
Bila berg4duh, suami selalu m4ki – m4ki panggil jaIang lah, tak layak hantaran lah sedangkan dia tak bagi hantaran pun waktu kahwin. Dan menyumpah aku kata, kenapa aku tak m4ti waktu beranak hari tu? Sedih aku.
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua, harap – harap confession ni keluar lah sebab aku nak tahu pendapat w4rga netizen. Nama aku Endospore, seorang isteri dan ibu anak satu dan baru 3 tahun berkahwin. Biasalah orang kata 5 tahun pertama akan diuji dengan pelbagai masalah.
Ceritanya sejak aku lahirkan anak pertama, aku dan suami sangat kerap berg4duh sampai kami dalam proses bercerai sekarang. Suami sejenis cepat baran, suka m4ki guna kata – kata kasar pada semua orang. Mungkin disebabkan dia anak sulung dan tak ada ayah diusia muda buatkan dia jadi baran.
Aku cuba faham kenapa suami aku baran sebab dia pun dibesarkan dalam family yang berkata kasar, tak ada kasih sayang. Lagi – lagi semua adik beradik suami lelaki, so suami tak tahu macam mana nak berlembut dengan isteri. Aku pula dibesarkan dalam family yang mak ayah selalu silent treatment each other dan selalunya berg4duh sebab duit.
So nak dijadikan cerita, aku dan suami sekarang amat kerap berg4duh pasal duit. Walaupun gaji suami agak besar dalam RM8k dan dia mampu je bagi basic nafkah dan ada lebihan wang gaji dalam RM2 – 3k, dia still nak aku tolong dia untuk topup apa – apa yang tak cukup.
For your info sebelum aku kena kecam, gaji aku dalam RM3.5k dan semua keinginan aku macam beli baju ke, shopping ke, makan sedap – sedap ke, semua pakai duit sendiri. Kalau aku teringin makan sedap, duit gaji aku lah aku belanja husband makan, pergi tempat best – best… senang kata gaji aku untuk kehendak kami.
Suami tak beri duit belanja ya tapi tak apa sebab bagi aku suami dah bagi basic nafkah macam tempat tinggal, barang basah semua, so aku tak nak guna duit dia untuk beli keinginan aku. Dia kadang – kadang gaji lambat, so bila gaji lambat dalam seminggu macam tu, dia dah mula str3ss, start datang baran dia.
Kalau g4duh, dia selalu kata dia kahwin dengan aku tak pernah senang sebab habis duit dia bela aku, gaji reset every month, tak boleh saving. Aku kadang – kadang tertanya dengan balance gaji ada RM2 – 3k kalau tolak komitmen, kenapa dia kata duit dia habis bela aku?
Aku dah suruh downgrade hidup kalau dia rasa terbeban bela aku. Maknanya cari rumah sewa yang murah sikit, barang basah tak payah mahal – mahal, aku makan ayam hari – hari atau telur ikan bilis pun dah cukup untuk hidup tapi dia tak nak.
Dia kata buat apa nak duduk rumah murah, tak selesa. Buat apa nak makan ayam, ikan bilis, telur, tak cukup khasiat. So aku iyakan ajaIah kalau dia tak nak downgrade tapi aku marah sebab dia yang tak nak downgrade lepas tu salahkan aku duit dia habis bela aku.
Aku tak kisah dia nak bagi makan apa, aku makan je lah… duduk kat tempat yang murah sikit asalkan selesa dan selamat dah lah, bukan kondo yang kami duduk sekarang. Dia still dengan point dia, dia nak aku hulur at least RM300 – 400 kat dia untuk tolong dia.
Aku bukan tak pernah tolong, selalu aku bayar bil elektrik dengan bil air. Netflix aku bayar dan kehendak yang lain. So dia boleh ke p4ksa aku tolong dia padahal dia ada je duit, just dia str3ss kalau gaji lambat, duit cukup – cukup. Itu pasal duit, ini pasal sikap.
Bila berg4duh, suami selalu m4ki – m4ki panggil jaIang lah, tak layak hantaran lah (dia tak bagi hantaran ye waktu kahwin, aku pun ok sebab sayang waktu tu) dan menyumpah aku kata kenapa aku tak m4ti waktu beranak hari tu. Sedih aku.
