Bakal isteri pinjam duit 30k, nak renovate rumah untuk kahwin. Dah lebih separuh siap, dia putuskan hubungan. Kahwin dengan lelaki lain

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Saya bagi duit simpanan saya 30k dekat bakal mertua untuk mereka cantikkan rumah dekat kampung. Malu nak buat kenduri kalau rumah tak cantik. Sekali, bakal isteri kahwin dengan lelaki lain, duda kaya..

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya Syamil.. Umur 40, masih tak kahwin. Masa umur 26 dah bertunang. Lagi beberapa bulan nak kahwin, perempuan tu putuskan tunang. Dengan alasan saya takde kerja. Sebab masa tu company saya shut down. Ramai yang kena buang, bukan saya ja.

Saya puas merayu cakap macam – macam tapi bapak dia kata anggap tak dak jodoh ja la. Dan dia kahwin dengan lelaki lain pada tarikh yang sama sepatutnya kami kahwin. Lepas tu saya dapat kerja kat MAS. Tiba – tiba dia contact saya semula. Tanya kalau dia cerai, saya nak terima dia tak.

Saya cakap dah putus tu putus saja la. Bak kata ayah dia anggap tak de jodoh. Walaupun saya sayang, tapi tak gamak nak h4ncurkan rumahtangga orang. Tapi saya ambik masa sangat lama untuk terima takdir ni. Saya manusia biasa ja. Yang kuat diluar tapi rapuh di dalam.

Saya jugak sangat tr4uma nak kenal mana – mana perempuan sebab saya tak pandai bercakap. Saya kekurangan banyak benda. Saya jenis introvert tak pandai bergaul.. Hidup saya pergi kerja balik kerja duduk rumah. Pun begitu setelah sekian lama, saya kenal satu perempuan ni. Dia janda.

3 tahun dalam perhubungan, family dua – dua belah dah kenal. Seolah – olah semua orang restu dan setuju dengan hubungan kami. Tahun pertama tu, dia kata tak nak terburu – buru. Sebab dia pun ada tr4uma dengan lelaki. Lagipun dia baru bercerai masa tu tak sampai setahun.

Dia orang pantai timur. Saya kerap jugak kadang – kadang ikut dia balik rumah ayah dia. Orang kampung pun dah tahu saya ni bakal suami dia. Dia selalu cakap, kalau balik kampung, orang siap tanya Syamil tak datang ke? Masa tu ajak tunang, dia kata bekas suami orang kampung tu jugak.

Bekas suami sedang fitnah dia, katanya punca depa bercerai sebab dia curang dan ada laki lain. So kalau bertunang ke kahwin sekarang, seolah – olah fitnah dia jadi betul.. Dia kata kita pun baru lagi, ambik masa kenal hati budi dulu. Saya pun ok la.

Masuk tahun kedua, dia kata ada benda nak setup.. Lepas tu mak dia bagitau saya. Kalau anak dia kahwin, nak buat rumah depa elok sikit baru nak buat majlis. Macam malu kat orang apa semua kalau buat majlis dalam keadaan rumah buruk.

Sebab masa dia first kahwin pun rumah tu ada bahagian tak siap sebab tak cukup duit. So macam dia kahwin dalam keadaan bahagian rumah tak siap. Anak dia kerja kerajaan. Katanya tengah mohon loan. Saya pun sabar dulu la. Nak masuk tahun ketiga, dia agak str3ss fikir duit. Dia rasa saya mendesak dia untuk kahwin.

Dia kata dia str3ss fikir pasal duit, fikir pasal saya. Fikir pasal mak dia. Kalau tak buat rumah, tak nak buat majlis. Nanti tak de orang nak jadi wali macam mana nak kahwin? Dia soal saya. Saya tanya berapa kos buat rumah. Dia cakap dalam 30k. Saya memang ada simpanan sikit. Saya kata pakai dulu la duit saya.

