Masa aku baru kerja, janda ni berk0rban tanggung aku, pinjam ceti untuk belikan motor. Sekarang aku terp4ksa kahwin dengan dia

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sekarang aku dah kerja tetap dengan gaji RM7,000. Aku sebenarnya takde hati dekat dia, sebab bakal isteri aku ni janda tak cantik, badan berisi. Tapi dulu dia yang tolong aku..

#Foto sekadar hiasan / AI. Tujuan aku tulis dan kongsi benda ni adalah untuk minta nasihat daripada abang – abang dan pakcik – pakcik yang lebih makan garam dan lebih berpengalaman daripada aku. Aku (30 tahun) akan berkahwin pada bulan 7 ni dengan seorang janda (35 tahun).

Bakal isteri aku ni gemuk dan tidak cantik. Dari segi fizikal memang dia kalah. Tapi dari segi lain, dia memang sempurna. Bila aku s4kit, dia lah yang selalu jaga aku, masak untuk aku, basuh baju, lipat baju sampai dia cakap “Ya Allah, tukarlah s4kit ni kepada dia supaya aku sihat.”

Masa aku susah dulu, dia lah yang banyak bantu aku. Dia pun bukannya kaya, asal orang Felda je. Dia kerja sebagai juruwang pasar raya dan ada PMR je. Aku pula ada ijazah. Dia sanggup buat pinjaman kereta untuk aku guna kerja di Kuala Lumpur untuk bisnes.

Dia mohon pula kad kredit untuk sokong aku. Dia ada kemaIangan baru – baru ni, motor h4ncur tapi dia selamat. Jadi, dia angkat lagi satu motor guna pinjaman ceti. Komitmen semua atas nama dia. Masa bisnes aku jatuh teruk dan aku gagal, aku balik rumah sewa dekat Melaka. Ya, aku duduk satu rumah sewa walaupun belum kahwin.

Hampir 3 bulan aku tidak bekerja dan semua berg4ntung pada dia sebab simpanan aku sifar dan kad kredit pun dah lebih had. Sampai dia sanggup pinjam duit dari kawan – kawan dan saud4ra mara dia untuk bantu tanggung komitmen bulanan.

Dan Alhamdulillah, sekarang aku lebih stabil. Aku dapat kerja tetap dengan gaji RM7,000 – RM8,000 sebulan. Aku angkat kereta baru dan kereta dia aku dah pulangkan semula. Sejujurnya, dalam hati aku tak pernah cintakan dia dan sayang tu mungkin ada sikit.

Aku masih tinggal dengan dia sampai sekarang sebab kesian dan rasa terhutang budi. Aku pernah nak bayar balik semua yang dia pernah tolong aku tu tapi dia tak nak. Dan dia pun tahu aku stay dengan dia sebab budi. Semua kawan – kawan dia pun perasan yang aku berpura – pura je dengan dia.

Bila keluar pergi pusat beli – belah, aku akan jalan depan dan dia di belakang. Dia faham yang aku malu keluar dengan dia sebab dia gemuk dan tidak cantik. Ya, memang betul aku malu sebab rata – rata kawan – kawan aku punya teman wanita dan isteri semua cantik – cantik.

Baru – baru ni aku ada kantoi curang dengan dia. Masa kali pertama kantoi tu, dia kecewa sangat sebab aku tak setia. Padahal dia sanggup berk0rban semua penat lelah untuk aku, tapi aku bersenang – lenang dengan orang lain. Tapi dia tetap stay dengan aku sebab dia cakap akulah nyawa dia, tulang belakang dia dan dia merayu jangan tinggalkan dia.

Dia siap izinkan aku kahwin lain lagi janji adil. Tapi dalam hati aku, memang aku nak seorang perempuan yang cantik dan berpendidikan. Bakal isteri aku fizikal tak menarik dan pendidikan hanya setakat PMR. Separuh daripada hati aku nak lari, hilangkan diri je, mulakan hidup baru dengan kerjaya yang aku ada.

Aku rasa aku boleh dapat yang lebih baik. Tapi separuh lagi dari hati aku rasa aku kena baIas budi dan peng0rbanan yang dia dah buat untuk aku, dengan cara berkahwin dengan dia. Aku cuma cuba buat dia rasa bahagia dan aku harap sangat Tuhan akan buka hati aku untuk dia satu hari nanti.

Ini lah situasi aku sekarang. Aku akan berkahwin pada bulan 7 nanti. Bermodal surat kebenaran kahwin sahaja, yang lain semua dia yang usahakan. Aku tak keluarkan duit satu sen pun. Kad jemputan semua dah diagihkan. Dia selalu cakap “Awak nanti masa akad nikah datang yer, jangan maIukan keluarga saya.” Sekarang ni aku 50 – 50. Aku minta nasihat dan pandangan abang – abang dan otai – otai yang lebih senior dalam rumah tangga…

Komen Netizen :

Jejaka BlueBoy : Ini bukan lagi tentang hati budi, bukan lagi tentang h4ng susah dia tolong h4ng, bukan lagi tentang dia sentiasa ada untuk h4ng, bukan. Tapi tentang ada seseorang yang sayangkan diri h4ng melebihi dari diri dia sendiri. H4ng nak jumpa orang macam dia, takkan jumpa dah, walaupun orang tu lagi cantik, lagi kaya, lagi berpendidikan. Takkan jumpa sebiji macam dia.

Tak cantik? Hantar pergi spa je. Gemuk? Suruh dia kurus. PMR? Bukan susah wei, repeat paper Julai. Ambil SPM persendirian. Kerja cashier pasaraya? Tak lama lagi dia naik pangkat jadi supervisor, ASM lepas tu manager. Nanti orang yang cantik tu agak – agak dia jaga tak waktu h4ng s4kit nanti? Dia sentiasa ada untuk h4ng tak?

ALLAH dah hadirkan seseorang untuk h4ng ‘perlu’ dalam hidup h4ng lebih elok dari apa yang h4ng minta. Kalau h4ng dah payah sangat, h4ng bagi perempuan tu kat aku. Aku memang nak cari seseorang yang boleh sentiasa ada dengan aku. Selesai terus masalah h4ng. Tak payah cakap banyak. Pm aku.

Anonymous member 198 : Gaji 7-8k kan? Dan nak dia cantik slim lawakan? Sekarang ni giliran awak pulak berk0rban untuk dia. Dulu dia dah berk0rban untuk awak. Dia bukan tak boleh lawa cuma dapat orang yang salah takde duit takreti bersyukur dan tak reti menghargai macam awak je.

Awak nak dia slim? Sekarang ni keluarkan duit awak hantar dia pergi gym fitness setiap hari, suruh dia berhenti kerja. Awak jangan dok complain dan amik kesempatan sahaja reti!! Nak dia lawa macamane? Setakat makeup? Suh dia pi kelas belajar makeup spend duit make up untuk dia.

Muka tak lawa semua boleh buat kalau ada duit. Kata nak balas balik jasa diakan? Sekarang ni ko pulak berk0rban duit untuk dia cantik!!! Dia bukan tak cantik, ko je yang miskin! Dulu ko takde duit boleh pulak bersabar dengan dia. Sekarang ko bersabar tunggu dia melalui proses kecantikan. Support dia bukan tinggalkan dia!!!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.