah? – Anggerik (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nadin Mas
Orang bertakwa je yang tak akan menipu dan curang. Kalau suami puan ada ciri-ciri org bertakwa maksudnya lepas buat salah, bertaubat, merubah diri dengan buat banyak kebaikan, rendah hati dan meninggalkan keburukan diri. Insya Allah dia tak akan sanggup tipu lagi bukan sebab isteri tapi sebab dia takut akibat yang perlu ditanggung di akhirat kelak. Tapi kalau masih ego, malah menyalahkan isteri atas kecurangan diri sendiri. Sendiri mahu ingat tak mustahil berulang lagi. Puan, bila buntu tak tahu nak buat apa. Pilihlah buat apa yang Allah suka. Semoga bersabar dgn ujian.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.