Dia mula cakap tak nak.. Tapi mak dia macam nak. Siap puji saya macam – macam.. Akhirnya berjalan la proses buat rumah tu. Saya fikir saya pun nak jadi suami dia. So saya tak fikir apa masa tu. Dia janji akan bayar duit tu sikit – sikit. Sebab personal loan dia tak lepas sebab dia dah banyak hutang.

Tengah – tengah nak naik rumah, banyak la masalah muncul. Tukang kejap ada kejap lari. Kena cari tukang lain.. Duit habis banyak.. Rumah 60% ja siap. Lepas tu dia pun dah tak de duit. Mak dia str3ss, dia str3ss, semua orang str3ss. Saya memang tak de offer apa dah la..

Sebab rasa macam ayah dia sengaja cari g4duh dengan tukang sampai tukang lari. Plus saya pun tak de duit sangat dah nak membantu lagi. Duit yang ada saya kena fikir untuk majlis kahwin nanti. Lepas tu dia mula dingin la. Kemudian tiba – tiba cakap nak putus sebab nak kahwin dengan orang lain bulan 10.

Saya memang terk3jut giIa la. Tak de angin ribut. Depa start buat rumah jan. Julai dia bagitau nak kahwin bulan 10. Katanya baru ja kenal orang tu dalam omi. Laki tu duda. Ada bisnes. Kira orang kaya la. Dia kata laki tu baik. Banyak tolong dia.. Family pun suka dia.

Akhirnya kahwin la depa tu. Sebab katanya laki tu yang bagi duit untuk settle rumah.. Rumah pun dah settle so dapat la kahwin. Habis yang saya berk0rban selama ni? Or mungkin sebab duit saya katanya pinjam. Mungkin laki tu bagi terus. Yang sedihnya mak dia call saya jemput majlis anak dia.

Katanya yang lepas tu lepas la. Anggap tak de jodoh. Senangnya orang bercakap. Duit saya sampai sekarang pun dia tak bayar. Katanya akan bayar sikit – sikit. Saya cakap la suami kan kaya, mintak la dia settle. Dia cakap suami dia takde kena mengena dalam ni. Lagipun saya yang beriya nak bagi duit dia kata. Bukan kami mintak pun.

Siap kata saya tunjuk belang bila tak jadi kahwin. Belang apanya, saya hanya mintak duit saya ja. Akhirnya saya redha saja la. Serahkan segalanya kepada Allah. Sekali lagi saya dis4kiti. Orang rasa macam si Syamil ni ke bermasalah sebab dua kali nak kahwin tak jadi.

Lama la saya membujang. Tak berani nak kenal mana – mana perempuan. Perempuan yang ki4nati saya pun dah bahagia dengan pasangan masing – masing. Anak pun dah dua tiga. Nak pulih dari kes4kitan dikecewakan manusia bukan mudah.

Saya hilang selera makan, saya jatuh s4kit. Tak de mood nak buat apa pun. Malu satu hal, s4kit satu hal. Lama saya hidup bersendirian. Tapi siapa yang datang dan pergi dalam hidup kita sudah ditulis oleh tuhan. Walaupun hati enggan, tapi takdir tuhan, saya berkenalan dengan seorang perempuan. Masa tu dia tengah study.

Dia menunjukkan minat nak kahwin dengan saya. Tapi dia mintak habis study. Setahun lebih saya ambik masa nak percaya pada dia, sebab kes4kitan saya kerana perempuan bukan kecil. Tapi dia sabar. Baik. Lama – lama saya dah selesa dah mula sayang.. Dia kenalkan saya dengan family dia.. Saya pun kenalkan dengan family saya.

4 tahun kami bercinta. Dia masa tu study di kl. Setiap masa saya teman dia nak ke mana – mana. Kami kerap short vacation dengan family – family dia. Saya rasa sangat bahagia lepas kenal dia.. Seolah – olah semua kes4kitan saya telah diubati.

