
Bekas isteri suruh beli baju anak dekat butik. Aku beli dekat Padini pun dia tak nak terima. Dia suruh beli dekat butik je. Aku sedih… sebab apa aku bagi, macam tak ada nilai langsung di mata mereka.
#Foto sekadar hiasan / AI. Kenapa tak ada side story daripada seorang isteri kepada duda atau mak tiri? Adakah kalau ada yang meluahkan nanti bekas – bekas isteri akan trigger dengan apa yang mak tiri cerita ke? Aku isteri kepada duda anak dua yang mana bekas isteri masih hidup, belum berkahwin dan anak – anak di bawah jagaan dia.
Apa yang aku nak cerita adalah kisah aku, cerita daripada side aku yang kahwin dengan orang begini. Perkahwinan masuk dua tahun, masih lagi rezeki berdua belum ada anak. Hubungan suami isteri yang turun naik, hubungan dengan anak – anak tiri yang elok.
Mungkin mereka pun tak tahu aku ni siapa? Yang dia cuma tahu panggil aku mama je. Kalau turn suami ambil, duduk rumah kami, mereka cuma panggil, “Mama nak mandi, Mama nak tengok TV, Mama jom shopping.” Hakik4tnya, dia tak tahu pun aku mak tiri diorang atau isteri kepada ayah diorang.
Sebab setiap kali jumpa, mesti bercerita mami itu, mami ni, “Dedi tak nak tinggal dengan mami ke? Mami cakap dedi kerja jauh. Dedi jom shopping dengan mami.” Aku? Hidup macam halimunan. Biarkan mereka anak beranak luangkan masa.
Aku dah berhenti kerja sejak Februari lepas sebab ikut suami berpindah. Masih mencari kerja setiap hari tanpa jemu. Suami aku alhamdulillah, kerja elok, gaji besar pada aku untuk bayar sewa rumah, utiliti, beli barang rumah dan nafkah anak – anak.
Mind to share, aku bukan penyondol atau pemecah rumah tangga orang. Sebab stigma orang sekarang, kahwin duda je, kira penyondol. Aku kenal suami lepas dia dah tiga tahun cerai. Sejak dua tahun kahwin, aku cuma merasa duit gaji suami aku cuma tiga bulan.
Duit jajan yang dia bagi. Aku tak nak cakap nafkah sebab dia dah sediakan rumah, belikan barang dapur, baju baru untuk hari raya sepasang. Dia bayarkan sewa rumah dan segala bil. Selepas tiga bulan, suami kena simpan duit untuk dia pindah tempat kerja dan negeri.
Dalam masa yang sama anak kecil dia on off masuk hospital dan anak pertama nak sekolah. Kami PJJ hampir setahun setengah. Makan masa untuk aku decide berhenti kerja dan ikut suami, sebab tempat kerja aku seronok, ramai kawan, senang cuti, bos yang baik. Sayang nak tinggalkan tempat macam tu.
Selama PJJ, aku kembali duduk rumah family aku sebab takut duduk sendiri. Selama setahun PJJ, dia tak pernah bagi duit nafkah atau jajan. Duit untuk rumah family yang aku duduk pun aku bayar sendiri. Duit dia habis semua dekat anak – anak.
Mahkamah dah tetapkan nafkah sebulan berapa perlu bayar. Dia ikut. Tapi bekas isteri setiap bulan masih bagi resit – resit yang suami perlu bayar, atas alasan “ni kan anak”. Jujur, sikit pun aku tak pernah merasa duit gaji dia sepanjang kami PJJ.
Kalau suami balik kampung jumpa aku, jumpa anak – anak pun, aku yang kena keluarkan duit bila berjalan. Aku yang bayar makan diorang anak beranak, aku yang kena bayar untuk beli mainan anak – anak dia. Semua aku. Duit dia? Berabis untuk nafkah.
Sem4kin tinggi gaji suami, sem4kin banyak habis untuk anak. Anak pertama, bekas isteri hantar sekolah tadika Cina, sedangkan suami aku mampu bayar untuk tadika atau taska sahaja. Tapi bekas isteri tak nak sebab semua kawan sekerja dia hantar anak dekat sekolah Cina.
Tapi suami aku ikutkan walau tak mampu sebab inikan untuk anak. Walaupun pakaian adalah nafkah, tapi suami aku mampu belikan baju baru anak setiap dua bulan sekali dekat Padini atau Brand Outlet atau TikTok Shop. Tapi bekas isteri tak nak terima sebab tak ada jenama.
