Seminggu aku tak syampu rambut sampai kepala gatal sangat sebab nak tunggu suami belikan syampu. Tahu apa suami aku cakap?

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Dari anak sulung sampai anak yang kelima ni, urusan sekolah semua aku yang buat. Dari daftar sampai segala bayar yuran buku sekolah semua aku yang buat. Aku rasa macam aku dipergunakan…

#Foto sekadar hiasan / AI. S4kit hati, s4kit jiwa raga bila suami lepaskan semua tanggungjawab pada isteri. Aku rasa macam aku ni dipergunakan. Dari anak pertama sampai anak kelima, semua aku urus sendiri. Suami aku tak tahu apa. Dari anak sulung sampai anak yang kelima ni, urusan sekolah semua aku yang buat.

Dari daftar sampai segala bayar yuran buku sekolah semua aku yang buat. Kalau dia bagi duit tak apa lah… ni semua aku yang keluarkan. Aku susah nak bincang dengan suami aku. Sejenis lelaki yang tak akan faham dan pura – pura tak faham supaya aku ni tak minta – minta duit pada dia!

Bab nafkah makan tempat tinggal memang dia sediakan cukup. Itu sahaja! Aku bekerja, dia suruh aku bayar segala bil utiliti, van sekolah anak, yuran sekolah agama anak, duit belanja sekolah anak lagi, makan aku setiap hari aku tanggung sendiri.

Barang keperluan aku sendiri pun aku kerja tanggung sendiri. Keperluan anak pun aku yang tanggung juga. Pernah aku ni tak syampu rambut aku seminggu sebab duit cukup – cukup untuk anak nak belanja sekolah dan untuk aku makan sahaja.

Kepala dah gatal sangat, aku terp4ksa beli juga. Kemudian aku cakap dekat suami aku, “Syampu dah habis, kenapa tak beli, nak tunggu aku juga yang beli?” Tahu tak apa dia cakap dekat aku? “Aku kecil – kecil tak dimanjakan beli barang – barang macam ni.” Aku terus sebak, pedih d4da dengar suami aku cakap macam tu!!

Selama aku kahwin dengan dia, kami tak pernah pillow talk pun nak berbincang masalah kami, masalah kewangan kami. Setiap bulan bila nak gaji, wajib tanya, “Dah gaji ke?” Dia tanya macam tak ada rasa malu sebab dia nak suruh aku cover dia sampai dia gaji pula. Lama – lama aku fedup lah!!!

Anak sulung nak sambung belajar, aku yang uruskan semua. Dari daftar sampai lah beli barang keperluan dia. Suami aku sikit pun tak hulur duit untuk anak dia! Ini yuran nak bayar masa pendaftaran nanti pun aku pening nak korek dekat mana lagi!!

Aku tanya dia, jangan lupa 29 haribulan ni anak nak daftar dah, nak kena bayar yuran dulu. Tempat anak nak belajar ni pihak kolej tak sediakan tempat tinggal, jadi mak ayah yang kena tanggung. So, bulan – bulan kena sediakan duit dekat anak RM500 untuk bayar sewa rumah dan duit makan dia.

Aku dah habis explain dekat suami aku… suami aku cakap apa tahu? “Ada ke duit nak tampung tiap – tiap bulan nanti, kau mampu ke?” Aku terasa down terus. S4kit hati, pedih sangat – sangat!!! Selama ni aku buat semua, dia tak nampak pun! Ini untuk masa depan anak dia.

Aku kerja 8 pagi sampai 5 petang, anak sekolah semua aku urus. Balik kerja terkejar – kejar ambil anak sekolah lagi sampai rumah uruskan rumah. Nasib baik anak – anak rajin bantu aku tapi suami aku tak nampak semua tu!! Aku tak tahu lah nak cakap apa dengan suami aku ni!!

Belum cerita bab famili time lagi… nak jalan – jalan dekat luar, aku dan anak – anak je beriya – iya seronok nak jalan, tapi suami aku ni sejenis rimas nak berjalan. Mula lah kalut suruh siap – siap ibarat kalau lambat nanti tempat tu lari ke mana entah.

