
Suami tak balik rumah, dia bersekedudukan dengan perempuan tu. Dia h1na aku, tak pandai jaga laki, tak reti layan suami dekat dalam bilik! Aku call suami, aku diam letak telefon dekat anak 2 tahun yang sedang menangis..
#Foto sekadar hiasan / AI. Pulangkan paku buah keras. Pasti ramai yang kecam saya dan tertanya – tanya mengapa saya tidak menghantar atau meluahkan cerita saya ini ke dalam page krt saja. Saya pilih untuk luahkan di sini. Tak salahkan..? Saya ibu kepada tiga anak yang tidak bekerja, berusia awal 50-an.
Saya bahasakan diri saya Mami saja. Mami terpanggil untuk menceritakan kisah duka Mami berhadapan dengan suami curang yang pernah berlaku dalam hidup Mami. Walaupun ianya sudahpun sekian lama berlalu tapi kisah ini tidak pernah luput dan susah nak dipadamkan dari ingatan Mami.
Peristiwa ini sudah lama terjadi iaitu lebih kurang 17 tahun yang lalu. Tujuan Mami bercerita adalah sekadar untuk dijadikan pedoman dan iktibar kepada para pembaca. Mami teruskan saja pada kisah kehidupan Mami bersama 3 anak yang masih tidak mengerti erti kehidupan pada ketika itu… di mana bila seorang ayah @ suami tidak lagi menjalankan sepenuh kewajipannya seperti yang wajib dilakukan oleh semua SUAMI / BAPA di dalam dunia ini.
Sebelum ini bermacam – macam kisah yang Mami baca dan dengar pasal suami curang. Bagi Mami, kisah – kisah suami curang yang selalu Mami baca itu adalah kisah yang biasa – biasa saja, tidak sehebat kisah curang suami Mami. Isteri – isteri dan ibu – ibu sekelian, pernahkah suami anda curang dan main giIa dengan perempuan lain di luar sana.
Dan pernahkah anda merasa suami yang anda sayangi itu main giIa dengan perempuan sundaI dan perempuan tersebut tidak ingin melepaskan suami anda kembali kepada anda dan anak – anak? Mami pernah laluinya. Sudah pasti anda semua tertanya – tanya mengapa Mami tuduh perempuan itu sundaI. Meh baca sampai habis kenapa Mami berani menyundaIkan orang.
Perempuan tu (janda anak satu, berusia 4 tahun lagi muda dari Mami), call Mami semasa diorang sedang berseronok dengan suami Mami. Dapat bayangkan tak…??? Mami pun b0d*h… dengar je apa yang diorang bualkan. Bukan bualan biasa – biasa tau!
Masa mula – mula Mami dengar tu, macam nak luruh jantung Mami. Allahuuuu.. Mereka siap gelak – gelak lagi. Hepy yakmat kerana dapat s4kitkan hati Mami dan berjaya mer4mpas suami Mami dari Mami. Tak cukup dengan itu, macam – macam perempuan tu message Mami.
Dia kata Mami tak pandai jaga laki, tak reti sx, sx macam batang kayu. Macam batang kayu pun, mami dapat 3 anak tau hehee (Tawa dalam tangisan). Apa daya Mami.. dih1na, dikeji. Anak – anak adalah kekuatan Mami. Masa tu anak Mami yang paling kecik berusia hampir dua tahun, 100% menyusu badan. Anak yang sulung sudah berada di sekolah menengah.
Suami Mami tinggal sebumbung / bersekedudukan dengan perempuan tersebut di kondominium mewah yang disewa oleh perempuan itu (perempuan tu berkerjaya bagus bukan berasal dari Semenanjung Malaysia). Suami Mami tidak mempunyai kerja tetap, tapi buat kerja asalkan ada pendapatan.
Mami ada bukti lengkap mereka belum berkawin waktu itu tetapi tiada kekuatan / keupayaan untuk berdepan dengan mereka kerana Mami hanya berempat dengan anak – anak yang masih kecil. Keluarga Mami jauh, bukan tinggal senegeri dengan Mami.