Dia suruh beli dekat butik atau Mommy Shop. Setiap bulan resit baju dia hantar dekat suami. Tak ada duit tapi suami tetap ikutkan sebab inikan untuk anak. Aku pernah belikan baju anak – anak dia dekat Padini, sebab aku suka belikan anak buah aku baju.
Alang – alang aku belikan untuk anak tiri sekali. Tapi bekas isteri dia komplen, “Asal tak beli kat Mommy Shop?” Lepas tu tak pernah nampak pakai pun. Bila tanya mana baju? Dah bagi kat orang lain. Sedih aku. Sekarang anak no dua nak sekolah. Pun nak masukkan dalam sekolah Cina.
Tapi bekas isteri tak nak. Sebab sulung dah sekolah Cina takkan adik nak masuk tadika je? Nanti adik cemburu dengan sulung. Bila suami cakap dah tak mampu ni, “Saya ada tanggungan lain, saya ada komitmen, saya ada isteri.” Jawapan bekas isteri, “Kan untuk anak jugak. Siapa suruh kahwin lain kalau tak mampu.” Aku rasa nak m4ki je.
Suami aku ni pula, bila bekas cakap macam tu, dia tak reti nak bidas ke apa. Senyap je, ikutkan je. Sampai aku terasa hati. Tapi suami buat apa? Cuma minta maaf, “Nanti bulan depan abang belikan sayang hadiah.” Tapi tak pernah ada sampai hari ni.
Bekas isteri suami aku ni memang tak bagi suami aku ada hidup lain ke? Memang nak sedut semuanya sampai habis ke? Orang lain ada anak, tapi elok je boleh bercuti, makan luar. Aku tanya adik beradik aku, macam mana belanja bila ada anak?
Diorang share, kalau dah tak guna susu, pampers, save bajet sikit. Sebab baju, seluar, kasut beli lah bila mampu atau ada duit lebih. Bukan setiap bulan tukar. Habis bekas isteri suami ni tiap bulan belikan anak – nak dia baju baru. Aku str3ss.
Duit dia bayar komitmen dia, komitmen aku RM250, nafkah anak – anak. Hujung bulan tinggal RM1++ je kadang – kadang. Komitmen aku tu pun sebab aku tak kerja sekarang. Kena bayar PTPTN, prepaid telefon. Nasib baik aku tak ada banyak hutang.
Dulu ada kereta tapi aku bagi adik aku guna sebab tu kereta abah aku. Hutang kereta pun dah habis. Tu jelah. Aku tak pernah menyesal kahwin dengan duda. Aku sayang suami aku. Tapi dalam masa yang sama, aku masih makan hati. Dah lama aku dengan dia tak keluar sama – sama, tak makan luar sama.
Setiap hari memasak tanpa miss. Nak keluar boleh, tapi just ambil angin je. Sebelum keluar kena makan dulu, nanti tak lapar. Aku teringin nak ada anak. Tapi bila fikir aku dengan suami belum mampu, aku tahankan niat aku dulu. Pernah period aku tiga bulan tak datang. Aku takut aku pregnant.
Aku sampai minta doa jangan bagi aku pregnant dulu, sebab suami aku memang tak ada saving ke apa setiap bulan. Lepas tu takkan semua duit aku untuk aku surv1ve dengan anak aku? Habis tu dia? Habiskan untuk anak – anak dengan bekas isteri je ke? Nasib baik belum pregnant. Tapi aku sedih. Aku sunyi.
Bila bersama je, either buang luar atau pakai k0ndom, atau buang dalam masa bukan tengah subur. Sebab aku kesian dengan diri aku, dengan anak aku. Nanti aku je yang kena usaha untuk anak sendiri. Aku sayangkan perkahwinan ni. Aku sayangkan suami aku tapi aku dah tak ada hati nak tengok suami aku.
Bila dia balik kerja, kalau dia nak me time tengok TV ke online lama – lama, aku biarkan je. Kalau masa makan dia nak cerita apa – apa, aku dengar. Tapi kalau tak ada cerita, diam jelah. Bila dia cerita pasal anak dia, tunjuk gambar, aku cuma tengok jelah. Tak ada respon apa – apa. Aku sedih. Entahlah. Tak tahu perlu kuat, sabar dan makan hati sampai bila. – NIENA AIRA (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.