Suami pentingkan kawan kerja perempuan. Sanggup ambik cuti tinggalkan aku baru bersalin. Tiba-tiba aku sesak nafas teruk, masuk hospitaI

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku halang suami pergi sampai berg4duh dan akhirnya suami pergi jugak. aku call boss suami, aku terk3jut dengar alasan dia. Hari tu jugak aku sesak nafas. Hanya ada aku dengan baby. Dengan bantuan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai. Nama aku Zila. Usia biarlah menjadi rahsia. Aku dah berkahwin dan ada 2 cahaya mata. Aku seorang wanita berpelajaran. Graduan sebuah universiti terkemuka dalam bidang pentadbiran. Pernah dilamar kerja oleh beberapa syarik4t dengan position yang agak menarik tapi aku tolak atas sebab – sebab tertentu.

Jom aku mulakan kisah aku. Aku berkahwin dengan lelaki pilihan hati direstui oleh family aku. Sepanjang perkenalan dah banyak yang jadi sampai aku dah taw4r hati taknak kahwin. Tapi biasalah. Lelaki. Sebelum dapat dia sanggup buat apa saja walaupon terp4ksa b0dohkan diri tunggu aku setiap hari depan office aku.

Atas usaha dia pada ketika itu untuk dapatkan aku akhirnya dia berjaya. Aku berkahwin dengan dia. Biarlah aku namakan dia sebagai Am. Untuk tahun yang pertama aku rasa agak bahagia. Walaupon hubungan jarak jauh. Dia di Shah Alam dan aku pula di Melaka. Tapi semua musn4h bila kami tinggal sebumbung.

Untuk pengetahuan korang aku bukanlah perempuan yang kuat cemburu. Cuma ada benda yang memang aku dah cakap dari awal aku tak suka so tolong jangan buat. Simple. Sebab dia pon dah berjanji. Dah bersumpah takan buat. Sampai lah satu hari kantoi.

Dia sibuk ikut kawan perempuan dia pergi makan. Bila aku bising alasan dia kawan ajak teman. Menyirap aku dengar jawapan tu. Sebab dari awal aku dah cakap aku tak suka perempuan tu. Adalah sebab aku kenapa aku tak suka. Tapi biasalah lelaki. Dia hanya pandai berjanji dan bersumpah pada ketika itu. Lepas tu dia buat.

Start dari kejadian tu kami kerap berg4duh. Tapi aku masih bagi peluang. Tapi per4ngai dia kian menjadi. Skandal dengan janda. Siap shopping untuk janda nih. Padahal nafkah aku pon kadang- kadang bagi kadang – kadang tidak. Contact ex-grilfriend dan macam – macam lagi la.

Sebelum tu dia nih workaholic. Dalam sebulan 30 hari dia kerja. Maklumlah shareholder dalam company tu nanti memang diorang nak tukar ke nama dia kan. Sebab tu masa dengan anak isteri pon tak ada. Kan? Itupon kalau company dia bermurah hati sangat la.

Bertahun kerja gaji masih ditaraf B40. Tapi aku bersyukur. Cuma kadang – kadang muak bukan sebab duit tapi lebih kepada attitude. Okay, aku jelaskan di mana punca aku nekad nak bercerai dan hanya menunggu masa yang sesuai. Kejadian berlaku ketika aku berpantang. Dia sibuk nak ajak perempuan tu ikut program dia dengan alasan kawan suruh.

Aku okay kalau kawan dia yang ajak. Tapi aku tak boleh terima bila dia yang chatt ajak. Mana aku tau? Aku dapat screensh0t conversation dia. Clear nombor telefon dia. Ya kami berg4duh. P3rang. Aku benci. Sungguh aku benci. Tapi mengenangkan anak aku masih kecil aku pendamkan rasa amarah dan benci yang membuak – buak.

Kemudian jadi lagi peristiwa di mana si Am nih berjanji dengan aku tak akan join mana – mana program yang ada perempuan tu. Tapi akhirnya janji tinggal janji. Dia lagi rela ambil cuti untuk ikut program company dia dari spend time dengan aku dan anak – anak.

