Isteri aku cikgu sekolah SMK. Dah 5 tahun masih takde anak. Setiap kali isteri bagi alasan penat. Aku ni kerja doktor patut lagi penat

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Setiap kali g4duh, isteri akan keluar baran dia. Segala sumpah seranah keluar, siap cakap aku mandul, minta cerai dan macam – macam lagi. Bila mood okay memang sampai menangis – nangis minta maaf sebab buat per4ngai..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, maaf ye perkongsian ini agak panjang sikit. Aku seorang lelaki, umur 32 tahun, pekerja kontrak dekat hospitaI kerajaan. Isteri aku pula 33 tahun, kerja sebagai cikgu sekolah menengah kebangsaan.

Masalah aku ni mungkin orang lain pun ada juga kot. Sebab tu aku perlu luahkan dekat sini, mana tahu dapat jalan penyelesaian. Kami dah berkahwin dalam lima tahun dah tapi masih belum ada rezeki untuk ada anak. Dah buat ujian kesuburan semua, memang sperma aku borderline rendah.

Isteri dah buat ultrasound semua normal, cuma rahim dia tu ke belakang sikit, retroverted. Kalau ikutkan memang posisi tu susah sikit nak lekat. Masalah kami ni adalah isteri aku jenis yang panas baran dan kurang sabar. Silap sikit pun boleh jadi g4duh.

Memang dulu pernah kantoi aku ada main aplikasi dating tapi aku dah berhenti bertahun dah dan dia pun dah maafkan lama dah. Tapi per4ngai dia dari dulu sampai sekarang tak berubah, dan bila berg4duh memang segala sumpah seranah keluar, siap cakap aku mandul, minta cerai dan macam – macam lagi.

Kami pernah buat rawatan susulan untuk dapatkan anak, itu pun separuh jalan sebab isteri nak berhenti disebabkan oleh perg4duhan. Kemudian bab bersama pula, isteri memang kurang bab tu. Walaupun aku dah minta banyak kali, sebulan nak dapat sekali pun susah. Yang diberi macam – macam alasan – penat, mengantuk, pening kepala dan sebagainya.

Padahal kalau ikutkan letih, aku lagi letih bekerja. Memandu pergi balik dah sejam, belum campur jem. Balik petang kadang – kadang Maghrib baru sampai rumah. Belum masuk lagi kena oncall. Tapi dia balik kerja dalam pukuI 3 petang macam tu, hujung minggu pun free.

Bab masak pula, aku memang beri kebebasan pada dia. Kalau nak masak, silakan. Kalau tak, memang aku akan beli makanan bungkus atau makan luar. Selalunya memang macam tu la, jarang sangat dia masak. Nak kata aku tak tolong buat kerja rumah, tak juga. Aku buat je semua.

Walaupun balik kerja, aku akan selesaikan semua macam, basuh pinggan, gosok baju, buang sampah, semua aku buat sendiri. Nak kata aku tak jaga badan, tak juga. Aku memang pergi gym sekurang – kurangnya dua tiga kali seminggu atau buat senaman di rumah.

Makan minum pun aku jaga semata – mata nak nampak fit untuk dia. Tapi entahlah… Aku pernah juga ajak pergi jumpa kaunselor untuk baiki hubungan kami tapi dia tak nak dengan alasan tak bersedia nak buka masalah kami pada orang lain.

Dia pun sedar masalah panas baran dan kurang sabar tu. Mak dia pun selalu pesan pada dia supaya hormat aku sebagai suami dan jangan berkasar. Tapi benda tu akan elok sekejap je, lepas tu jadi balik segala g4duh tu. Kadang – kadang bila berg4duh, memang akan jadi sunyi rumah tu sampai berhari – hari sampailah aku pujuk dia balik.

Aku yang kena beralah tak kisah lah kalau punca dari dia sekalipun. Aku buntu sekarang. Nak ceraikan dia tapi aku masih sayangkan hubungan ni. Lagipun satu keluarga dia aku rapat, semua baik – baik dengan aku. Tapi aku pun nak merasa dapat anak sendiri, zuriat sendiri.

Tapi dengan keadaan macam ni, aku tak rasa boleh dapat anak dengan mudah. Kawan – kawan aku yang kahwin lagi lambat dari aku pun semua dah ada anak. Mak ayah pun dah banyak kali tanya bila lagi giliran kami. Hurmmm. Alhamdulillah, setakat ni solat lima waktu aku dengan isteri memang kami jaga betul – betul.

Cuma yelah, bab solat malam tu masih kurang lagi. Bab percutian pula, memang aku akan cuba cari waktu lapang aku semata – mata nak luangkan masa dengan dia. Aku bekerja sebagai doktor, dia cikgu. Walaupun dia dah kerja lapan tahun, aku baru kerja lima tahun tapi alhamdulillah gaji aku lebih besar dari dia.

Soal makan, bil dan semua aku yang tanggung. Gaji dia, dia guna untuk bayar kereta dia dan bil telefon dia. Satu sen pun aku tak sentuh. Jadi bukan sebab gaji atau apa – apa. Dia pun bila tengah dalam mood yang okay memang sampai menangis – nangis minta maaf sebab buat per4ngai macam – macam tu. Tapi okay lah sekejap je, lepas tu jadi balik.

Dia dah pernah berurut kampung juga dulu. Kakak tukang urut tu cakap rahim dia memang ke bawah sikit dan dah betulkan juga. Soal jamu tu dulu pernah la makan sekejap lepas tu dia berhenti sendiri. Jadi yang makan suplemen untuk kesuburan sekarang ni aku sorang je.

Komen Netizen :

Naquiddin Kamrozzaman : Better ko blah sebelum dapat anak. Aku rasa bini ko ni narcist, orang je nak kena faham kepenatan dia. Dia anggap penat suami ni macam remeh. Ramai je perempuan acah – acah poyo terpaling penat kerja, walhal rumah sekangkang kera dengan tempat kerja.

Pastu bagi alasan memerah otak lagi penat dari perah keringat. bullshit!! Ko punya sayang kat bini tu insyaallah boleh hilang bila ko kenal orang baru. Dapat pulak yang jenis nalarekek bagi ko layanan macam kedai mamak, pantang order terus dapat. Tapi kalau ko nak tempah slot wad giIa, boleh teruskan dengan perkahwinan t0xic ko tu. Orang kata ada surat giIa mudah masuk syurga.

Anonymous member 145 : Bab anak tu takboleh nak buat apa, kena minta dengan Allah. Saya dan suami kahwin 8 tahun dah, buat ivf dan mengandung anak kembar, tapi lahir tak cukup bulan. Dua – dua meninggaI bulan 1 haritu. Dah nama bukan rezeki lagi huhu kena kuat, jangan putus asa berdoa.

Bab panas baran, saya pun teruk macam your wife juga, mulut tak boleh control time marah, semua binatang or m4ki hamun keluar. Tapi saya berubah sendiri lepas 2 – 3 tahun kahwin sebab suami saya tunjuk contoh yang sangat baik. Suami saya tak pernah sekali sebut bukan – bukan or jauh sekali nak sumpah seranah, kerja dia senyum, gelak je walau keadaan dan situasi tu bagi saya melampau yakmat.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.