
Keluarga aku tak berhenti memperlekehkan suami aku. Hantaran yang rendah jadi isu, barang hantaran yang biasa – biasa pun jadi bahan. M4kin lama aku terikut cakap keluarga. Aku mula marah suami..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku ingin berkongsi cerita supaya menjadi pengajaran kepada sesiapa yang rasa perlu sebelum terlambat. Jangan jadi macam aku, bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Rania, bukan nama sebenar, berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pegawai perubatan di pantai timur. Aku belajar dalam bidang perubatan di UiTM. Masa di sana, aku berkenalan rapat dengan seorang lelaki bernama Ismail.
Sepanjang belajar kami memang rapat tapi tak ada perasaan cinta. Kami banyak habiskan masa study group sama – sama, buat assignment, masuk makmal, kadang – kadang lepak di kafe universiti. Hubungan kami masa tu sekadar kawan baik saja. Tapi bila kami mula bekerja, perasaan tu mula tumbuh. Tak lama lepas tu kami buat keputusan untuk bertunang.
Mula-mula ibubapa aku gembira sangat dengan pilihan aku. Mereka suka dengan Ismail sebab dia seorang yang soft spoken, rajin dan sejuk mata memandang. Aku pun rasa lega sebab keluarga aku terima dia dengan baik. Tapi bila tarikh perkahwinan m4kin dekat, tiba – tiba semuanya berubah.
Ibubapa aku mula persoalkan banyak benda. Hantaran yang rendah jadi isu, barang hantaran yang biasa – biasa pun jadi bahan. Mereka kata malu kalau saud4ra mara tengok. Mereka mula meragui Ismail, adakah dia mampu bagi nafkah yang cukup, mampu sediakan kehidupan yang baik untuk aku.
Mereka mula bandingkan dengan kakak aku. Kakak aku hidup senang sebab suaminya seorang peguam dengan firma sendiri. Hidup kakak aku jadi kayu ukur adik beradik lain. Kereta mewahnya, rumah agamnya, percutian luar negaranya semua jadi sebutan.
Tapi alhamdulillah, perkahwinan kami tetap diteruskan. Walaupun banyak aku terIuka dengan sikap keluarga aku sendiri yang tak henti – henti memperlekehkan aku dan suami. Bukan kami tak bekerja atau kerja biasa – biasa. Bahkan kami berdua merupakan pegawai perubatan, kerjaya yang ramai orang lain impikan.
Aku ingatkan selepas kahwin semua perbandingan tu akan berhenti. Tapi aku silap. Ia berterusan walaupun aku dah bergelar isteri. Aku cuba menyebelahi suami aku. Aku tak pedulikan cakap – cakap orang, termasuk keluarga aku sendiri. Tapi lama kelamaan aku goyah juga.
Sedikit demi sedikit aku termakan dengan kata – kata ibubapa dan kakak aku. Aku mula bersikap dingin, mula rasa tak puas hati, mula persoalkan suami aku sendiri. Aku selalu marah bila dia balik lambat, walaupun aku tahu kerja kami sama – sama penat.
Aku cakap sampai bila nak hidup macam ni, tak keluar dating, tak bercuti, asyik menyewa, bila nak ada rumah sendiri. Semua benda aku persoalkan, padahal sebelum ni aku faham betul situasi kerja kami. Kerja kami memang giIa sibuk. Keluar rumah sebelum subuh, balik pun kadang – kadang selepas isyak.
Aku pernah sampai menangis dalam bilik on-call sebab terlalu penat, tidur pun tak cukup. Masa belajar dulu pun aku pernah alami benda sama. Aku masih ingat masa tahun ketiga belajar, aku kena jaga w4rd malam demi malam. Satu hari tu aku tengah str3ss nak exam besar, tiba – tiba aku dapat berita nenek aku meninggaI.
Aku tak sempat balik kampung, tak sempat tengok wajah terakhir dia sebab aku kena cover shift. Aku menangis sorang – sorang dalam bilik rehat pelajar. Masa tu Ismail yang tolong pujuk aku, belikan aku nasi lemak dan teh o panas. Dia tak cakap banyak, tapi kehadiran dia cukup buat aku tenang. Itulah sebabnya aku mula percaya dengan keikhlasan dia.
Tapi bila dah kahwin, aku lupa semua tu. Aku jadi buta dengan perbandingan yang ditanam oleh keluarga aku. Suami aku memang sabar. Dia layan semua soalan aku dengan lembut. Tapi akhirnya dia tewas juga. Kami berpisah selepas setahun setengah berkahwin.
Ibubapa aku macam gembira dengan apa yang jadi. Mereka datang temankan aku di pantai timur. Mula – mula aku pun rasa lega ada mereka. Kami keluar makan, jalan – jalan, pergi bercuti. Tapi lama – lama aku rasa sunyi. Rasa kosong walaupun ibubapa aku ada di sisi.
Aku rindukan gelak tawa Ismail. Aku rindukan lawak b0doh dia, dengkuran dia bila tertidur, borak kosong kami tentang benda remeh. Semua tu aku rindukan. Tapi aku terlambat. Setahun selepas berpisah, Ismail kahwin dengan orang lain. Tak lama kemudian dia dikurniakan anak.
Aku sering stalk media sosiaInya. Aku tengok gambar dia bersama isteri dan anak mereka. Setiap kali aku tengok, hati aku jadi h4ncur. Aku bayangkan, sepatutnya akulah wanita dalam gambar tu. Aku cuba move on. Aku cuba kenal lelaki lain yang kaya, yang gah macam ibubapa aku idamkan. Tapi ada saja yang tak kena.
Aku tak jumpa kebahagiaan yang aku rasa masa dengan Ismail dulu. Sekarang aku sedar. Duit, wang ringgit boleh beli rumah besar, kereta mewah, percutian indah. Tapi semua tu sementara. Habis masa berseronok, kau akan rasa kosong balik.
Aku menulis ni sebab aku tak nak orang lain ulang kesilapan yang sama. Jangan k0rbankan orang yang ikhlas sayangkan kau hanya kerana pandangan orang lain. Aku dah rasa macam mana peritnya kehilangan. Aku tak nak orang lain rasa benda sama. – Doktor Rania (bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Zarina Nasirudin Kamal : Bukan yang lebih berusia itu wiser. Ibubapa sekelian .. jadikan lah dirimu orang yang sentiasa melihat kebaikan kekurangan orang lain dengan mata hati yang ikhlas. Jangan gembira memporak perandakan kehidupan anak – anak.
Ikwan Zanian : Seseorang yang datang kepada kita hanya untuk kita belajar tentang kehidupan, mereka akan pergi juga, cuma berbeza macam mana mereka pergi, cara mereka meninggaIkan kita, “ditinggalkan” perkara paling s4kit daripada “meninggaIkan”, tuhan ada bersama kita dan kita akan berjumpa dengan orang yang berbeza selepas ini, kita terima dengan hati terbuka, kenangan yang lalu jadikan buku sejarah yang mengajar kita tentang kehidupan kita selepas ini.
Lisa Maedaorie : Baru berkahwin memang serba serbi kurang. Itu ujian awal perkahwinan. Kalau awak sedikit bersabar tentu awak dah nikm4ti hikmahnya. Well, pengalaman mengajar kita lebih matang dalam kehidupan. Jangan sedih dan stop stalking ur ex. Bukan sekadar move on jer tapi yang penting move forw4rd, itu lebih baik.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.