Bayangkanlah ya ketika aku tengah pantang dia tak boleh ambik cuti lebih sikit alasan banyak kerja. Company memerIukan dia. Tapi akhirnya dia boleh cuti hanya untuk program company dia. Sabar dan sayang aku yang menipis kian menipis.

Sampailah dikemuncak aku didiagnose influenza B. Seluruh tubuh badan tak berdaya. Tapi dia boleh tinggalkan aku dengan anak – anak dia yang masih kecil untuk meeting di Johor tanpa sedaikan pembantu pada kami. Alasan dia, kawan dia tak akan pergi kalau dia tak pergi.

Malam tu kami per4ng lagi. Dan akhirnya pagi tu dia pergi jugak. Hati aku h4ncur. Sebab bagi aku dia lelaki yang tak guna. Tak ada langsung rasa kesian dan sayang pada anak dan isteri. Aku s4kit hati. Aku call boss dia. Jawapan boss dia keputusan staff dia untuk pergi tu dia anggap rasional dan dah mengambil kira semua faktor termasuk keluarga.

Biasalah. Boss kan? Apa yang menjadi advantage pada company semua dianggap rasional. Tau apa jadi pada hari dia pergi? Aku sesak nafas. Oksigen aku drop. Bertahan hanya berbekalkan inhealer. Seluruh badan aku lemah dan rasa kebas. Aku tak mampu uruskan anak sewajarnya.

Sehingga kawan aku bawak aku ke klinik. Keadaan aku elok buat beberapa jam. Kemudian esoknya aku jadi lagi teruk. Kali nih kami decide nak ke hospitaI. Alhamdulillah selepas beberapa proses rawatan alhamdulillah aku sem4kin okay walaupon masih lemah.

Dan bermula kejadian tu aku tekad untuk berpisah. Aku dah tak mampu untk terus bersama. Sebab hati aku h4ncur. Aku rasa akulah manusia paling b0doh sebab masih beri dia peluang sebelum nih. Dan sekarang aku dalam proses memfailkan perceraian.

Aku nekad. Cukuplah selama nih hidup aku h4ncur. Aku dah tak nak kena mental t0ture. Sebab bila aku tak boleh control emosi aku mula la aku digelar perempuan giIa. GiIa mer0yan. Dan aku sangat excited untuk berpisah. Kepada boss En Ghaus yang terpaling rasional tu saya ucapkan selamat maju jaya.

Semoga nanti tuan tak diuji dengan kata – kata tuan. Saya ikhlas untuk infaqkan staff tuan yang kononnya hero company untuk kegunaan seluruh organisasi. Saya faham. Dia menggalas tanggungjawab yang sangat berat dalam organisasi sehingga terp4ksa memilih untuk meletakkan anak dan isteri pada kedudukan paling terakhir.

Dan kepada Am, suami yang selalu menganggap kehadiran saya nih bukanlah sesuatu yang penting dalam hidup awak. Saya doakan awak maju jaya. Lepaskan saya dengan mudah agar awak mampu focus pada kerjaya awak. Kita mungkin ditakdirkan untuk bertemu tapi takdir pertemuan kita tidak kekal buat selamanya.

Terima kasih buat korang yang sudi membaca kisah aku. Maafkan aku adai ada tersalah dalam penulisan kali nih. Doakan aku success dalam career aku dan doakan aku berjaya membesarkan anak – anak aku. Aku tidak menolak jodoh yang akan datang.

Tapi andai betul ada jodoh lagi doakan aku dapat suami yang menyayangi aku dan anak – anak aku. Dapat membimbing kami. Dan merasakan kami penting dalam hidup dia. Sampai jumpa lagi.. Assalamualaikum.. – Zila (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Aisyah Afrina Hamiza Reduan : Dia memang da biasa menggatal la dari cerita awak ni. Saya doakan awak di mudahkan segalanya. Dari hal – hal bab anak. Hal – hal pekerjaan. Juga diberikan jodoh yang baik di kemudian masa mendatang. Gerak hati awak tak salah dari awal tak nak berkahwin dengan dia. Tapi jodoh telah Allah tetapkan bersama ujian. Semoga terus kuat dan dipermudahkan urusan penceraian.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.