Saya pun dah lupa pada bekas – bekas kekasih saya seolah – olah saya dah redha dengan semuanya. Masa tu saya cuma teringat doa – doa saya pada tuhan. Saya betul – betul rasa tuhan dah makbul doa saya. Tapi tu la, kita selalu rasa langit cerah setiap masa tanpa sedar ribut badai akan melanda jua.

Lepas grad, dia dapat kerja kat oil and gas. Kena berhijrah ke Sarawak. Pada mulanya dia macam berat hati. Tapi saya yang bagi semangat kat dia apa semua. Tambahan lagi keluarga dia pasti nak tengok dia berjaya. Saya uruskan segala benda untuk dia ke Sarawak. Pos kereta dia, uruskan tempat tinggal dan macam – macam lagi la.

Pendek kata setiap susah senang dia saya tak tingal sekalipun. Kat sana, pada awalnya dia kerap mengatakan rindu semuanya la.. Siap plan tahun ni bulan 8 kahwin. Dia ada cari – cari baju pengantin apa semua. Sepatutnya kami bernikah tahun lepas. Tapi nenek saya s4kit time tu.

So saya macam tak de mood nak fikir pasal majlis.. Saya jaga nenek saya time tu.. Dia pun faham ja la. Dia kata takpe, ambik masa. Nenek pun dah meninggaI awal tahun hari tu. Lepas tu dia ada cakap nak nikah bulan 8. Saya ok ja. Lama mana nak hidup tanpa ik4tan. Saya pun dah sayang sangat – sangat dah.

Tapi kini semuanya tinggal angan – angan saja. Beberapa bulan dia asyik dingin. Jarang call mesej.. Saya call pun tak jawab. Mesej pun jarang baIas dengan alasan lupa. Lepas tu raya haji ni dia ada balik cuti.. Saya ni excited la nak jemput dia kat airport semua. Tapi dia kata tak payah.

Saya kata tak pe la.. Kita pun rindu nak tengok dia. Dia cakap ok.. Kat airport dia nampak lain sangat. Tak ceria. Tak mesra. Tanya pun sepatah sepatah ja.. Sedangkan dia jenis banyak cakap. Yang saya sedihnya, nada suara dia agak tegas dan garang. “Awak saya penat la. Boleh tak diam sekejap.”

Hantar kat rumah dia, langsung tak dijemput masuk ke apa. Mak dia ja panggil. Dia terus masuk ke bilik dan tak keluar. Sampai saya nak balik baru dia keluar. Tu pun sebab mak dia panggil. Dia bagi alasan dia pening. Ok la saya pun malas nak fikir bukan – bukan.

Raya haji langsung tak de wish saya walaupun dah pukuI 2 petang. Saya yang lepas tu wish. Dia cuma baIas selamat hari raya. Tu ja. Saya dah rasa dia sangat lain. Saya ajak mai rumah dia cakap tak sihat. Malas nak keluar. Saya pun tak pergi rumah dia dah dia tak jemput.

Lepas tu dia nak balik Sarawak dah, saya hantar dengan family dia. Pun sama. Langsung tak nak pandang saya dan apa. Tapi dia kerap la main fon. Tengok fon ja dia akan senyum. Kat gate, langsung tak tengok muka saya. Saya dah rasa la ada sesuatu tak kena.

Lepas beberapa hari saya mesej dia. Tanya saya ada buat salah apa – apa ka. Dia hanya diam. Dia cuma baIas busy. Tu ja. Yang s4disnya, dia panggil saya abang. PanggiIan pun dah bertukar jadi Syamil. So saya tanya kenapa apa semua.. Akhirnya dia kata nak mintak putus. Saya tanya kenapa.

Dia kata dah tersuka orang lain kat sini. Katanya kat sini dia susah nak adopt. Dan lelaki tu banyak bantu dia kat sini.. Masa dia s4kit pun, laki tu yang ada 24 jam. Dan macam – macam lagi la pujian melambung tentang laki tu. Semua pujian dia pada lelaki lain seolah – olah ser4ngan halintar pada saya.

