Suami berlagak dapat kerja dekat Singapura, gaji hebat, Dia rendahkan gaji saya walaupun saya sanggup buat 2 kerja. Terlalu pedih h1naan..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Katanya dia jijik nak sentuh saya yang pemalas dan tak dapat kerja Singapura. Baguslah, tak payah bersama. Kononnya nak siksa saya dengan tak nak bersama sebab geli dengan saya, tapi saya tahu dia ada peny4kit..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, saya bercerita ni mohon doa agar dapat kerja dengan gaji yang lebih tinggi supaya dapat keluar dari perkahwinan t0ksik ni. Jujur cakap, saya letih… tapi terp4ksa hadap. Dengan gaji sekarang, saya tak mampu menyewa sendiri.

Ayah dah meninggaI. Keluarga saya hanya tinggal ibu yang dah tua dan adik perempuan saya. Saya sebagai anak sulung kena fikirkan cara cari pendapatan lebih untuk bantu keluarga dan juga diri sendiri. Suami saya bekerja di Singapura, tapi terlalu berbangga dengan diri dia sebab dapat kerja sana.

Duit dia habis ke hobi, dia ubah suai motor dan barang PC gaming. Dia tuduh saya berkira. Salah ke saya minta balik duit saya yang dia terguna dulu? Saya memang kira setiap sen duit saya sebab kalau tak, bulan – bulan memang tak cukup. Bagi saya, tak berbaloi nak ‘melabur’ duit untuk orang macam dia lagi, walaupun dia gaji besar dengan keadaan saya macam ni.

Semua orang ingat bila suami kerja Singapura, bini dia bahagia. Tapi realitinya… jujur cakap, tak. Saya lebih bahagia semasa dia kerja di Malaysia. Walaupun cukup – cukup makan, tapi saya tak hadap pelbagai h1naan dari dia. Terlalu pedih h1naan dari dia yang saya terp4ksa telan sebab saya kerja Malaysia, gaji kecil.

Saya terlalu sedih sampai terp4ksa pergi ke psikiatri sebab kemurungan. Saya bukan tak nak bekerja di Singapura, tapi tiada kuota dan banyak jawatan kosong yang minta fasih Mandarin. Saya berehat sekejap lepas kemas rumah, buang sampah, basuh tandas, dia kata saya malas. Agaknya dia tak suka saya ada di rumah.

Suami orang lain biasa suka isteri duduk rumah, tapi bukan suami saya. Sebab saya tak kerja Singapura. Betapa sedihnya hidup saya ni sebagai seorang isteri. Nak dapat kasih sayang dari seorang suami pun diukur dari gaji seorang isteri. Rendah gaji isteri, macam h4mba dibuatnya.

Saya jealous tengok isteri lain tak perlu penat – penat cari duit, tapi saya… suami kerja Singapura pun, saya terp4ksa buat dua kerja. Balik ofis terus buat Grab pun dik4ta pemalas. Tak puas hati saya tak masak, saya penat sangat buat dua kerja, lepas tu buat kerja rumah.

Tambah lagi, dia pernah bising saya habis banyak duit beli barang dapur, tapi masakan saya tak dimakan, malah dih1na. Penat – penat saya masak, cacian je dapat. Dulu masa mula – mula kahwin, saya excited nak masak. Kalau boleh, nak masak hari – hari. Tapi bila ini yang saya dapat, saya jadi taw4r hati.

Dia nak RM200 sebulan untuk barang dapur. Tapi masakan kena macam dekat kedai, siakap tiga rasa, udang salted egg, macam – macam. Mana saya nak duit topup semua tu? Dia cakap pandai – pandailah. “Orang suruh kerja Singapura, degil.”

Saya dah macam – macam cari kerja tapi belum ada rezeki dari Allah. Apa saya boleh buat? Dia tuduh saya pemalas, tak mahu majukan diri. Saya dah jelaskan pada dia, tapi dia tak mahu dengar. Dia anggap semua tu alasan saya. Dia anggap saya beban. Hutang – hutang dia kena tanggung sorang – sorang.

Dia selalu bertaklik, sampai dah lama tak bersama. Takkan saya pula kena tanggung hutang dia? Dia yang belanja macam – macam untuk hobi dia, saya pula yang kena bayar. Suami apa ini? Jujur saya dah hilang respect, tapi sebab nak jimat dan kumpul duit, saya terp4ksa juga hadap.

Katanya dia jijik nak sentuh saya yang pemalas dan tak dapat kerja Singapura. Mula – mula saya sedih, tapi lama – lama saya suka pula. Baguslah, tak payah bersama. Sebab sangat memenatkan sampai melecet. Terlalu boring, dan dah sejam lebih pun tak settle lagi.

Saya suspect dia ada peny4kit de4th grip syndrome akibat terlalu kerap puaskan diri sendiri. Tak puas bersama pun tak apa. Saya terima. Kononnya nak siksa saya dengan tak nak bersama sebab geli dengan saya, tapi saya tahu dia ada peny4kit – cuma dia tak nak mengaku.

Saya biarkan saja sebab saya pun tak nak anak. Tak ada anak pun saya dah cukup mend3rita, apatah lagi kalau ada anak. Orang sekeliling pun okay je saya tak hamil. Malah mak saya support keputusan saya untuk tak nak anak. Misi saya sekarang: cari duit banyak, pendapatan stabil, supaya dapat keluar dari perkahwinan t0ksik ni.

Jauh di sudut hati, saya tahu… kami bukan lagi suami isteri. Tapi apa pilihan yang ada? Nak pergi mahkamah pun pakai duit. Di JB, memang kena ada peguam. Saya dah pernah pergi. Sesiapa yang boleh ajar cara cari duit ‘masyuk’, saya sangat – sangat hargai.

Terima kasih sangat kepada yang sudi baca luahan saya ni. Saya ni introvert, susah nak luah dengan kata – kata. Tapi saya suka menaip, suka menulis luahan… sebab tu saja cara saya rasa tenang. – Siti (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Anno Nymos : Mula – mula, amalkan solat dhuha kalau sempat, buat sekali solat tahajjud dan minta diberi jalan untuk keluar dari dunia t0ksik. Kedua, rajin – rajin tengok keje part time atau apa – apa side income kat sosiaI media atau internet.

Ketiga, amalkan “grey rock method “ bila dengan si s4kit jiwa tu. Bila amalkan method ni, lama – lama dia akan boring dan awak sendiri pon akan lagi tenang. I know it’s easier than done but, one step at a time. Jaga hati dan mental sendiri dulu, lepas dah cukup kekuatan dan kewangan, teruskan next step. Semoga dipermudahkan semua.. amin..

So Siti : Kau mampu je kak kalau dah sorang. Kau sewa bilik je. Jimat. Takyah serabut sewa rumah. Duk hitung komitmen kau dengan laki kau tu memang la rasa tak cukup. Sebab beban terbesar kau si laki kau tu. Laki terpaling Singapore kau tu. Eee. Konon je gaji banyak. Benda nak masuk perut pun berkira.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.