Selain dim4ki, suami berkasar dengan aku masa aku baru lepas beranak 3 hari gara – gara anak kena masuk wad sebab kuning. Suami dah str3ss takut wad mahal padahal hospital Putrajaya je. Aku str3ss suami masih fikir duit over anak, so kami berg4duh lah sampai bergusti, pukuI semua.
Sama waktu sarat mengandung, suami str3ss pasal duit sebab due dah nak dekat. Aku str3ss sebab dia dah berjanji nak bayar confinement lady dan bayar bil hospital Putrajaya, last – last dia kata duit dia tak cukup. Bila aku pertikaikan mana duit, dia marah – marah kata habis sebab bela aku. Aku ke yang bersalah sekarang?
Suami aku ni ada baiknya sebab selalu tolong family aku, lagi – lagi adik beradik aku. Dan dia memang lack of emotional intelligence sebab dia dibesarkan dalam family yang kasar dan kurang kasih sayang, so bila kahwin dia tak reti layan aku baik – baik. Dia punya baran tu pun sebab dibesarkan dalam mak ayah yang baran.
Aku cuba faham dia punya childhood tr4uma dan nak tolong dia handle anger issue tapi hati aku yang s4kit. Aku tak kisah dim4ki semua sebelum aku beranak tapi ayat dia suruh aku m4ti masa beranak dan berkasar dengan aku waktu aku baru lahirkan anak dia buat aku tr4uma dan sedih.
Aku sayang suami aku dan aku faham kenapa dia jadi macam tu tapi hati aku dah s4kit dan hampir jadi mental. Bagi aku, suami tak ada belas ihsan dan tak pernah ada mindset nak senangkan bini sebab dia selalu kata memang perempuan kahwin nak senang je ke? Ibarat aku tak pernah tolong dia apa – apa pun.
Susah lah emosi tak jaga, lepas tu beriya suruh tolong hulur sikit gaji untuk hal rumah. Bagi suami aku, aku tak ada mindset nak susah senang dengan suami, tak nak tolong bantu finance keluarga. Aku ke yang salah? – Miss endospore (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Noorul Nooru : Allahu, tinggi betul sabar kau adik. Kalau akak lah, masa tu juga dia dah kena sumpah, kenapa tak m4ti je masa lahirkan anak. Esoknya juga akak pergi pejabat agama. Jadi wanita ni kena keras hati sikit. Mak ayah besarkan kita bukan untuk dicaci m4ki, disumpah seranah oleh lelaki. SayangiIah diri sendiri… bangunlah. Orang kalau sayang, takkan keluar kata – kata yang meny4kitkan hati. Jangan jadi tempat lelaki lepaskan marah macam pvnching bag, dik.
Noor Afzan : Mana nak cukup duit, berkira – kira dengan anak isteri… mana nak cukup duit kalau asyik minta duit dengan isteri. Entahlah, kalau kau masih nak bertahan juga, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Itu baru bab nafkah, per4ngai dia pun macam tu juga.
Senang cerita, memang tak ada yang baik pun sebenarnya pada suami kau tu. Hantaran pun tak ada bagi, tapi gaya dia ungkit macam dah bagi lima puluh ribu dekat kau. Dah siap bergusti bagai lagi… baik celah mana sebenarnya suami kau ni?
Sebagai ayah, dia baik ke? Hubungan dengan anak macam mana? Anak masuk wad pun dah menggelupur fikir pasal duit, aku tak rasa dia tu ayah yang akan ada bonding giIa – giIa dengan anak dia. Dia langsung tak ambil peduli pun pasal anak tu.
Sebab dia selalu tolong adik beradik kau, kau rasa dia baik? Pernah fikir tak dia tolong tu sebab nak nampak macam dia baik? Entahlah, bagi aku cukup lengkap dah sifat narsistik suami kau tu. Baik kau cerai je lah, tapi pastikan dia bagi nafkah anak. Tak ada baiknya lelaki macam ni.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.