Lepas dapat anak kedua, anak sulung umur 4 tahun berubah. Dia pandai melawan, baIing barang. Satu hari, dia minta aku lukis gambar jam..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Semalam paling sedih bila aku ingat, aku tengah tidurkan adik, dia nak perhatian juga. Aku suruh dia tidur, dia taknak dia duduk je dia cakap nak tidur dengan ibu. Aku marah dia. Dia tidur dalam keadaan sedih..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, gelarkan aku ibu je tau. Malam ni aku nak cerita tentang anak sulung aku, umur dia sekarang dah 4 tahun dan baru je ada adik umur 4 bulan. Anak sulung aku masa kecil dulu sangat baik, tak meragam langsung, dia macam faham ibu ayah dia pjj.

Aku sayang sangat anak aku, ye la anak kan, dah macam nyawa kita sendiri. Bila dia dah besar sikit, dia masih anak yang baik, takde meng4muk kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Kalau pergi beli toys, aku suruh ambil 2 atau 3 mainan pun dia akan ambil satu je.

Kalau dia suka yang lain dia takkan ambil dua – dua, dia akan pilih salah satu yang paling dia suka. Dia baik je, tak banyak ragam. Sebenarnya terlalu banyak cerita aku nak luahkan tapi aku cerita yang aku mampu saja ya. Aku masih ingat renungan dia bila aku sibuk pegang handphone sebab tengah layan customer, pandangan dia sayu je.

Dia tak meng4muk tau nak perhatian, dia tak panggil pun aku tapi dia tengok je aku, sayu je pandangan dia. Lepas aku perasan dia tengok tu terus aku letak handphone pergi main dengan dia. Aku pendekkan cerita, Masa aku tengah sarat mengandung anak nombor 2, suami pula kerja jauh, suami aku kerja bidang Oil & Gas, selalu kena outstation.

Kadang – kadang aku ikut suami aku bila dia kena kerja jauh. Tapi lepas anak aku dah masuk tadika, kami dah tak ikut ayah dia pergi kerja dah. Masa aku sarat mengandung, alahan teruk, emosi aku memang tak menentu selalu marah anak aku, tapi aku akan pastikan ada masa untuk main dengan dia, sebelum tidur kami akan berbual dulu, dia akan tanya macam – macam.

Bila ada adik, semua berubah. Aku dah start selalu marah – marah dia sebab dia bising masa adik tidur, dia meng4muk nak main dengan aku bila aku tengah sibuk buat kerja lain atau tengah dukung adik dia, adik dia memang sentiasa nak kena dukung kalau tak dia menangis.

Aku dah tak berbual dengan dia sebelum tidur sebab nanti adik dia terjaga kalau bising, padahal tu rutin dia sebelum tidur. Anak sulung aku member0ntak, sebab aku selalu marah dia, kadang – kadang cubit dia. Dia dah pandai melaw4n, cakar dengan cubit aku bila dia nak apa – apa. Dia jadi pemarah, dia mudah meng4muk, bila dia jadi macam tu aku m4kin marah, aku marah dia, marah sangat.

Aku ganti perhatian dan kasih sayang aku dengan bawa dia pergi beli makanan dia nak, lepas balik sekolah dia nak pergi makan apa aku bawa je, beli mainan yang dia suka. Aku anggap aku dah tak payah bagi perhatian sangat sebab dah bagi apa yang dia nak.

Semalam paling sedih bila aku ingat, aku tengah tidurkan adik, dia nak perhatian juga, aku suruh dia tidur dia taknak dia duduk je dia cakap nak tidur dengan ibu. Aku marah dia, ya Allah padahal dia nak perhatian aku je. Semalam dia tidur dalam keadaan sedih sangat.

Bangun je hari ni lepas balik sekolah per4ngai dia lain sangat, dia jadi degil sangat – sangat sebelum ni degil juga tapi hari ni aku tengok anak aku lain sangat. Dia jadi macam sinis je, dia tak panggil aku, aku cakap apa – apa dia buat tak tahu. Last – last dia marah aku, dia cakar aku tapi aku macam buat tak tahu, aku tak marah dia sebab aku tahu aku punca semuanya.

Sebelum ni anak aku tak faham apa aku ajar, aku marah dia aku tinggi suara. Rupanya baru hari ni aku sedar, aku bukan marah dia je, aku lepaskan geram dengan masa lalu aku, aku belajar sampai masuk IPTA tapi aku selalu rasa aku gagal, aku tak berguna, takde orang sayang aku pun.

Rupanya aku marah dia sebab tr4uma aku yang lepas, aku jadi terlalu sensitif. Bertambah pula ada adik, aku lagi penat, lagi macam nak lari dari semua ni, semua bercampur dalam kepala aku dalam satu masa. Masa nak tidur tadi, dia nak aku lukis jam untuk dia, aku cakap kejap lagi sebab nak tidurkan adik dulu.

Dia marah dia hempas barang aku buat tak tahu, aku sabar je, aku nak layan dia elok – elok sebab aku sedar semua salah aku. M4kin aku marah dia m4kin dia member0ntak. Lepas adik dia tidur, aku lukiskan jam, aku boleh tengok reaksi dia memang happy sangat.

Dia siap cakap sorry ibu, saya marah ibu. Aku pun minta maaf juga dengan dia. Aku dengan dia berbual macam dulu – dulu, aku boleh rasa aku dapat balik anak aku yang macam dulu. Dia cakap i love u ibu, saya sayang ibu. Aku nangis tau sebab aku sedar semua salah aku. Anak sulung aku bukannya nak mainan mahal – mahal, bukannya nak makan makanan sedap – sedap, dia cuma nak perhatian aku, dia cuma nak ibu dia yang dulu. – Ibu (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Wan Nur Ehsaniah Al-saufi : Aku ada terbaca ada orang nasihat, waktu macam ni beri perhatian pada anak sulung dulu, utamakan dia dulu. Sebab si baby belum pandai lagi nak beremosi, tapi yang sulung dah reti. Jadi kena jaga perasaan dia dulu.

Nanti dia akan jadi elok dan kita pun mudah nak jaga anak – anak, dan dia akan sayang pada adik dia. Aku buat macam ni, Alhamdulillah si kakak sangat sayang pada adik dia. Siap boleh ringankan beban aku jaga adik. Kalau dia buat apa – apa yang baik macam tolong ambil pampers adik contohnya, aku mesti puji dia.

Puji dia depan orang ramai. Cuba lah buat, nanti dia sendiri akan behave dan akan tolong kita tanpa suruh, dan sayang pada adik dia. Sebab dia rasa dihargai oleh ibu dia. Aku pun berjauhan (PJJ)… memang kadang – kadang str3ss, tapi dengan adanya si kakak, Alhamdulillah banyak membantu. Jangan lupa bagi rew4rds juga pada yang sulung. Dan bagitahu kenapa. Budak – budak ni bijak, bila kita explain, mereka faham.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.