Nafkah zahir batin kelaut, suami relax beli vape tapi beras kat rumah takde. Nak failkan cerai tapi duit takde nak beli borang. Satu sen takde!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami tak ambik tahu hal saya dan anak – anak. Anak – anak nak bawak duit ke sekolah pun takde. Anak s4kit buat tak tahu. Tapi dia boleh je beli vape. Suami kerja untuk diri sendiri je…

#Foto sekadar hiasan / AI. Saya ibu kepada 3 orang anak perempuan. Suami tiap – tiap tahun tukar kerja baru. Pernah curang dengan saya banyak kali tapi bagi juga peluang sebab saya malas nak cerai – cerai ini, dan duit tak ada untuk beli – beli borang cerai ini.

Saya tak bekerja atas faktor nak jimat duit bayar pengasuh. Suami suka minta duit saya sedangkan saya ini tak bekerja. Saya habis jimat di rumah. Saya buntu. Saya nak keluar dari circle ini tapi saya tak tahu nak fokus mana dulu. Saya ada buat kerja dari rumah supaya senang uruskan anak – anak makan minum pakai dan sekolah mereka.

Sampai dah tak ada duit untuk bawa bekal sekolah mereka. Suami tak ambil tahu perihal rumah dan kebajikan kami. Apa tah lagi bila anak – anak s4kit. Duit dalam bank saya kering sebab banyak duIukan semua hal rumah dan anak – anak. Bila saya minta suami duit dia kata selalu tak ada, tak ada tapi saya tengok dia boleh beli vape.

Saya tanya, kerja cari duit keluar melangkah itu cari rezeki untuk diri sendiri ke untuk kami? Kalau untuk kami mesti ada bahagian kami. Ini tak ada langsung. Sesekali beli beras untuk lepaskan perut sendiri. Nafkah batin ke laut. Nafkah zahir lagi lah ke laut.

Saya perIukan bantuan guaman secara percuma. Saya tahu ada khidmat itu tapi saya takut semua saya nak buat dalam satu masa saya jadi tak tenang dan anak – anak terabai. Selalu saya duIukan hal dia sampai kan hal saya tak dapat saya buat. Saya abaikan kebajikan saya.

Dia suka tukar – tukar password telefon. Dan saya tahu ada yang dia sorokkan dari saya. Saya dah letih nak ambil tahu tapi saya perlu tahu. Selalu tak balik rumah dengan macam – macam alasan. Saya selalu bertanya WhatsApp dan call tapi sampai satu tahap saya penat buat semua itu.

Saya perlu sihat untuk urus anak – anak. Adakah saya salah jika saya sesekali bersuara? Sebab saya dah tak larat nak p3ndam sampai saya s4kit – s4kit. Saya tak nak menyusahkan sesiapa. Saya dah tiada sesiapa kecuali suami dan anak – anak.

Kawan – kawan tak ada. Saya nak failkan cerai tapi saya tak ada sesen pun untuk ke depan. Semua komitmen tertunggak berbulan – bulan dah tapi suami boleh hidup tenang. Ke mana saya dan anak – anak nak pergi? Ikhtiar pertama saya adalah cuba bertenang supaya saya boleh buat keputusan yang adil dan dalam w4ras.

Dan supaya saya tak menyesal kemudian hari. Saya dekatkan diri pada Allah lebih dari segalanya tapi saya tak boleh lah berdoa sahaja tanpa usaha. Cuma buntu apa yang harus saya lakukan. Saya perlu cari kewangan yang stabil untuk melunaskan komitmen yang tertunggak lamanya.

Dengan punca rezeki saya sekarang tak mencukupi. Kena keluar rumah cari kerja dan hantar anak ke pengasuh? Anak 3 orang kos dah tinggi. Saya tiada apa – apa istimewa nak minta kerja office atau gaji tinggi. Saya pernah jual makanan, jual itu ini… tapi dengan kos sara hidup yang tinggi saya tewas.

Saya kerap s4kit… dan saya berhenti. Mental saya dah low. Sedih. Saya memang harapkan suami dapat hidayah tapi dari segi gaya dia memang tak akan berubah. Rumah tangga dah tak ada makna. Semuanya saya kena mulakan dulu, tapi penat sebab macam semuanya dari arah saya sahaja untuk bahagia.

Kalau sebelah pihak sahaja tak akan ke mana lah… kena dua – dua mainkan peranan. Setiap kali berbincang akan jadi macam mencurahkan air di daun keladi. Tak dua hala. Dia dah tak sayang kan kami ke? Saya buntu betul – betul buntu. Kalau lah ada tempat yang boleh saya mengadu nasib dan suami diambilkan tindakan undang – undang saya suka sangat.

Sebab banyak dah saya tak tahan. Hari – hari bertawakal. Hari – hari doa yang baik – baik. Of course lah kan kena doa yang baik – baik. Tolonglah sahabat – sahabat semua doakan untuk saya sihat, dapat besarkan anak dengan gembira dan mereka membesar dalam keadaan tak terganggu emosi.

Doakan saya dilimpahi rezeki yang tak putus – putus. Saya dapat lunaskan semua hutang komitmen yang tertunggak. Saya sedih. Andai lah Allah itu boleh saya peIuk, saya peIuk ketat – ketat tak nak lepas. Tolong ya sahabat – sahabat, saya perIukan doa kamu semua.

Komen Netizen:

Hayati Mahat : Satu sahaja boleh cakap. Kalau awak takut dengan apa yang awak akan buat, sampai bila – bila pun awak akan tetap dalam circle macam ini. Kena yakin dengan rezeki yang Allah bagi. Cari bahagia sendiri dulu. Cukuplah untuk bertahan dalam suasana negatif ini. Nanti lama – lama awak yang akan m4kin s4kit. Untuk memulakan kehidupan baru memang perlu berk0rban.

Kadijah Sofiah : Ramai orang komen marah sebab bertahan… tapi saya rasa saya faham sangat sis bertahan sebab sis tak tahu nak mulakan dekat mana. Dan nak mulakan langkah baru kalau sendiri tak apa, mudah. Ini ada anak – anak lagi. Banyak benda tentang anak – anak nak kena fikir. Bukan mudah – mudah langkah pergi tanpa ada perancangan.

Cari pusat zakat, penghulu, MPKK, JKM dan selalunya ada NGO – NGO yang boleh bantu sis untuk sementara waktu ini. Tak apa buat langkah perlahan – lahan. Sebelum suami yang buka langkah tinggalkan sis, sis mula dulu langkah. Semoga dipermudahkan urusan dan percaya selalu dengan rezeki Allah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5160 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.