
Mak ayah aku, masing – masing dah kahwin lain. Bila dah tua ni, aku pergi jumpa ayah bawak mak. Tiba – tiba nenek bagitahu isteri ayah jeles bila mak aku cakap dengan ayah. Mak aku dah tua, w4rga emas, takde nak goda ayah aku tu…
#Foto sekadar hiasan / AI. Bila ibu bapa bercerai, siapa kita nak salahkan? Tiada, kan? Ibu bapa berhak untuk dapat bahagia mereka masing – masing. Aku anak sulung daripada tiga beradik. Ibu dan bapa bercerai sebab mereka rasa dah tak boleh bertahan.
Aku dan adik – adik adalah m4ngsa penceraian. M4ngsa penceraian tu satu hal, dah bercerai tapi tak ada pula bagi nafkah. Mak dan ayah aku bercerai masa aku tingkatan satu, adik aku si angah darjah lima dan adik bongsu aku baru umur empat tahun.
Pada mulanya, lepas bercerai tu ayah aku ada kirimkan duit. Tapi bila ayah aku kahwin baru dan mak aku pun kahwin lain, ayah aku terus tak bagi nafkah dan langsung dah tak jumpa kami. Maaf cakap, sekor adik beradik ayah aku dan mak bapak dia pun tak ada pula nak tanya khabar berita dekat kami.
Padahal jarak cuma dua hingga tiga jam dari tempat kami. Mak aku ni, tak pernah pun hasut kami pasal ayah aku walaupun dia panas hati pasal nafkah tu. Mak aku terp4ksa buat kerja jual – jual kuih. Yelah, takkan nak harapkan suami baru dia pula, kan?
Bila kami masing – masing dah bekerja, masa tu aku nak kahwin. Adalah mak telefon nenek, minta ayah aku jadi wali. Kalau tak dapat hadir pun, cakaplah. Mak aku jenis baik hati dan tidak berd3ndam, jadi dia santai je layan, masih anggap macam mak sendiri.
Dia pun bagi nombor ayah aku untuk aku hubungi. Maka bermulalah episod raya kami pergi ke rumah ayah. Masa tu aku baru sahaja berkahwin. Tapi perbualan macam canggung, yelah lama dah tak jumpa. Lepas tu aku dapat anak pertama, sampai anak kedua pun ayah aku tetap tak datang melawat.
Yelah, apa lah nak diharap sangat dengan dia, kan? Hahaha… Aku selalu sahaja telefon ayah aku, tapi dia tak pandai jawab. Adalah bini dia kata tak ada dekat rumah. Anak aku pun kadang – kadang nak juga berbual dengan atuk dia. Ada satu masa tu, mungkin hormon aku dah tak betul.
Aku nekad untuk hentikan hubungan dengan ayah aku. Letih telefon, asyik tak ada apa semua. Menyampah… Satu hari tu, nenek aku datang ke kampung aku. Silap besarlah dia, dia tegur aku kenapa dah tak datang beraya rumah ayah aku.
Aku terus sembur lah. Aku ni bukan budak – budak ye, kau nak menjerit – jerit. Kau pun per4ngai tak elok, tak reti nasihat anak kau. Sejam juga aku ceramah dekat dia. Lepas daripada tu dia dah tak berapa nak ungkit lagi. Lepas dia balik, mungkin dia ada cakap dengan ayah aku. Ahh lantaklah.
Setelah beberapa tahun aku merajuk pasal tu, baru – baru ini ada seorang makcik aku, adik ayah aku, mesej. Nama dia Alang. Dia suruh aku balik raya, datang rumah nenek sekali. Mula – mula tu aku malas lah juga. Tapi bila mak aku tahu, dia kata pergiIah, tak baik buat macam tu.
Aku pun fikir, mungkin genetik mak aku dah menurun ke aku… Aku pasrah jela. Anak – anak aku pun dah besar, pertama kali jumpa atuk dorang. Sampai anak aku tanya, “Tu ayah ibu ke?” Aku mengaku jela. Tapi kali ni aku pergi sana, aku bawa sekali mak aku sebab balik tu aku nak singgah rumah adik ipar aku yang satu jalan juga kiranya. Makcik aku belah mak pun ikut.
Seronok juga lah, lama tak jumpa, kan. Nampak tua ayah aku tu. Aku maafkan dia. Masa sampai tu aku terus cakap, kenapa ayah aku tak angkat telefon semua, dia senyum je. Masa tu okay, makan – makan, lepas tu balik. Seronok juga dapat jumpa ayah.
Betul lah orang kata, anak macam aku ni mana sampai hati nak benci atau d3ndam dengan ayah sendiri. Adik – adik aku pun sama, dorang lagi kesian, kasih sayang pun tak dapat sangat. Tapi mak aku didik kami semua jangan berd3ndam.
Maaflah korang, panjang cerita aku ni. Kalau bosan, mohon skip. Isunya sekarang ni, baru – baru ni mak aku telefon, katanya nenek call bagitahu yang isteri ayah aku cemburu sebab mak aku datang rumah dia dan berbual dengan ayah aku.
Eh eh… Mak aku tu dah w4rga emas ya, apa masalahnya kau nak cemburu? Masing – masing dah ada pasangan. Mak aku pun berbual biasa je. Tapi nak cakap, mak aku memang bergaya walaupun dah berumur. Yang menambah amarah aku, bila si Alang tu mesej mak aku kata kalau nak datang boleh, tapi kena jaga batasan.
Eh eh eh… Aku rasa masa aku bawa mak aku tu tak ada pula mak aku menggoda bekas suami dia ataupun berjoget dekat situ. Aku panas lah. Si Alang ni tak padan sibuk hal orang. Lepas tu tok aku pun, elok punya per4ngai, dah umur 80 pun masih nak menyampaikan cerita macam tu.
Korang rasa salahkah mak aku datang ke rumah tu? Mak aku datang pun sebab kami memang dah rancang nak beraya tempat lain lepas tu. Tapi macam biasa, mak aku nasihatkan aku supaya bersabar. Dan aku bersabar. Aku dan mak je yang tahu, aku bersabar sebab aku ada adik perempuan yang belum berkahwin. Jadi aku masih perIukan wali.
Sebenarnya banyak lagi cerita di sebalik penceraian mak dan ayah aku. Tapi aku rasa sampai sini dulu. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk aku luahkan. Sebab aku tak boleh cerita dekat adik aku… aku kesian dekat dia. Si Sulung (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Kursus Usahawan : TT ada unresolved issues walau dah bertahun – tahun. Let go of the hatred. Mak pun dah let go. U should too. Faham.. memang hurt sangat. Tapi u have to let go. Penat bawak beban emosi tu bertahun – tahun. U deserve to be happy.
Maafkan ayah. Maafkan mak tiri. Maafkan bukan bermakna diorang lepas dari kesalahan. Diorang tetap kena jawab dengan Allah. Maafkan untuk bagi ruang untuk diri u bahagia. Biarkan je mereka mer0yan. Gelakkan je. Balas kejahatan dengan kebaikan, diorang akan malu sendiri.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.