Dari kecik mak tak suka anak-anak senyum ketawa. Mak tak suka aku jadi perempuan, tak suka aku ‘cantik’, Sekarang aku macam laki..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku nak pakai tudung cantik macam tudung bawal tapi mak aku marah. Aku nak cuci muka, mak marah, cakap tak payah nak lawa. Aku nak pakai skirt panjang, mak aku marah dan muka dia macam benci sangat…

#Foto sekadar hisan. Aku merasa marah sekarang ni sebab per4ngai Mak yang pelik dan t0ksik. Per4ngai Mak aku memang begini waktu aku kecil. Sem4kin lama sem4kin menjadi – jadi per4ngainya. Mak dan ayah selalu ber4duh waktu aku kecil.

Mereka teriak dan jerit sangat kuat. Setiap hari dalam rumah macam tempat b4ttleground. Sana sini menjerit – jerit. Perkara remeh dan kecil pun berg4duh. Mereka tak boleh hidup tanpa perg4duhan. Kalau rumah sunyi, memang antara mereka berdua yang akan mula marah tanpa dipr0vokasi oleh sesiapapun.

Aku marah mereka sebab selalu bising di mana jua kecuali di khalayak orang lain. Mak aku marah dekat aku dan cakap ini perkara normal dalam keluarga. Walaupun aku masih kecil masa tu, belum mencapai 12 tahun, aku dah tahu ini bukan perkara normal.

Mereka berg4duh sampai anak jadi m4ngsa. Aku yang masih budak selalu kena marah oleh mereka. Disuruh buat itu ini dengan nada garang. Mereka tak pernah ambil tahu hal aku dalam sekolah. Aku dibuIi oleh beberapa murid sekelas dan guru guru layan aku seperti orang bawahan.

Kalau mak aku tahu, dia akan salahkan aku. Aku tahu per4ngai mak aku. Dia suka menyalahkan anak sendiri. Bila aku mula meningkat dewasa, mak aku sem4kin pelik. Aku tak tahu kenapa mak terasa hati bila aku cuma nak jadi lebih girly, padahal aku memang perempuan pun.

Takkan lah nak jadi pengkid atau transgender? Kan dah cakap perempuan tidak boleh menyerupai lelaki dan sebaliknya. Apa guna dilahirkan sebagai perempuan kalau tak boleh berlagak macam perempuan? Aku nak pakai tudung cantik macam tudung bawal tapi mak aku marah.

Jadi aku selalu pakai tudung sarung hitam dari sekolah menengah sampai sekarang, dah dewasa. Gaya tudung macam orang tua. Aku nak bersihkan muka, nak buang eyebags and blackheads saja. Bukan untuk make up ye. Tapi mak marah, cakap tak payah nak lawa. Aku nak hairstyle baru dalam rumah. Saja untuk kegembiraan sendiri.

Aku perempuan, nak cuba juga cara ik4t rambut yang lawa. Aku buat rambut p1gtails sebab comel dan aku suka. Satu hari tu, dia balik memaksa aku jangan pakai hairstyle itu sebab dia tidak suka tengok. Selepas itu, aku tak buat dah. Aku nak pakai skirt panjang, yang modest bukan s3ksi.

Mak aku marah dan muka dia macam benci sangat. Banyak lagi mak aku menghalang dan marah aku dari jadi girly. Tapi aku malas nak ulas. Sekarang aku berpakaian macam perempuan yang tak tahu fashion. Yang tak pandai lawa. Lepastu orang lain selalu fikir aku ni makcik padahal baru umur 26.

Per4ngai aku sekarang macam ala lelaki. Obsessed dengan main game. Aku nak ada sixpack macam lelaki. Nak buat parkour dan martial arts. Macam – macam lagi ikut gaya hidup dan hobi lelaki. Jangan salahkan aku, salahkan mak aku yang menghalang aku dari menjadi perempuan.

Tapi mak aku salahkan aku pula bila dia rasa malu yang anak perempuannya tak pandai nak lawa dan berlagak macam perempuan. Logik apakah ini? Selain itu, mak aku tak suka tengok anak – anak ketawa, menangis dan senyum. Tak tahu kenapa. Memang dia akan marah.

Bayangkan dari budak kecil sampai dewasa tak dah senyum dan ketawa. Kalau nak pun buat dalam bilik atau tunggu mak pergi kerja. Pada suatu hari, aku orang baru dalam kerja dan balik rumah sedih sebab selalu dituduh dan dipersalahkan walaupun bukan salah aku. Aku meluahkan perasaan aku dengan mak sampai aku menangis.

Tak tahu kenapa mak aku 0ffended sangat nampak aku menangis. She just crossed her arms and turn her back to me. Dia marah aku yang rasa tersinggung dari kena verbal buIIying. Dia tak marah pula kepada pekerja t0ksik yang layan anaknya sendiri macam sampah.

Akhir sekali, banyak lagi per4ngai mak aku yang tak betul macam 0ffended dengan anak sendiri s4kit. Benci sangat nampak anak s4kit sampai marah anak. Anak s4kit pun disuruh buat kerja. Dimarah kalau nak ke hospital atau klinik. Lepastu kalau ada lelaki kacau atau buat tak senonoh dekat kami, anak perempuan sendiri yang disalahkan.

Aku yang masa tu masih budak, masih sekolah rendah sudah dikacau oleh lelaki dewasa tapi mak salahkan aku. Budak tak tau apa – apa, buat apa budak nak bergatal dengan lelaki dewasa? Ew. Dah panjang cerita, aku malas nak sambung. Aku nak lari dari rumah tapi takde duit sebab dah 2 tahun tiada kerja.

Kerja lama t0ksik, selalu dibuIi. Sekarang aku masih mencari kerja tapi rezeki belum ada. Duit dulu habis, mak dan ayah control tapi salahkan aku pula. Aku minta pembaca untuk doakan aku untuk mendapat pekerjaan yang bagus. Aku tak tahan nak tinggal serumah dengan mak aku. Aku juga minta pembaca untuk doakan mak ayah aku untuk berubah dan bertaubat. – ANONYMOUS (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Yazmin Omar : Aku pernah dengar type pasangan yang macamni. Bahasa cinta dia adalah perg4duhan. Sebab tu aku tak suka terms love hate relationship. Sebab bagi aku as Muslim, cinta kene cinta betul – betul, kalau marah pun kene dengan cinta, bukan dengan kebencian.

Kau dah besar.. kau boleh fikir baik buruk. Takde sesiapa yang boleh halakan arah kau selepas ni, melainkan diri kau sendiri. Mak kau pun m4kin tua, tak lama lagi akan duduk terperap je dalam rumah (biar dia handle per4ngai buruk dia sendiri). Kau pergi sana.. terbang tinggi, bukak sayap cantik kau.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.