Tu belum kalau anak buat per4ngai lagi lah dia berangin, mula lah keluar kata – kata meny4kitkan hati!! Masa nak keluar duit, mesti ada ayat ni: “Duit ada ni je…” Kalau anak – anak nak itu ini, dia akan buat tak tahu, pusing – pusing cakap benda lain.

Masa nak bayar, tiba – tiba hilang. Masa aku dah bayar duit dekat kaunter baru nak muncul terhegeh – hegeh acah – acah nak keluarkan duit, padahal dia tahu nampak je aku nak bayar!! S4kit hati!! Masa dia nak me time elok pula ceria hidup dia.

Nak memancing ke, nak main bola ke, segala hobi dia nak layan. Tak ada istilah minta izin. Dia nak pergi, dia pergi je!! Jiwa raga rasa tersiksa. Pernah ajak berbincang, tapi ujung – ujung aku balik yang salah! Baik aku diam je!! Dulu g4duh besar sebab dia setiap minggu keluar pergi memancing, tinggalkan kami anak – beranak dekat rumah.

Esok pagi baru balik. Aku marah, tak bercakap dengan dia. Ujung – ujung dia buat per4ngai tak bercakap dengan aku. Dia tidur di ruang tamu 3 bulan, tunjuk protes dekat aku macam aku yang salah dalam hal ni!! Rasa nak giIa dibuatnya! Dia hidup ni tak pernah rasa bersalah. Kalau dia salah, dia takkan mengaku dia salah. Sebaliknya akan tuding jari pada aku balik.

Fedup giIa!!! Tak tahu nak buat apa. Hari – hari aku nangis dalam hati. Aku kuat sebab anak – anak. Aku dah fikir nak cerai je!! Aku kena kuat hadap benda ni. Kalau aku cerai, aku nak bela semua anak – anak aku, tapi fikir nak sewa rumah, nak ada kend3raan sendiri… itu semua perlu duit!! Tolong bagi kata-kata semangat pada aku, please. Terima kasih baca luahan aku. Assalamualaikum.

Komen Netizen :

Norlaila Yusof : Aku dah hadap. Selama 20 tahun. Aku ambil keputusan, berdamai dengan takdir. Aku ubah minda sendiri. Aku gembirakan diri. Baca buku banyak – banyak. Fahami sikap manusia. Baca buku motivasi, buku agama. Sekolahkan suami secara berhikmah.

1. Suami: Awak bayarlah. Aku: Bukan ke duit abang cukup ke? Nanti Allah SWT akan permudahkan urusan abang dunia akhirat. Bila suami bayar, ucap terima kasih. PeIuk dan civm suami. Bagi ‘upah’ di bilik tidur bila malam.

2. Suami: Poligami ni sunnah. Aku: Aku tak ada duit lah nak bayar bil bulan ni. Dah buat pinjaman peribadi beli tanah lot di kampung.Suami: Duit aku tak cukup. Aku: La, bayarlah. Kata banyak duit nak poligami. Bukan ke abang banyak duit. Biasanya, lelaki yang ada niat nak poligami ni, ada banyak duit.

3. Suami: … Aku: Bawa troli ni pada ayah tau. Nanti lepas ayah bayar, ibu datang. Ibu nak ke tandas atau ambil barang lain. Anak: Ayah, ibu ke… Kalau suami tak bayar, tak perlu tunjuk muka. Kalau suami masuk kereta tanpa barang pun, gembirakan diri. Cakap, “Tak apa bang. Lain kali kita datang shopping bila ada duit.”

4.Kalau duit tak cukup untuk masak, masaklah sup atau singgang hari – hari. Atau beli ikan banyak – banyak, rebus (atau kukus – orang Kedah panggil ikan lengat dan orang Kelantan panggil ikan kukus). Setiap hari panaskan ikan tu. Cicah kicap. makan dengan ulam salad, timun atau tomato. Cukup. Kalau jemu, goreng ikan tu. Atau bakar. Jimat duit dan sihat. Sekali sekala, kalau suami ada jamuan di tempat kerja, atau keluar me time dengan kawan – kawan dia, bawa anak – anak makan best – best di luar. Enjoy. Suami enjoy, kita pun enjoy.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.