Semasa anak sulung Mami berada di sekolah, anak Mami menghubungi bapaknya menggunakan public phone, tapi perempuan tu yang jawab. Dia dengan biadapnya bertanya pada anak Mami, ‘siapa bapak kamu?’ ZaIimkan.. Itulah kenyataan yang perlu Mami hadap bersama anak – anak.
Bila anak sulung balik bercerita pada Mami, betapa sedihnya anak Mami. Mami lagi la sedih, sedih ditinggalkan suami pun belum hilang, ditambah lagi dengan kesedihan anak Mami yang langsung tidak berperluang untuk bercakap dengan bapaknya.
Mami masih bernasib baik kerana nafkah makan pakai tiap – tiap bulan suami masih bank in. Buat pengetahann semua, suami Mami sebenarnya seorang bapak dan suami yang penyayang, sangat bertanggung jawab menjaga kebajikan kami.
Tapi entah kenapa perubahannya begitu ketara sekali selepas menjalin perhubungan dengan perempuan itu. Suami Mami dah jadi macam orang lain. Tidak lagi suami dan bapak yang penyayang.. Mami betul – betul rasa terc4bar dengan sikap perempuan itu yang tidak ingin melepaskan suami Mami pulang kepangkuan Mami dan anak – anak.
Pada suatu hari, Mami cuba call lagi suami Mami buat kesekian kalinya. Sebelum nie, call tidak pernah berjawab, messege tidak pernah berbaIas. Mami rasa macam bermimpi bila suami menjawab panggiIan Mami. Kebetulan waktu itu anak kecil Mami sedang menangis.
Mami tak ada kekuatan untuk bercakap, Mami terus letak telefon dekat anak Mami dan biarkan suami Mami mendengar tangisan anak Mami. Memang kami tidak bercakap… 4 bulan berlalu… Suami Mami masih tidak pulang ke rumah. Mami ambil keputusan untuk berpindah saja ke kampung halaman Mami.
Mami terp4ksa failkan perceraian selepas usaha untuk berdepan dengan suami Mami tidak dapat. Bermacam – macam cara Mami lakukan untuk berjumpa dengannya tetapi menemui jalan buntu. Suami tak ingin berdepan dengan Mami. Suami Mami g4ntung Mami tidak bertali. Dia tak nak lepaskan Mami.
Setelah hampir setahun naik turun mahkamah, akhirnya kami bercerai juga dengan talak satu. Usia perkawinan Mami pada waktu itu sudah menjangkau hampir 20 tahun, musn4h jua akhirnya. Patutkah Mami melebelkan perempuan tu dengan gelaran SUND4L?
Selepas bercerai, setahun Mami hidup sebagai ibu tunggal. Menjaga dan membesarkan anak – anak sendirian. Bab nafkah, bekas suami Mami 100% menjaga kebajikan kami termasuk menanggung kos rumah sewa dan lain – lain tetapi Mami buat juga kerja – kerja untuk menambahkan pendapatan dengan berniaga secara kecil – kecilan sekadar lepas buat makan.
Bekas suami Mami bagitau Mami, sekiranya Mami berkawin lain, dia hanya akan bagi nafkah untuk anak – anak sahaja dan tidak lagi menanggung bayaran rumah sewa dan sebagainya. Beberapa bulan selepas bercerai, bekas suami Mami selalu datang ke rumah sewa Mami dan sering menghubungi Mami tak kira waktu dan ketika.
Diorang tak kahwin pun selepas kami bercerai tapi masih bersekedudukan dan berlagak seperti suami isteri. Adegan giIa talak pun bermula. Bila dikenangkan balik macam tidak percaya adegan giIa talak boleh terjadi dalam hidup Mami. Sampai dua orang jiran Mami yang berlainan rumah menangis melihat bekas suami Mami berdiri di depan pagar rumah sewa Mami.