Jujurnya saya jatuh terduduk baca mesej dia satu persatu. Sekali dengan air mata saya tumpah. Saya tanya dia, 4 tahun awak susah kat sini. Saya pun ada jugak.. Tu semua tak nampak ke. Dia cuma kata, nak buat macam mana. Dia tak mampu kawal hati dia. Hati dah tersuka orang lain. Dia mintak saya faham.

Tapi dia ada cakap, kita kawan ja la sampai bila – bila. Kononnya dia tahu ja saya baik. Sebab tu masih nak berkawan. Entah la.. Ni dah berapa hari ni kami terus diam takde mesej. Sebab orang perempuan kalau dah tak nak kita, mereka hanya cari salah kita walaupun tak logik.

Alasan dia, 3 pagi dia s4kit call saya. Saya tak jawab.. Ya saya tak jawab sebab saya tertidur. Tapi saya ada call back pukuI 5 pagi. Sekali dia susah saya takde dia jadikan punca, tapi seribu kali masa dia susah saya ada tu semua tak nampak ke?

Ya Allah. Saya tak tahu kenapa tuhan asyik uji saya macam ni.. Sedangkan Allah saksi, saya tak pernah ani4ya mana – mana makhluk Allah pun sampai sekarang. Hidup saya hanya tahu rumah dan kerja ja.. Tapi kenapa Allah asyik temukan saya dengan orang macam ni. Walaupun saya selalu doa temukan orang yang ikhlas yang baik.

Jujurnya sebagai manusia yang lemah, saya asyik rasa Allah tak adil pada saya. Saya tahu saya baik. Saya mintak pada Allah jodoh yang baik. Allah asyik hantar yang baik pada awalnya saja. Yang sedihnya, keluarga pun seolah – olah dah tak percaya saya dah.

Mak kata yang ni pun tak jadi ke. Ka h4ng yang bermasalah. Saya sekarang kembali ke alam depr3ssion. Kadang – kadang jujurnya rasa dah tak nak hidup ja.. Saya benci kehidupan saya. Saya rindu sangat – sangat dekat dia. Perasaan sayang ni bukan ambik masa sehari nak tuntas.

Tapi kenapa orang perempuan tak rasa semua tu? Kenapa mudahnya hati perempuan beralih. Selalu saya baca perempuan baik jumpa laki tak baik. Saya ni tak macam laki lain. Dunia saya sangat kecik. Tak de kawan – kawan. Saya tak lepak – lepak.. Saya tak mer0kok.. Saya jaga keluarga saya ja.

Balik kerja saya pergi surau. Lepas tu tidur. Saya tak bersosiaI. Dulu dia cakap dia tahu saya baik, sebab tu la dia usaha nak saya. Sebab dia tahu dia rugi kalau lepaskan saya. Tapi sekarang? Kenapa dia tak rasa semua tu dah. Dan mudahnya melepaskan saya demi orang yang baru kenal.

Siap saya merayu kat dia kalau ada salah silap mintak bagi peluang. Tapi akhirnya saya hanya memb0dohkan diri saya ja. Sekarang pun saya masih solat mengaji.. Tapi saya buat semua tu tanpa ada rasa. Seolah – olah buat kerana apa pun tak tahu la. Sekadar buat ja.. Solat dengan rasa kecewa sebab rasa Allah tak nak bagi saya bahagia.

Saya tak pernah cari kawan perempuan pun.. Depa sendiri yang datang nak berkawan dengan saya. Tapi akhirnya berkawan sebab nak r4gut ketenangan saya ja ka? Saya dah tak tahu nak cakap apa dah. Orang – orang yang khi4nati saya, hidup bahagia ja sampai sekarang.

Bekas tunang, anak dah besar – besar dah. Travel sana sini dengan pasangan dia. Ex kat pantai timur pun anak dah 2.. Hidup m4kin senang, kereta tukar macam baju. Suami dia pun buka cawangan sana sini. Tapi duit saya tak bayar.. Sedangkan dalam islam orang tak bayar hutang hidup tak kan bahagia pun.

Tapi sampai sekarang dah berbelas tahun, saya tengok semua orang bahgia ja kecuali saya. Saya ni tak macam laki lain.. Circle saya kecik. Saya tak mer0kok.. Saya dah baik pada semua orang. Sedangkan orang kata orang perempuan bersikap penyayang pengasih. Tapi kenapa yang saya jumpa yang awal – awal ja macam tu.

Tuhan kata laki baik untuk perempuan baik. Tapi kalau perempuan tu tak baik, kenapa tuhan temukan jugak? Saya dah tak tahu apa tengah berlaku dengan akidah saya.. Jujurnya saya sangat tak ok. Hidup dalam kecewa. Sebab tu saya mintak para pembaca titipkan la sedikit doa untuk saya.

Saya dah tak boleh tidur tak boleh makan. Saya nak ja hidup macam manusia lain. Macam lelaki lain yang boleh relax ja.. Boleh happy – happy walaupun apa pun berlaku. Kenapa la tuhan jadikan saya lemah macam ni. – Syamil (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Fira Hilwa II : Untuk pengetahuan awak, saya menangis baca kisah awak ini. Saya faham sangat perasaan itu, bila kita kenal dengan seseorang untuk tujuan berkahwin tapi orang itu buat kita seolah – olah hanya sebagai tempat “test market” sahaja, sedangkan mereka dah tahu dari awal yang kita ini bukan citarasa mereka pun. Tapi mereka tetap juga mahu bagi harapan palsu.

Jadi bila mereka jumpa orang yang menjadi idaman mereka, mereka terus tinggalkan kita dengan alasan yang tidak munasabah langsung. Saya tahun ini pun sudah tiga puluh sembilan tahun. Sudah tidak ada rasa hendak mencari pun sebab sudah serik bagi hati kepada orang.

Cuma saya doakan agar awak akan jumpa dengan orang yang tepat dan betul – betul ikhlas. Perkara pertama yang awak boleh buat, buatlah solat taubat. Moga Allah ampunkan segala d0sa – d0sa awak. Semoga segala ujian yang awak sedang lalui sekarang ini bukanlah datang daripada d0sa – d0sa awak (wal iyyazubillah) sebab kita ini sebagai h4mba Allah, pasti ada buat silap dan d0sa.

Kemudian, doalah agar Allah beri ketenangan hati. Hati yang tenang ini tidak semestinya datang dengan adanya pasangan, ada keluarga atau ada kawan – kawan. Kadang – kadang seorang diri pun, Allah boleh bagi rasa tenang itu. Saya sendiri jenis introvert, memang tidak ramai kawan.

Bila semua kawan – kawan sudah berkahwin, lagiIah hampir tiada yang saya rapat sebab masing – masing sibuk dengan keluarga masing – masing. Saya doakan awak akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik – baik sahaja serta dijumpakan dengan orang yang baik – baik juga, yang boleh terima awak seadanya.

Jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah. Kadang – kadang Allah uji kita macam ini sebab Allah hendak tengok, kita lebih mencintai Dia atau manusia? Kalau kekecewaan ini buat awak lebih cintakan Allah, maka sebenarnya awak sudah pun lulus ujian itu.

Tapi jika tidak, Dia akan ulang ujian yang sama berkali – kali sampai awak sendiri sedar yang cinta kepada Allah itu lebih utama daripada cinta sesama manusia. Semoga berjaya, awak. Insyallah, Allah akan datangkan orang yang baik, sebaik hati awak, dalam hidup awak. Jangan putus asa tau. Semangat ya! Chayok – chayok!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.