Kata mereka, Mami ni sungguh keras orangnya kerana tidak melayan bekas suami. Katanya lagi, dia kesian melihat bekas suami Mami berdiri depan pagar lama – lama tidak dipedulikan oleh Mami. Jiran – jiran Mami sebenarnya tidak tahu bagaimana kehidupan Mami sebelum itu.
Mami sudah puas menangis. Sudah letih menangis! D4rah je yang belum keluar dari mata hahahaa.. Pernah sewaktu Mami memandu sendirian, Mami berada di simpang lampu isyarat… tiba – tiba bekas suami Mami call bertanya Mami berada di mana.
Mami ni jenis betul bendul tak reti nak menipu. Mami jawab la Mami sedang berada di lampu isyarat. Pastu bekas suami jawab… “Ni haaa papa ada di belakang kereta Mami” huhuuuu nak bersuwit sawit pun dah tak guna dah. Ada lagi… sewaktu Mami pergi p0tong rambut di tingkat 3 sebuah bangunan, bekas suami Mami call… macam biasa la tanya Mami kat mana.
Mami pun jawab, tengah p0tong rambut. Dia pun dengan romantisnya menjawab…. “Papa tau dah, dah tengok Mami naik atas tadi. Papa ada kat bawah ni”. Tapi.. segala keromantisan dan segala kebajikan yang dijaga tidak lagi dapat kembalikan hati Mami yang pedih terIuka. Bukan saja terIuka tapi bagai disiat sembilu hatiku…. s4kitttt sangatttt! Itu hanya sebahagian saja kisah giIa talak.
Kalu nak cerita semua, letih Mami nak menaipnya. Pembaca pun letih nak baca. Mami bercerita ni sehabis ringkas. Lagipun tenaga tua Mami tak mampu nak mengarang cantik – cantik macam novel nak bagi pembaca suka membacanya. Oleh kerana Mami tidak tahan diganggu oleh bekas suami selepas bercerai, Mami menerima lamaran dari seseorang yang bukan pilihan Mami.
Mami mengambil keputusan untuk terus berkawin memandangkan lelaki itu boleh menyara hidup Mami. Bermula Mami sebagai isteri orang. Selepas dua minggu perkawinan Mami, jam 8 pagi sewaktu Mami masih lagi berada di tempat tidur bersama suami baru. Mami menerima message dari bekas suami, ”HAPPY BIRTHDAY”
Mami tunjuk message tu pada suami. Suami Mami berkata ”MASIH SAYANG LAGI!”. Mami pun menjawab message tersebut. “TQ, SEKARANG MAMI BERSAMA SUAMI TERCINTA” (MAMI TAIP NAMA PENUH SUAMI) Ahakssss. Hampir 20 tahun beb!
Zaman cintan cintun Mami bersama bekas suami makan masa 4 tahun. Separuh usia Mami waktu itu adalah bersama dia. Mau tak ingat hahahaha! Setahun selepas Mami kahwin, barulah bekas suami Mami kahwin dengan perempuan tu.
Dipendekkan cerita.. Selepas dua tahun perkahwinan mereka, bekas suami Mami kahwin lagi satu. Bila Mami tau pasal perkahwinan baru bekas suami Mami, Mami hantar message pada perempuan tu. Mami hantar message macam ni ” KO PUN SAMA MACAM AKU JUGAK TAK RETI SX. SX MACAM BATANG KAYU…. ”
Sekarang puas hati Mami dapat pulangkan paku buah keras kepadanya. Masa Mami taip cerita ini.. bekas suami Mami sudah lama bercerai dengan perempuan itu. Bekas suami Mami kekal dengan perkahwinan ketiganya. Dan Mami kekal bersuami sampai sekarang. Al kisah 17 tahun yang lalu. Terima kasih kerana sudi membaca cerita Mami. Maaflah ye jika tidak menepati citarasa, hasil penulisan orang lama la katakan! – Mami (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.